13/08/2022
YB. Prof. Dr. P. Ramasamy telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Tadika Sri Suria Emas di Ladang Victoria, Nibong Tebal pada 13 Ogos 2022.
Tadika ini terletak di perkarangan Kuil Dewi Sri Annai Thropathi Amman, Ladang Victoria yang merupakan sebuah Kuil di bawah penyeliaan Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang.
Bangunan tadika tersebut telah dibina oleh Lembaga Wakaf Hindu Negeri dan telah memberi kebenaran kepada Tadika Sri Suria Emas untuk beroperasi di sini.