Masjid Seribu Doa

Masjid Seribu Doa Page Official : Masjid Al Khairiah Seribu Doa (Masjid Cina), Pulau Pangkor

Mosque tour ini menjadi satu pengalaman dakwah yang amat berharga, kerana ia melibatkan interaksi secara langsung bersam...
13/10/2025

Mosque tour ini menjadi satu pengalaman dakwah yang amat berharga, kerana ia melibatkan interaksi secara langsung bersama pelancong, termasuk rakan-rakan non-Muslim dari dalam dan luar negara. Mereka diberi penerangan mengenai seni bina Islam, maksud simbolik pada masjid, serta nilai kasih sayang dan kedamaian yang dibawa oleh Islam. Ramai dalam kalangan mereka tertarik dan kagum melihat keindahan Islam yang disampaikan dengan cara lembut dan penuh hikmah.

Sumber : Dakwah Harmoni Daerah Manjung

Alhamdulillah Hari ini Masjid Seribu Doa menerima kunjungan daripada Komuniti Block 37, Seksyen 7 Shah Alam seramai 44 o...
06/09/2025

Alhamdulillah

Hari ini Masjid Seribu Doa menerima kunjungan daripada Komuniti Block 37, Seksyen 7 Shah Alam seramai 44 orang jemaah. Pihak AJK masjid telah berkongsi sejarah penubuhan Masjid Seribu Doa serta pengurusan masjid kepada para tetamu.

Sebagai meraikan tetamu Allah, masjid juga menyediakan hidangan ringkas untuk santapan bersama. Semoga setiap langkah yang hadir ke rumah Allah ini diberkati, dan semoga ukhuwah terus terjalin dengan penuh kasih sayang kerana-Nya.

"Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada orang lain." (HR. Ahmad)

Semangat Ukhuwah di Masjid Al Khairiah (Masjid Seribu Doa)Alhamdulillah, pada hari ini berlangsungnya Program Memasak & ...
18/07/2025

Semangat Ukhuwah di Masjid Al Khairiah (Masjid Seribu Doa)

Alhamdulillah, pada hari ini berlangsungnya Program Memasak & Edaran Bubur Asyura dengan penuh semangat kebersamaan melibatkan Haji Rafiq, barisan AJK, serta ahli kariah Masjid Al Khairiah ( Masjid Seribu Doa), Sg Pinang Kecil.

Bermula sejak pagi, segala persiapan dan gotong-royong memasak dijalankan dengan penuh ceria dan ikhlas. Edaran bubur Asyura kemudiannya dilakukan sejurus selesai Solat Jumaat — satu usaha kecil yang membawa keberkatan besar dalam mengeratkan silaturrahim dan menyemai nilai kebajikan dalam komuniti.

Syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mempermudahkan segala urusan. Moga usaha ini diberkati Allah SWT, diterima sebagai amal soleh, dan terus mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli kariah.

MAKLUMANAlhamdulillah, Mesyuarat Khas Persiapan Lawatan Dato' OBJ ke Masjid Al Khairiah Seribu Doa telah berlangsung pad...
19/02/2025

MAKLUMAN

Alhamdulillah, Mesyuarat Khas Persiapan Lawatan Dato' OBJ ke Masjid Al Khairiah Seribu Doa telah berlangsung pada 19 Februari 2025 (Rabu) jam 11.00 pagi di ruang solat masjid.

Mesyuarat ini dihadiri oleh imam, bilal, serta pihak berkaitan bagi memastikan persiapan berjalan lancar menjelang lawatan pada 21 Februari 2025 (Jumaat).

Semoga segala perancangan dipermudahkan dan diberkati. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2025Assalamualaikum Warga Kariah Masjid Al-Khairiah, Sungai Pinang Kecil, Pulau Pangkor...
13/02/2025

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2025

Assalamualaikum Warga Kariah Masjid Al-Khairiah, Sungai Pinang Kecil, Pulau Pangkor.

Kami menjemput semua ahli kariah untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan 2025 yang akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: 14 Februari 2025 (Jumaat)
⏰ Masa: 3:00 petang
📍 Tempat: Dewan Orang Ramai, Sungai Pinang Besar

Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi membincangkan hal-hal berkaitan masjid dan memperkukuhkan ukhwah sesama kita.

"Bersama Membina Kariah yang Cemerlang"

Mohon sebarkan & jemput rakan-rakan kariah yang lain!

Jazakumullahu khairan.

Lawatan Kerja Unit Pengurusan Masjid, PAID Sabak Bernam ke Masjid Al-Khairiah, Pulau PangkorAlhamdulillah, pada 30 Novem...
30/11/2024

Lawatan Kerja Unit Pengurusan Masjid, PAID Sabak Bernam ke Masjid Al-Khairiah, Pulau Pangkor

Alhamdulillah, pada 30 November 2024 (Sabtu), Unit Pengurusan Masjid dari Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam akan mengadakan lawatan kerja ke Masjid Al-Khairiah, Pulau Pangkor. Lawatan ini bertujuan untuk:

1. Menjalinkan Silaturrahim antara pengurusan masjid.

2. Perkongsian Maklumat bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan masjid.

Seramai 58 peserta, yang terdiri daripada Pengurus Masjid dan Nazir Masjid Daerah Sabak Bernam, dijangka hadir dalam sesi yang berlangsung dari jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Kerjasama erat antara masjid amat penting dalam usaha memperkukuh ukhuwah dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat. Kami mengalu-alukan kehadiran mereka dan berharap lawatan ini akan membawa manfaat kepada semua pihak.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Masjid Al Khairiah Seribu Doa dengan sukacitanya akan menganjurkan Kursus Umr...
24/09/2024

