Masjid Al-Ghaffar Batu 8 Bukit Garam Kinabatangan

Masjid Al-Ghaffar Batu 8 Bukit Garam Kinabatangan Bersama menggerakkan kariah mengimarahkan masjid.

🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃IBADAH KORBAN MASJID AL GHAFFAR 1447/2026إِنَّآ أَعْطَيْنَـٰكَ ٱلْكَوْثَرَ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ “Sesung...
07/04/2026

🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃

IBADAH KORBAN MASJID AL GHAFFAR 1447/2026

إِنَّآ أَعْطَيْنَـٰكَ ٱلْكَوْثَرَ
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah.”
(Surah Al-Kawthar: 1-2)

Penyertaan untuk ibadah korban telah dibuka kepada yang berhajat untuk berkorban pada tahun ini

HARGA SEBAHAGIAN KERBAU : RM 700.00

Tarikh akhir penyertaan dan bayaran adalah pada 17 Mei 2026

Sebarang pertanyaan dan penyertaan sila berhubung dengan Pengerusi atau Setiausaha Masjid al Ghaffar seperti nombor yang tertera di iklan

1 April 2026 | 12 Syawal 1447Alhamdulillah selesai mengadakan solat jenazah ghaib buat Allahyarham Sulaiman bin Hamma As...
01/04/2026

1 April 2026 | 12 Syawal 1447

Alhamdulillah selesai mengadakan solat jenazah ghaib buat Allahyarham Sulaiman bin Hamma Asil seusai solat isyak sebentar tadi

Semoga Allah SWT mengampuni, merahmati dan menganjari syurga buat beliau

Al-Fatihah

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَاللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُDukacita dimakl...
01/04/2026

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Dukacita dimaklumkan Mantan Siak / Noja Masjid Al Ghaffar, Encik Sulaiman bin Hamma Asil yang lama berkhidmat sebagai siak dan penjaga di masjid ini telah pergi mengadap ilahi di Indonesia tengah hari tadi

Semoga segala amal kebaikan Allahyarham diganjari syurga oleh Allah SWT

Mari sedekahkan al-Fatihah buat almarhum

SALAM AIDILFITRI 1447/2026تقبل الله تعالى منا ومنكم الطاعات وصالح الأعمالوأحيانا وإياكم لأمثاله من العائدين الفائزين برض...
21/03/2026

SALAM AIDILFITRI 1447/2026

تقبل الله تعالى منا ومنكم الطاعات وصالح الأعمال

وأحيانا وإياكم لأمثاله من العائدين الفائزين برضا رب العالمين

Semoga Ramadan yang baru berlalu pergi meninggalkan kesan yang baik dan barakah dalam kehidupan mendatang

Syawal yang dirai hendaklah bersederhana penuh kesyukuran atas nikmat kembalinya kepada fitrah suci

Semoga Allah Taala ampuni, rahmati dan berkati kehidupan kita

Tulus ikhlas,

AJK Masjid Al Ghaffar 2025/2027

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِMasjid Al Ghaffar, Kinab...
19/02/2026

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Masjid Al Ghaffar, Kinabatangan mempelawa para jemaah, ahli kariah dan masyarakat untuk hadir ke Kuliah Subuh Khas Setiap Hari Sabtu Sepanjang Ramadan 1447/2026

1️⃣
Tarikh : 21 Februari 2026 (Sabtu)
Penceramah : Ustaz Muhammad Hatem bin Zakaria (Setiausaha Masjid Al Ghaffar)

2️⃣
Tarikh : 28 Februari 2026 (Sabtu)
Penceramah : Ustaz Hasrianto bin Hassan (Ketua Biro Dakwah Masjid Al Ghaffar)

3️⃣
Tarikh : 7 Mac 2026 (Sabtu)
Penceramah : Ustaz Khairul Anuar bin Zulkifli (Timb. Ketua Biro Dakwah Masjid Al Ghaffar)

4️⃣
Tarikh : 14 Mac 2026 (Sabtu)
Penceramah : Ustaz Fazir bin Jalpah (Penolong Bendahari Masjid Al Ghaffar)

Ayuh semua mari hadirkan diri mengimarahkan rumah Allah Taala

Makanan disediakan semasa sahur di rumah anda

Masjid Al Ghaffar, Kinabatangan menyeru ahli kariah, para jemaah dan masyarakat untuk hadir mengimarahkan rumah Allah Ta...
18/02/2026

Masjid Al Ghaffar, Kinabatangan menyeru ahli kariah, para jemaah dan masyarakat untuk hadir mengimarahkan rumah Allah Taala sepanjang bulan Ramadan Al Mubarak ini dengan pelbagai ibadah wajib mahupun sunat

Ramadan dihayati,
Keredaan Allah dinanti.

AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN KAREEMاللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَب...
18/02/2026

AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN KAREEM

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Masjid Al Ghaffar, Kinabatangan mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadan Al-Mubarak 1447/2026 dengan penuh ketaqwaan dan keinsafan

Moga kita akan beroleh rahmat, pengampunan dan pelepasan api neraka Allah Taala

Ayuh hadir mengimarahkan Masjid Al Ghaffar dengan ibadah wajib dan sunat sepanjang bulan mulia ini

مبـارك عليـكم الشهـر

‏أسـأل الله أن يجعلـه شهـر خيـر وبركـة وأن يتقبـل منـا ومنكم صالح الاعمال

Tulus ikhlas,

AJK Masjid Al Ghaffar, Kinabatangan 2025/2027

15 Syaaban 1447/2 Februari 2026Alhamdulillah Selesai dengan jayanya buat julung kalinya program Kenduri Sekampung Sempen...
04/02/2026

15 Syaaban 1447/2 Februari 2026

Alhamdulillah

Selesai dengan jayanya buat julung kalinya program Kenduri Sekampung Sempena Nisfu Syaaban di Masjid Al Ghaffar

Terima kasih para penyumbang makanan dan kewangan serta ahli kariah jemaah dan orang ramai yang hadir memeriahkan majlis pada malam tadi

Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita selama setahun yang lalu dan dibuka buku amalan yang baru dengan kebaikan

Dengan penuh kerendahan hati, pihak Masjid Al Ghaffar mengundang para jemaah ahli kariah orang ramai untuk menghidupkan ...
02/02/2026

Dengan penuh kerendahan hati, pihak Masjid Al Ghaffar mengundang para jemaah ahli kariah orang ramai untuk menghidupkan Malam Nisfu Syaaban 1447/2026 pada malam ini dengan hadir beramai-ramai ke Kenduri Sekampung anjuran Masjid Al Ghaffar, Kinabatangan

Semoga Allah SWT angkat buku amalan kita dengan kebaikan

25/01/2026

🕌📖🕌📖🕌📖🕌📖🕌📖🕌

MAJLIS KENDURI SEKAMPUNG PERDANA SEMPENA NISFU SYAABAN 1447/2026

Masjid Al-Ghaffar akan menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Malam Nisfu Syaaban pada ketetapan berikut :-

📅 Tarikh : 2 Februari 2026 (Isnin)
⏰ Masa : 6.00 petang hingga 8.30 malam

Antara pengisiannya adalah ↩️

▶️ Bacaan Yasin 3 Kali
▶️ Tahlil Arwah
▶️ Solat Hajat

Oleh yang demikian, pihak Masjid Al Ghaffar mengalu-alukan penyertaan para jemaah, ahli kariah dan masyarakat untuk turut bersama-sama dengan membawa makanan (pot luck) serta senarai nama arwah untuk diniatkan khusus pada majlis tersebut

📲📲📲📲📲📲📲📲📲📲
Sebarang penyertaan sila berhubung dengan Setiausaha Masjid Al Ghaffar

https://wasap.my/60132360991/KSMaGK




SAMBUTAN MEMPERINGATI ISRAK MIKRAJ 1447/2026سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَا...
18/01/2026

SAMBUTAN MEMPERINGATI ISRAK MIKRAJ 1447/2026

سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ

Alhamdulillah Masjid Al-Ghaffar telah melangsungkan majlis Sambutan Memperingati Israk Mikraj bagi tahun 1447/2026

Antara program yang dilaksanakan adalah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak kategori 4-6 tahun, kategori 7-9 tahun dan kategori 10-12 tahun.

Seterusnya diadakan Kuliah Duha Perdana oleh AF Ustaz Rafeah bin Md Enarji (Pengarah Dakwah USIA Pusat) yang bertajuk 'Ibrah Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW'

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan mewarna kanak-kanak yang disampaikan oleh Ustaz Rafeah bin Md Enarji yang turut diiringi oleh Pengerusi Masjid Al-Ghaffar, Ustaz Mohamad Sabri bin Jalpah

Semoga dengan program sebegini para jemaah, ahli kariah dan masyarakat bertambah cinta dan sayang kepada junjungan mulia Nabi Muhammad ﷺ dan menjadikan Masjid ini sebagai destinasi wajib untuk dihadiri setiap kali 5 waktu fardu solat dan program-program yang disusun atur oleh pihak Masjid Al-Ghaffar

Terima kasih di atas komitmen masa dan tenaga kehadiran para jemaah, ahli kariah dan masyarakat ke program pada hari ini. Hanya Allah SWT dapat membalasinya dengan ganjaran pahala. Ameen

28 Rejab 1447
18 Januari 2026

KULIAH DUHA KHASISRAK WAL MIKRAJ 1447سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَ...
14/01/2026

KULIAH DUHA KHAS

ISRAK WAL MIKRAJ 1447

سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ

Masjid al-Ghaffar, Kinabatangan menjemput dan mengalu-alukan kehadiran para jemaah, ahli kariah dan orang ramai untuk hadir ke Ceramah Israk Mikraj 2026/1447 seperti ketetapan berikut :

📅 Tarikh : 18 Januari 2026
⏰ Masa : 8.00 pagi-Selesai
🕌 Tempat : Masjid al-Ghaffar, Kinabatangan
👳🏻‍♂️ Penceramah : AF Ustaz Rafaeh bin Md Enarji
(Pengarah USIA Sabah)

📝📝📝📝📝📝📝📝📝📝

ACARA MENARIK MENANTI ANAK-ANAK

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

Kategori : 4-6 Tahun
Kategori : 7-9 Tahun
Kategori : 10-12 Tahun

Pertandingan bermula jam 8.00 pagi

Pendaftaran boleh melalui Saudara Zulhelmi & Saudari Siti Noraslinda di talian

019-757 0499

6011-1416 2391

Tarikh tutup penyertaan pada 17 Januari 2026

🍲☕🍲☕🍲☕🍲☕🍲☕

MAKAN DAN MINUM DISEDIAKAN

Semua dijemput hadir beramai-ramai

Address

Batu 8 Bukit Garam, Kota Kinabatangan
Sabah
90200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Ghaffar Batu 8 Bukit Garam Kinabatangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al-Ghaffar Batu 8 Bukit Garam Kinabatangan:

Shortcuts

Share

Category