Masjid Jamek Sheikh Ramli Sungai Kedak

Masjid Jamek Sheikh Ramli Sungai Kedak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Jamek Sheikh Ramli Sungai Kedak, Mosque, Masjid Jamek Sheikh Ramli Sungai Kedak, Penaga.

Assalamualaikum w.b.tSeluruh jawatankuasa Masjid Jamek Sheikh Ramli Sg kedak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdek...
31/08/2026

Assalamualaikum w.b.t
Seluruh jawatankuasa Masjid Jamek Sheikh Ramli Sg kedak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 69.
Semoga negara kita sentiasa dlm Rahmat serta peliharaan Allah

Alhamdulillah semalam 29 Julai 2026 jam 1 tghari saya bersama dgn Tuan Pengerusi Haji Shukri serta Ajk  berkesempatan me...
29/07/2026

Alhamdulillah semalam 29 Julai 2026 jam 1 tghari saya bersama dgn Tuan Pengerusi Haji Shukri serta Ajk berkesempatan menziarahi Tuan Imam Haji Suhaili yg mana beliau telah dimas**an di hospital Seb Jaya akibat kemalangan . semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat buat Tuan imam.

Mohon juga Doa dari semua sahabat yg mengenali Tuan imam.
sekiranya ada yg ingin ziarah sini saya sertakan alamat.
wad 8B1 Tingkat 8 katil No 14.


Alhamdulillah hari berkesempatan hadir kursus Pemantapan Pentadbiran Dan Pengurusan Kariah Masjid Negeri Pulau Pinang be...
28/07/2026

Alhamdulillah hari berkesempatan hadir kursus Pemantapan Pentadbiran Dan Pengurusan Kariah Masjid Negeri Pulau Pinang bersama Timb Pengerusi.
Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar banyak perkara yg telah dipelajari berkaitan dgn pengurusan Masjid.

Semoga Allah beri kekuatan kepada seluruh jawatankuasa Masjid dlm menjaga amanah serta kepercayaan yg diberi.


Alhamdulillah selesai program kacau buboq Asyura kariah Sg kedakTerima kasih kpd semua yg terlibat secara langsung atau ...
12/07/2026

Alhamdulillah selesai program kacau buboq Asyura kariah Sg kedak
Terima kasih kpd semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung. kpd yg menyumbang semoga Allah lipat gandakan rezeki


Assalamualaikum sahabat syurga, in syaa Allah mlm ni kuliah berjalan seperti biasa, jom adakan masa utk lembutkan hati K...
06/07/2026

Assalamualaikum sahabat syurga, in syaa Allah mlm ni kuliah berjalan seperti biasa, jom adakan masa utk lembutkan hati Kita.


Assalamualaikum sahabat syurga Alhamdulillah pengajian Tahsinul Quran dan Tajwid bermula kembali setelah lama terhenti,j...
24/06/2026

Assalamualaikum sahabat syurga
Alhamdulillah pengajian Tahsinul Quran dan Tajwid bermula kembali setelah lama terhenti,jemput semua muslimat yg berkelapangan masa utk sama sama hadir.


Alhamdulillah selesai Ceramah maal hijrah tahun 1448 semoga apa yg disampaikan menjadi panduan utk kita di atas dunia in...
20/06/2026

Alhamdulillah selesai Ceramah maal hijrah tahun 1448 semoga apa yg disampaikan menjadi panduan utk kita di atas dunia ini.
Terima kasih kpd semua anak kariah yg hadir memberi sokongan kpd program Masjid kita


Alhamdulillah semalam Ajk berkesempatan ziarah Saudara Roslan besi anak kariah Sg kedak yg mana Allah uji sakit bernanah...
20/06/2026

Alhamdulillah semalam Ajk berkesempatan ziarah Saudara Roslan besi anak kariah Sg kedak yg mana Allah uji sakit bernanah dlm buah pinggang.

marilah Kita sama sama berdoa supaya Allah angkat sakit dan beri kesembuhan.


16/06/2026
11/06/2026

*'MENGGENGGAM BARA DI HUJUNG ZAMAN..'*

Kita hidup pada zaman yang pelik.
Semakin banyak cahaya.
Semakin ramai yang tersesat.

Semakin banyak ilmu.
Semakin sedikit hikmah.

Semakin banyak manusia berbicara tentang agama.
Semakin sedikit manusia yang berbicara dengan Allah.

Inilah zaman yang wajahnya terang.
Tetapi jiwanya gelap.

Zaman yang penuh suara.
Tetapi kosong daripada makna.

Zaman yang sarat dengan maklumat.
Tetapi miskin petunjuk.

Manusia hari ini mampu mengetahui apa yang berlaku di hujung dunia dalam sekelip mata..?..namun gagal mengetahui apa yang sedang berlaku di dalam hatinya sendiri.

