07/07/2024
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Assalamualaikum w.b.t ,
Salam UiTM di hatiku .
1 MUHARRAM 1446H
7 JULAI 2024
AHAD
Segala puji syukur kepada Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ﷺ.
[ SALAM MAAL HIJRAH 1446H/2024M ]
Sempena sambutan Maal Hijrah, ianya menjadi satu titik tolak untuk kita sama sama berhijrah ke arah yang lebih baik. Semoga tahun baru ini dipenuhi dengan amal jariah dan kebaikan sehingga tibanya waktu kembali kepada Sang Pencipta.
“*PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI*”
Bertepatan dengan tema Maal Hijrah kali ini, dengan adanya keimanan yang teguh kepada Allah SWT dalam setiap rakyat muslim di negara Malaysia, mengamalkan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya, dengan izin dari-Nya negara kita akan sentiasa dilimpahi rahmat dan rezeki .
-Menuju Teknokrat Muslim -