Masjid Besi

Call Website

Masjid Besi Masjid Besi, Masjid Sultan Zainal Abidin Putrajaya

12/11/2020

Alhamdulillah...

Surau Ar-Raudhah Presint 16 Putrajaya telah ditauliahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagai Surau Diri Jumaat Sementara bermula pada Jumaat 13 November 2020 (27 RabiulAwal 1442H) hingga tamat PKPB/PKPP.
Sehubungan itu, semua kariah Surau Ar-Raudhah dijemput untuk hadir bersolat Jumaat di sini.
Kehadiran secara walk-in (terhad kepada 133 orang)
Pendaftaran akan dibuka pada jam 12 tengahari dan akan ditutup setelah kuota penuh atau setelah azan pertama (mana yang dahulu)
Warga asing dan kanak-kanak 7 tahun ke bawah tidak dibenarkan hadir.
Keutamaan diberikan kepada jemaah dewasa.
Sila hadir awal dan patuhi SOP PKPB
Daftar MySejahtera
Daftar kehadiran jemaah
Pakai mask
Bawa sejadah sendiri
Ambil wuduk di rumah
Jaga penjarakan
Terima kasih

06/08/2020
Garis Panduan Solat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)
19/06/2020

Garis Panduan Solat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)

Banyak masa terluang ni jom kita sama-sama celik tafsir al-Quran ๐Ÿ‘‡
03/04/2020

Banyak masa terluang ni jom kita sama-sama celik tafsir al-Quran ๐Ÿ‘‡

Memahami Al-Quran, pedoman sepanjang zaman...

28/03/2020

Jangan terpedaya dengan Dajjal

Sekarang adalah musim orang ramai bermain sentimen dan ramalan tentang hari kiamat. Sesiapa yang pandai mengaitkan teori Illuminati dengan isu semasa akan dipandang hebat.

Maka banyaklah mesej berantai, ceramah agamawan yang mengaitkan virus Covid-19 dengan petanda hari Kiamat dan kemunculan Dajjal. Tidak kurang yang membuat andaian bahawa masjid kosong sebagai tanda kiamat.

โœ” Benarlah anggapan Imam Ahmad rahimahullah (wafat 241 H) yang berkata;

ุซู„ุงุซุฉ ู„ูŠุณ ู„ู‡ุง ุฃุตู„: ุงู„ุชูุณูŠุฑ ูˆุงู„ู…ู„ุงุญู… ูˆุงู„ู…ุบุงุฒูŠ

'Tiga perkara yang (dibicarakan) tanpa mempunyai asal (sumber) iaitu tafsir, peperangan akhir zaman (peristiwa akhir zaman) dan sejarah di zaman nabi...'

[Al-Sunnah Wa Makanatuha fi al-Tashri' Al-Islami]

๐Ÿ‘‰Ustaz dan ustazah, sebahagian orang agama yang tidak takutkan Allah, seronok merapu sambil menipu orang ramai dengan teori konspirasi dan cerita-cerita kiamat, menakutkan orang ramai dengan kisah palsu, ramalan kiamat yang disalah tafsir dengan akal dan teori-teori mengarut.

Sedangkan Allah berfirman;

ูƒูู„ู‘ู ู†ูŽูู’ุณู ุจูู…ูŽุง ูƒูŽุณูŽุจูŽุชู’ ุฑูŽู‡ููŠู†ูŽุฉูŒ

"Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya." (Al-Muddassir: 38)

โœTanpa disedari, mereka sebenarnya telah menjadi salah seorang daripada DAJJAL.

โœ”Perkataan ุงู„ุฏุฌุงู„ Dajjal berasal dari perkataan ุงู„ุฏุฌู„ 'aldajl' yang bermaksud penyelewengan, penipuan dan penyamaran. Disebut oleh para ulama bahawa ุงู„ุฏุฌู„ bermaksud ' ุงู„ุฏุฌู„ ูˆู‡ูˆ ุงู„ุชู…ูˆูŠู‡' Dajjal ialah orang yang menyamar atau yang menipu.

Diriwayatkan daripada Jabir bin Samurah RA (wafat 74 H) bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ;

ุฅู† ุจูŠู† ูŠุฏูŠ ุงู„ุณุงุนุฉ ูƒุฐุงุจูŠู† ูุงุญุฐุฑูˆู‡ู…

'Sesungguhnya ketika hampir kiamat akan muncul pendusta-pendusta maka jauhilah mereka itu' . [HR. Muslim]

Dalam hadith lain menyebut;

ูŠูƒูˆู† ููŠ ุขุฎุฑ ุงู„ุฒู…ุงู† ุฏุฌุงู„ูˆู† ูƒุฐุงุจูˆู† ูŠุฃุชูˆู†ูƒู… ู…ู† ุงู„ุฃุญุงุฏูŠุซ ุจู…ุง ู„ู… ุชุณู…ุนูˆุง ุฃู†ุชู… ูˆู„ุง ุขุจุงุคูƒู… ูุฅูŠุงูƒู… ูˆุฅูŠุงู‡ู… ู„ุง ูŠุถู„ูˆู†ูƒู… ูˆู„ุง ูŠูุชู†ูˆู†ูƒู…

'Akan muncul pada akhir zaman, Dajjal-dajjal dan penipu-penipu yang akan menyampaikan kepada kamu berita-berita yang belum pernah didengar oleh kamu dan tidak p**a oleh bapa-bapa kamu. Maka jauhkanlah diri kamu dari mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan tidak dapat memfitnah kamu.'

