Surau Awamiah Pekan Sabak

Surau Awamiah Pekan Sabak Merupakan laman sosial rasmi Surau Awamiah, Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor.

28/12/2021

PROGRAM SELANGOR BERMUNAJAT & BERDOADikesempatan malam jumaat yang berbahagia ini. Marilah bersama kita menadah tangan. ...
12/11/2020

PROGRAM SELANGOR BERMUNAJAT & BERDOA

Dikesempatan malam jumaat yang berbahagia ini. Marilah bersama kita menadah tangan. Bermunajat dan mendoakan kesejahteraan buat Negara, Keluarga dan diri kita daripada wabak Covid19 yang masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir.

Sama-sama juga kita menyedekahkan bacaan Al-Fatihah, Yassin dan Surah al-Kahfi yang dibaca buat Kedua-dua Ibubapa kita sama ada yang masih hidup atau yang telah p**ang menghadap Yang Maha Pencipta.

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Panduan ringkas Kaedah pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri. Penting untuk panduan para imam interim di rumah ma...
19/05/2020

Panduan ringkas Kaedah pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.

Penting untuk panduan para imam interim di rumah masing-masing.

Berita baik buat imam-imam di rumah. Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor faham kegelisahan anda semua. Berikut dis...
19/05/2020

Berita baik buat imam-imam di rumah.

Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor faham kegelisahan anda semua. Berikut disediakan kaedah solat sunat Aidilfitri dan teks bacaan khutbah sempena hari raya nanti.

Ketetapan masa dan waktu bagi pelaksanaan solat hari raya adalah sebagaimana yang telah digariskan iaitu pada seawal jam 8.30 pagi. Jangan p**a santai sampai baru nak start jam 10.00 pagi p**a 🤣

Buat para jemaah, jangan tidur semasa khutbah dibacakan, bimbang ada penambahan teks dan perubahan intonasi oleh khatib bertugas di rumah. 🤭

Dikesempatan yang sama, pihak Surau Awamiah, Pekan Sabak mengajak semua ahli kariah untuk mengimarahkan baki bulan Ramadhan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadah. Sesungguhnya ramadhan yang akan berlalu pasti akan dirindui sampai bila-bila.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.*MAKLUMAN BERKENAAN PELAKSANAAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI 1441 HIJRAH / 2020*...
19/05/2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

*MAKLUMAN BERKENAAN PELAKSANAAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI 1441 HIJRAH / 2020*

Pelaksanaan Solat Sunat Eidul Fitri 1441H Negeri Selangor di Masjid, Surau & Rumah Kediaman Semasa dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Dukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan solat hari raya aidilfitri di Surau Awamiah bagi tahun ini *tidak dibenarkan* selaras dengan ketetapan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor kepada seluruh Masjid, Surau dan Musolla di seluruh Selangor.

Oleh yang demikian, hanya Imam, Bilal dan Siak yang dijadualkan bertugas sahaja dibenarkan untuk menunaikan tanggungjawab melaksanakan solat sunat hari raya aidilfitri secara berjemaah di surau.

Manakala ahli kariah hendaklah melaksanakannya di rumah masing-masing pada waktu dan ketetapan sebagaimana yang digalakkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.




Jangan lupa untuk turut like page Surau Awamiah, Pekan Sabak

InshaAllah selepas ini apa jua perkongsian pengisian akan turut dikongsikan melalui media sosial seperti Facebook.

https://www.facebook.com/SurauAwamiahPekanSabak/




Admin:

Tiada solat raya dibenarkan di surau awamiah pada hari raya aidilfitri tahun ini. Kepada anak-anak kariah bolehlah bersolat berjemaah bersama keluarga di rumah.

Boleh dah slow2 imam di rumah masing-masing untuk praktis takbir raya dan baca khutbah hari raya.

Pelaksanaan Solat Sunat Eidul Fitri 1441H Negeri Selangor di Masjid, Surau & Rumah Kediaman Semasa dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Masih belum terlambat untuk  pihak pengurusan Surau Awamiah, Pekan Sabak mengucapkan...
24/04/2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih belum terlambat untuk pihak pengurusan Surau Awamiah, Pekan Sabak mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat seluruh muslimin dan muslimat khususnya anak-anak Kariah Surau Awamiah, Pekan Sabak.

Jom Semak Pantas Ibadah Puasa. Tambahkan pengetahuan berkenaan ibadah puasa dan perkara penting berkaitan dengannya.

Infografik disediakan oleh Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS)

Jangan lupa untuk turut like page Surau Awamiah, Pekan Sabak

InshaAllah selepas ini apa jua perkongsian pengisian akan turut dikongsikan melalui media sosial seperti Facebook.

https://www.facebook.com/SurauAwamiahPekanSabak/


24/04/2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

*Perkongsian 1 Hari 1 Hadith*


24 April 2020
1 Ramadhan 1441 Hijrah

Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat di Bumi Sabak Bernam.

InshaAllah hari ini akan dikongsikan 1 hadith berkaitan dengan kelebihan Bulan Ramadhan, mudah-mudahan beroleh keberkatan untuk bersama kita melipatgandakan amalan di bulan yang di awalnya merupakan rahmat ini.



*Hadith Pertama*

Ramadhan Bulan Pengampunan

Kelebihan ibadah puasa fardu di bulan Ramadan.

Sebagaimana yang dicatatkandalam Sahih Bukhari (no. 1901) dan Sahih Muslim (no. 760), menerusi hadis riwayat Abu Hurairah r.a , bahawa Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

《مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ》

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan; dengan keimanan yang sempurna
dan penuh berharap pahala, pasti diampunkan segala dosanya yang silam."

Jangan lupa untuk turut like page Surau Awamiah, Pekan Sabak

InshaAllah selepas ini apa jua perkongsian pengisian akan turut dikongsikan melalui media sosial seperti Facebook.

https://www.facebook.com/SurauAwamiahPekanSabak/


11/01/2018

Moga bermanfaat perkongsian malam ini

moga menjadi panduan buat semua ibu2
11/01/2018

moga menjadi panduan buat semua ibu2

Semoga menjadi asbab hidayat.
13/01/2017

Semoga menjadi asbab hidayat.

25/08/2013

sedarlah kita, ALLAH sentiasa dekat dgn kita,tetapi kita sering jauh dgn ALLAH..marilah dekatkn kembali diri kita kpd ALLAH...

Address

Sabak
45200

Telephone

+60176521710

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Awamiah Pekan Sabak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share