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Masjid Al Khairiah Seribu Doa dengan sukacitanya akan menganjurkan Kursus Umrah pada:

📅 Tarikh: 29 September 2024 (Ahad)
🕤 Masa: 9.30 pagi
👳‍♂️ Penceramah: Ustaz Wajdi

Program ini terbuka kepada semua yang ingin mendalami ilmu dan panduan tentang pelaksanaan ibadah Umrah. Penyampaian oleh Ustaz Wajdi yang berpengalaman pastinya akan memberikan kefahaman yang mendalam serta persediaan yang rapi bagi mereka yang berhajat untuk menunaikan Umrah.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menimba ilmu dan mendapat panduan yang betul. Sama-sama kita berkumpul di Masjid Al Khairiah Seribu Doa bagi menyemarakkan lagi kecintaan kita terhadap ibadah Umrah.

Sebarkan makluman ini dan jemputlah ahli keluarga serta sahabat handai untuk turut serta.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, program Maulidur Rasul yang diadakan pada 21 September 2024 (Sabtu) selesai d...
24/09/2024

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, program Maulidur Rasul yang diadakan pada 21 September 2024 (Sabtu) selesai dengan jayanya. Program yang berlangsung selepas Maghrib ini telah diisi dengan pengisian rohani yang begitu bermakna oleh penceramah jemputan, Ustaz Naim.

Dengan penuh rasa syukur, kami berkumpul untuk memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kehadiran yang sangat menggalakkan serta pengisian yang menyentuh hati menjadi penguat semangat kami semua untuk terus meneladani kehidupan baginda Rasulullah SAW.

Terima kasih kepada semua yang hadir serta yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga kita semua terus diberikan kekuatan dan taufiq oleh Allah SWT untuk mengamalkan sunnah baginda Rasulullah dalam kehidupan seharian.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Pada 20 September 2024, Program Jati Diri Mentor-Mentee A3 telah berlangsung dengan jayanya bersama komuniti setempat. P...
20/09/2024

Pada 20 September 2024, Program Jati Diri Mentor-Mentee A3 telah berlangsung dengan jayanya bersama komuniti setempat. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab sosial di kalangan bakal-bakal guru dari IPGM KBM, sekaligus memberikan mereka pengalaman berharga sebelum menamatkan pengajian.

Salah satu aktiviti yang dirancang adalah lawatan ke Masjid Al Khairiah Seribu Doa. Seramai 30 orang peserta telah menyertai lawatan ini. Program ini memberikan peluang kepada para peserta untuk belajar mengenai pengurusan masjid serta pentingnya peranan masjid dalam masyarakat.

Para peserta berpeluang berinteraksi dengan pengurus masjid dan mendengar sesi perkongsian ilmu mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di masjid. Ini bukan sahaja menambah pengetahuan mereka tetapi juga menguatkan lagi semangat jati diri dan tanggungjawab sosial sebagai bakal guru.

Kami berharap program ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada semua peserta untuk terus berkhidmat kepada masyarakat. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini!

Dijemput semua dapat meraikan dan memeriahkan Majlis Sambutan Maulidur RasulTarikh : 21 September 2024Hari : SabtuMasa :...
20/09/2024

Dijemput semua dapat meraikan dan memeriahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Tarikh : 21 September 2024
Hari : Sabtu
Masa : Selepas Maghrib

Salam Maulidur Rasul 1446H! Semoga kita semua terus menghayati sirah dan sunnah Rasulullah SAW, menjadikan baginda sebagai contoh teladan dalam kehidupan harian kita. Mari bersama memperkukuh ukhuwah dan menyebarkan kasih sayang, serta menanamkan nilai-nilai murni yang diajarkan oleh baginda. Selamat menyambut Maulidur Rasul, semoga rahmat dan barakah Allah sentiasa bersama kita semua.

Lawatan Rombongan Masjid Muaz bin Jabal ke Masjid Al Khairiah Seribu DoaPada 19 Ogos 2023 (Isnin), Masjid Al Khairiah Se...
24/08/2024

Lawatan Rombongan Masjid Muaz bin Jabal ke Masjid Al Khairiah Seribu Doa

Pada 19 Ogos 2023 (Isnin), Masjid Al Khairiah Seribu Doa telah menerima kunjungan rombongan dari Pengurusan dan Jemaah Masjid Muaz bin Jabal. Lawatan ini adalah sebahagian daripada program promosi Islamic Tourism yang dianjurkan oleh Santai Travel dan ITC (Islamic Tourism Council) di bawah naungan Kementerian Pelancongan, MOTAC.

Rombongan tersebut tiba di Masjid Al Khairiah Seribu Doa semasa waktu solat Maghrib dan turut bersama-sama menunaikan solat Maghrib dan Isya' berjemaah. Selepas solat, semua yang hadir termasuk AJK, Pegawai masjid, dan ahli jemaah dijemput untuk menyertai jamuan makan malam yang telah disediakan.

Program ini berjalan dengan lancar dan berjaya memperkukuhkan hubungan silaturahim antara kedua-dua masjid serta mempromosikan Masjid Al Khairiah Seribu Doa sebagai salah satu destinasi dalam rangka promosi Islamic Tourism. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.

Kisah Hijrah Baginda SAWMari sama-sama kita hayati kisah hijrah Baginda SAW. Semoga bermanfaat.
07/07/2024

Kisah Hijrah Baginda SAW

Mari sama-sama kita hayati kisah hijrah Baginda SAW. Semoga bermanfaat.

Address

Sungai Pinang Kecil, Pulau Pangkor
Perak
32300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Seribu Doa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share