[HR. Muslim]

๐Ÿ‘‰ Masjidil Haram ditutup tanda kiamat? Aljawab, Masjidil Haram pernah ditutup berpuluh kali dalam sejarah, sebab wabak, sebab perang, sebab banjir, sebab terbakar dan bermacam-macam sebab lagi. Ini bukan kali pertama.

๐Ÿ‘‰ Kiamat akan berlaku apabila orang alim dan orang soleh ramai yang mati. Aljawab, memang kiamat akan berlaku pada zaman manusia ketika itu jahil. Tetapi alim ulama' masih ramai lagi sekarang, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (ุงู„ุฅุชุญุงุฏ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠ ู„ุนู„ู…ุงุก ุงู„ู…ุณู„ู…ูŠู†) pun masih berfungsi dengan dianggotai ratusan ulama' seluruh dunia.

Di Arab Saudi, di Yaman, di India, di Pakistan, di Mesir, di Maghribi dan di pelbagai lagi negara Islam masih ada ulama'.

Jika kita tidak mengaji dan tidak membaca memang tidak akan tahu.

๐Ÿ‘‰ Dajjal sudah mahu keluar? Aljawab, Nabi salallahualaihiwassalam telah memberikan petanda bilakah akan keluarnya Dajjal.

1. Dunia mengalami kemarau panjang, selama tiga tahun. Pada tahun yang ketiga, ูุชุญุจุณ ู…ุทุฑู‡ุง ูƒู„ู‡ langsung tiada hujan. [HR. Ibn Majah dan Ibn. Al-Khuzaimah]

๐Ÿ“œSemalam baru hujan di Taiping. ๐Ÿ™…โ€โ™‚

2. Perang besar dengan bangsa Rom dan pembukaan Kota Konstantinople kali yang terakhir. [HR. Ahmad dan Abu Daud]

๐Ÿ“œSatu dunia tengah pening dengan wabak Covid-19, belum mampu nak berperang. ๐Ÿ™…โ€โ™‚

3. Madinah kosong dan ditinggalkan sehingga anjing atau serigala akan kencing di dalam masjid Nabawi dan Baitul Maqdis p**a akan dimakmurkan. [HR. Malik, Ahmad dan Al-Hakim]

๐Ÿ“œ Madinah masih berfungsi, pekerja tengah sibuk membersihkan Masjid Nabawi. ๐Ÿ™…โ€โ™‚

4. Manusia sudah melupakan Dajjal dan tidak ada lagi orang memperingati fitnahnya. [HR. Ahmad]

๐Ÿ“œ Korang hari-hari bercerita dan teringat pasal Dajjal, sampaikan Ultraman dan Upin-Upin pun korang hendak kaitkan dengan Dajjal. ๐Ÿคฆโ€โ™‚

Selain daripada petanda di atas, masih banyak lagi yang disebutkan di dalam hadith seperti kurangnya ilmu, banyak permusuhan dan sebagainya.

โœ Ringkasannya, kiamat besar belumlah lagi akan terjadi dalam masa yang terdekat. Tetapi kiamat kecil (mati) boleh sahaja berlaku bila-bila masa.

Jadi berhentilah daripada menjadi Dajjal yang berdusta dan meyesatkan manusia.

โœ…Ikutlah kata-kata Imam Al-Hafiz Al-Mizzi rahimahullah (wafat 742 H) yang menyebut;

ู„ูˆ ุณูƒุช ู…ู† ๏ปป ูŠุฏุฑูŠ ุ› ๏ปปุณุชุฑุงุญ ูˆุฃุฑุงุญ ุŒ ูˆู‚ู„ ุงู„ุฎุทุฃ ุŒ ูˆูƒุซุฑ ุงู„ุตูˆุงุจ

โ€œSeandainya orang yang tidak tahu itu berdiam diri, nescaya akan rehat dan tenang, akan sedikit kesalahan dan akan banyaklah kebenaran.โ€

[Tahzib Al-Kamal]

Saat wabak melanda.
19/03/2020

Saat wabak melanda.

18/03/2020

Ingat pesan Rasulullah SAW ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…,

Address

Putrajaya
62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Besi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share