Nama Kampung Serandu diambil sempena nama pokok "gandu" yang telah hidup meliar di kampung ini dengan banyaknya pada masa dahulu. Kampung Serandu terletak di daerah Pekan, Pahang dan berhampiran dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) serta Pusat Rekreasi Air Leleh. Bentuk muka buminya yang berpasir dan berhampiran dengan pantai. Kampung Serandu mempunyai 55 buah rumah, 1 dewan serbaguna,1 balaira
ya,1 masjid,1 pusat kemas,1 pusat anyaman tikar mengkuang,1 padang bola sepak,1 gelanggang bola tampar,1 kedai runcit,3 chalet/homestay (berhampiran dengan pantai) dan juga mempunyai sawah padi.. OWNER: 1st Dawaichi Metoru
2nd Abdullah Zaid Recaredo Gomez