02/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
2 Ogos 2026, sekitar 60% kerja-kerja pembinaan Masjid Ar-Rahman BSI telah berjaya dilaksanakan terutamanya pembinaan struktur utama rangka masjid yang merupakan bahagian penting dalam proses pembinaan ini.
Selepas 11 bulan berlalu, perkembangan ini menunjukan satu perkara yang positif bagi memastikan masjid ini mampu siap sepenuhnya mengikut jadual asal pembinaan sekitar Mac 2027 yang akan datang.
Setakat ini, kami Jawatankuasa Pembinaan Masjid sedang berusaha mengumpul dana pembinaan jambatan kerana dananya belum mencukupi dan masih terbuka kepada para penyumbang yang ingin membantu mewakafkan dana tersebut. Jambatan yang akan dibina ini merupakan laluan utama para jemaah untuk ke Masjid ArRahman Bandar Sri Indah Tawau setelah masjid ini siap dibina.
Ayuh! Kepada yang berhasrat untuk menyumbang dana pembinaan, boleh terus disalurkan ke akaun rasmi Masjid Ar Rahman BSI :
MASJID AR RAHMAN BSI
10025010085701
Bank Islam Malaysia Berhad