25/10/2020
Cuba teka kat mana tempat ni... Malaysia? Siam? Indon?
Ini adalah Pulau Hainan, China. Di Bandar Kampung Sanya, masyarakat Muslim yang dikenali sebagai masyarakat Utsul, Hui, atau Cham, bahasa mereka ada persamaan dengan dialek pantai timur... "So, Wo, Go, Pat, Mo... sebagai 1, 2, 3, 4, 5".
Setiap kali solat jumaat di Masjid Kampung Sanya, mereka tidak menggunakan bahasa Mandarin tapi dialek Muslim Sanya sendiri, penulis langsung tidak faham apa yang khatib sedang menyampaikan.
Bila lapar Penulis s**a jalan-jalan cari makan~. Jumpalah makanan yang dekat dengan hati, seperti nasi, ikan bakar, sambal cili, sup tulang, air kelapa... Memang tak rasa macam di luar negara.
Sesungguhnya penulis telah mengunjungi Pulau Hainan berpuluh kali. Penulis berasa sangat kagum dengan kedamaian, keramahan, & murah hati di kalangan masyarakat Muslim di Pulau Hainan. Sama seperti di Tanah Melayu, masyarakat Melayu Islam yang aman damai, bertolak ansur dan bersopan santun. Semoga Allah memberkati mereka semua. Amin ya Rabbal alamin.
Banyak lagi informasi boleh didapati dalam buku "Cina Muslim dan Hubungannya dengan Alam Melayu".
PM untuk dapatkan buku dengan Harga Promosi!