Surau At-Taqwa Samtssaas Batu 38

Surau At-Taqwa Samtssaas Batu 38 Surau At-Taqwa SAMTSAAS Batu 38, 45200 Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan

Amalan Pada Hari AsyuraDi samping berpuasa, marilah kita hidupkan Hari Asyura dengan zikir, doa, istighfar, taubat serta...
24/06/2026

Amalan Pada Hari Asyura

Di samping berpuasa, marilah kita hidupkan Hari Asyura dengan zikir, doa, istighfar, taubat serta menggembirakan keluarga mengikut kemampuan.

Semoga Allah menerima amal kita, mengampunkan dosa-dosa kita, dan meluaskan rezeki serta keberkatan dalam keluarga kita.

Surau At-Taqwa SAMTSSAAS

24/06/2026

TARIKH PUASA HARI TASUโ€™A DAN HARI ASYURA 2026

Jangan lepaskan peluang meraih ganjaran besar pada hari-hari yang mulia ini. Ajak keluarga, sahabat dan orang tersayang untuk sama-sama menghidupkan sunnah Rasulullah ๏ทบ.

Semoga puasa ini menjadi asbab keampunan dosa, keberkatan hidup dan penghijrahan diri menuju reda Allah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

24/06/2026

Hari ini merupakan lembaran ke-7 dalam tahun baharu Islam 1448H. Kedatangan tahun baharu membawa motivasi untuk kita menjadi versi diri yang lebih baik ๐Ÿ˜Š

Jom sama-sama ulang kaji info berkaitan peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah menuju ke Madinah untuk kita ambil iktibar dan ibrah dari peristiwa tersebut.

====

Majlis Sambutan Maโ€™al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1448H/2026M akan diadakan pada 27 Jun 2026 (Sabtu) bersamaan 11 Muharam 1448H jam 8.00 pagi di Dewan Muktamar JAWI, Kuala Lumpur.

Semua dijemput hadir.





24/06/2026

Bulan muharram bulan yang istimewa dalam sejarah Islam. Banyak sirah dan peristiwa yang berlaku pada bulan muharram ni. Semoga kita dapat ambil sesuatu dari setiap peristiwa ni naa.

24/06/2026

MUHARRAM BULAN ALLAH

Saidina Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ุฃูŽูู’ุถูŽู„ู ุงู„ุตู‘ููŠูŽุงู…ูุŒ ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽุŒ ุดูŽู‡ู’ุฑู ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุงู„ู’ู…ูุญูŽุฑู‘ูŽู…ูุŒ ูˆูŽุฃูŽูู’ุถูŽู„ู ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉูุŒ ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ู’ููŽุฑููŠุถูŽุฉูุŒ ุตูŽู„ูŽุงุฉู ุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู

โ€œSebaik-baik puasa selepas Ramadan adalah berpuasa pada bulan Allah, iaitu Muharram. Sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat di tengah malam.โ€ (Sahih Muslim, no. 1163)

1) Istilah โ€œุดูŽู‡ู’ุฑู ุงู„ู„ู‘ู‡ูโ€ (Bulan Allah) menunjukkan keistimewaan bulan Muharram. Penggunaan lafaz ini juga menunjukkan bentuk pengagungan terhadap bulan ini yang tidak digunakan untuk bulan-bulan lain.

2) Menurut Ibn Rajab al-Hanbali, Rasulullah menyandarkan Muharram dengan panggilan bulan Allah ini menggambarkan kelebihan yang ada padanya termasuklah kelebihan berpuasa.

3) Bulan Muharram juga termasuk bulan haram (bulan mulia), seperti sabda Rasulullah: "Tiga bulan haram yang berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, serta Rejab (yang sangat diagungkan oleh) kabilah Mudor, berada antara Jamadil Akhir dan Syaaban.โ€ (Sahih al-Bukhari)

4) Ketika menghuraikan ayat 36 dalam Surah al-Taubah, Ibn Abbas RA berkata: "Allah menjadikan dosa pada bulan-bulan haram ini lebih besar. Amalan soleh dan pahala juga lebih besar."

Semoga Allah membantu kita untuk meninggalkan segala dosa maksiat dan perbanyakkan amal soleh.

=====

Nak tahu gaya hidup sihat Nabi?
Sertai โžก๏ธ https://chat.whatsapp.com/CSgA1t60QDu9V57JcH4Orf

26/05/2026

๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐’๐”๐๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐„๐ˆ๐ƒ๐”๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

Dimaklumkan bahawa Solat Sunat Hari Raya Aidiladha bagi seluruh masjid, surau dan musolla di Negeri Selangor adalah pada ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚, ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.

Oleh itu, Solat Sunat Eiduladha akan dilaksanakan pada jam ๐Ÿด.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ di masjid, surau dan musolla di seluruh Negeri Selangor.

26/05/2026
26/05/2026

Hari Arafah adalah antara hari yang paling istimewa dalam Islam, hari penuh rahmat, keampunan dan doa-doa yang mustajab.

Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Selasa, 26 Mei 2026 bersamaan 9 Zulhijah 1447 Hijrah.

Rebutlah peluang yang datang hanya sekali setahun ini dengan memperbanyakkan doa, zikir dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita, mengampuni dosa-dosa kita dan mengurniakan keberkatan dunia serta akhirat. Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamin




26/05/2026

Perbanyakan doa dan zikir pada awal Zulhijah terutamanya pada Hari Arafah (9 Zulhijah).

Jangan kita lepaskan peluang ini. Moga doa dan hajat kita diperkenankan Allah SWT.

25/05/2026

Address

Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Batu 38, Sabak Bernam
Selangor Darul Ehsan
45200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau At-Taqwa Samtssaas Batu 38 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau At-Taqwa Samtssaas Batu 38:

Shortcuts

Share

Category