Masjid Ikram

Masjid Ikram Masjid Ikram, Kuala Lumpur University of Science and Technology (KLUST) Ianya merupakan mercu tanda baru bagi kawasan ikram.

SEJARAH PEMBINAAN

Idea penubuhan MASJID IKRAM tercetus selepas pengurusan atasan IKRAM ingin membina sebuah masjid yang lebih besar dan selesa bagi menggantikan SURAU IKRAM sediada yang tidak mampu lagi menampung jemaah yang ramai setiap kali solat jumaat diadakan pada bulan April 2008. Dibina diatas tapak seluas 1.663 ekar di atas bukit berhadapan Ikram Lodge dan boleh memuatkan seramai 1250 ora

ng Jemaah pada satu masa dengan kemudahan tandas, bilik mandi, bilik pengurusan jenazah, tempat wuduk yang mencukupi dan menyediakan sejumlah 44 petak tempat kereta. Dana pembinaan masjid ini adalah dari derma orang ramai sepenuhnya melalui Tabung Pembinaan Masjid IKRAM. Dengan adanya masjid ini ianya memudahkan penduduk disekitar kawasan institusi bangi seperti kakitangan ILSAS, LLM, BSN dan sebagainya untuk bersolat jumaat. Tarikh perasmian pecah tanah : 11 Jun 2010

Tarikh siap pembinaan : 3 Mac 2012

Kos pembinaan : RM 3.5 juta

CIRI-CIRI SENIBINA

Konsep rekabentuk masjid ini diilhamkan dari senibina Masjid Umayyad di Damsyik Syria yang mempunyai kubah, menara dan elemen ‘arch’ di sekeliling koridor. Masjid ini dibina di atas pelan yang berunsurkan segi empat sama dengan 4 tiang utama dan tiang-tiang lain dibahagian luar koridor. Masjid ini mempunyai kubah berwarna emas berukuran 8 meter diameter yang membolehkan cahaya memasuki ruang dalaman masjid sebagai pencahayaan semulajadi. Mempunyai dua menara setinggi 28.5 meter dari aras tanah bagi membolehkan pengunjung menikmati panorama di sekitar kawasan ikram. Dewan solat utama seluas 562 meter persegi ditutupi oleh sebuah kubah yang disokong oleh 4 tiang utama dan boleh memuatkan 690 orang pada satu masa.

📢🕌 MASJID IKRAM 🕌📢🗓  19 SEPTEMBER 2025 | 26 RABI’UL AWWAL 1447H ( JUMAAT )TAJUK KHUTBAH: “HADIS FITNAH AKHIR ZAMAN: BAGA...
19/09/2025

📢🕌 MASJID IKRAM 🕌📢

🗓 19 SEPTEMBER 2025 | 26 RABI’UL AWWAL 1447H ( JUMAAT )
TAJUK KHUTBAH: “HADIS FITNAH AKHIR ZAMAN: BAGAIMANA PENDIRIAN KITA?”

👳KHATIB & IMAM: AF USTAZ JAMAL MOHD QURTUBI BIN SULAIMAN

👳BILAL BERTUGAS : AF USTAZ SYAHRUNNIZAM BIN RAHMAT

⏰ AYUH DATANG AWAL KE MASJID

Address

Tabung Amanah Zakat IUKL, Masjid Ikram, Unipark Suria
Selangor
43000

Telephone

+60387383388

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Ikram posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Ikram:

Share