Dia mengenali wajah-wajah yang jauh....tetapi tidak mengenali penyakit yang sedang tumbuh di dalam jiwanya.

Dia tahu segala berita.
Tetapi lupa berita kematiannya sendiri sedang menghampiri.
Hari demi hari.
Saat demi saat.
Langkah demi langkah.

Fitnah akhir zaman bukan sekadar yang kelihatan.
Bukan sekadar peperangan.
Bukan sekadar keruntuhan.
Bukan sekadar kekacauan.

Fitnah yang paling besar ialah apabila manusia tidak lagi dapat membezakan antara cahaya dan api.

Kedua-duanya kelihatan terang.
Tetapi satu menerangi.
Satu lagi membakar.

Lalu ramai yang mengejar api.
Menyangkanya cahaya.

Ramai yang mengejar kemasyhuran.
Menyangkanya kemuliaan.

Ramai yang mengejar pengikut.
Menyangkanya kejayaan.

Ramai yang mengejar dunia.
Menyangkanya kebahagiaan.

Sedangkan hati mereka semakin kosong.
Semakin haus.
Semakin jauh daripada Allah.

Wahai diri.
Jangan terlalu yakin engkau selamat.
Kerana fitnah akhir zaman tidak datang mengetuk pintu.

Ia masuk melalui mata.
Masuk melalui telinga.
Masuk melalui fikiran.
Masuk melalui jari-jari.
Masuk melalui skrin yang berada di hadapanmu setiap hari.

Sedikit demi sedikit.
Perlahan-lahan.
Sehingga yang batil menjadi biasa.
Dan yang hak menjadi asing.

Sehingga dosa tidak lagi ditangisi.
Dan maksiat tidak lagi ditakuti.

Sehingga hati tidak lagi bergetar apabila mendengar ayat-ayat Allah.
Dan mata tidak lagi basah ketika mengingati kematian.

Itulah fitnah yang sebenar.

Bukan ketika dunia rosak.
Tetapi ketika hati rosak.

Kerana dunia yang rosak masih boleh dibina semula.
Tetapi hati yang mati sangat s**ar dihidupkan kembali.

Sebab itu.

Di hujung zaman ini.
Benteng yang paling kuat bukanlah kekayaan.
Bukan kedudukan.
Bukan pengaruh....tetapi hubungan dengan Allah.

Apabila manusia meninggalkan zikir.
Mereka akan mencari hiburan.

Apabila manusia meninggalkan Al-Quran.
Mereka akan mencari kekeliruan.

Apabila manusia meninggalkan sujud.
Mereka akan sujud kepada nafsu.

Dan nafsu tidak pernah membawa manusia kepada keselamatan.

Ia hanya menjanjikan kebebasan.
Tetapi akhirnya memberikan perhambaan.

Lihatlah manusia hari ini.
Mereka bebas melakukan apa sahaja.
Tetapi mengapa jiwa mereka semakin gelisah..?
Mengapa hati mereka semakin sempit..?

Mengapa tidur mereka tidak lagi tenang..?
Kerana kebebasan tanpa petunjuk adalah kesesatan.

Dan kemajuan tanpa iman adalah kehancuran.

Maka carilah ilmu.
Tetapi bukan sekadar ilmu yang memenuhi kepala.

Carilah ilmu yang melembutkan hati.
Ilmu yang membuatmu menangis ketika bersendirian.

Ilmu yang membuatmu melihat dosa sendiri sebelum melihat dosa orang lain.

Ilmu yang membuatmu semakin merendah diri.

Kerana ilmu yang tidak membawa kepada Allah hanyalah beban.

Ia memenuhi akal.
Tetapi mengosongkan jiwa.

Dan jagalah persaudaraan..
Kerana syaitan sentiasa s**a melihat manusia berpecah.

Dia tidak peduli bagaimana caranya.
Asalkan hati dipenuhi kebencian.
Asalkan lidah dipenuhi celaan.
Asalkan umat saling menjatuhkan.

Maka berhati-hatilah.

Jangan jadikan perbezaan sebagai alasan untuk bermusuhan.

Jangan jadikan ilmu sebagai sebab untuk merasa lebih mulia.

Jangan jadikan agama sebagai alat untuk meninggikan diri.

Kerana orang yang paling dekat dengan Allah bukanlah yang paling banyak mendakwa dirinya benar.....tetapi yang paling banyak merendahkan dirinya di hadapan Allah.

Wahai diri..
Mungkin engkau tidak mampu mengubah dunia..tetapi engkau mampu menjaga hatimu.


Address

Masjid Jamek Sheikh Ramli Sungai Kedak
Penaga
13110

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Sheikh Ramli Sungai Kedak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Jamek Sheikh Ramli Sungai Kedak:

Shortcuts

Share

Category