23/05/2020
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.
Syawal tahun ini tidak disambut seperti biasa, COVID-19 yang melanda negara memaksa kita mengamalkan gaya hidup norma baharu. Kita harus mematuhi perintah kawalan pergerakan yang disaran oleh kerajaan bagi memutuskan rangkaian Covid-19 dan ini merupakan pengorbanan besar bagi kita sebagai Pengakap Kelanasiswa dalam membantu Kerajaan menangani penularan Covid-19.
Saya juga melihat penglibatan Kelanasiswa dalam memberi bantuan kepada barisan hadapan dan komuniti setempat. Syabas dan saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga Kelanasiswa disemua Daerah atas usaha murni tersebut. Teruslah berwaspada dan jangan kita alpa untuk mengelak penularan kembali wabak ini.
Sambutlah perayaan pada tahun ini dengan mengamalkan amalan normal baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul dan tidak bersalaman di hari lebaran pada tahun ini.
Akhir kalam, dengan penuh tawadhuk di hati menyusun sepuluh jari memohon ampun serta kemaafan atas sebarang kekhilafan, zahir mahupun batin kepada seluruh warga Kelanasiswa.
Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
Prof. Madya Ts. Dr. Haji Mustaffa Bin Haji Ibrahim
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
PPM Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM)