Seindah Islam

Seindah Islam Seindah Islam - Seindah Islam adalah sebuah laman yang memaparkan pelbagai jenis informasi Islamic yang berguna untuk pembaca-pembaca.

Seindah Islam adalah sebuah laman yang memaparkan pelbagai jenis informasi Islamic yang berguna untuk pembaca-pembaca. Seindah Islam untuk menjadi media Islam yang terkemuka di dunia, kami akan memberikan kandungan yang terbaik dan berkesan. Kami berusaha untuk menjadi sebuah laman yang teratur dan profesional.

09/01/2021

POKDOK TAHFIZ HAJI AHMAD
06028010067846 (BANK ISLAM)

Jom kita support butik ustaz Ebit Lew. In shaa Allah bergaya dapat, pahala pun dapat
03/05/2020

Jom kita support butik ustaz Ebit Lew. In shaa Allah bergaya dapat, pahala pun dapat

Salam Ramadhan sahabat-sahabat semua

Untuk pembelian online sentiasa buka hari-hari boleh terus ke
Shopee --->> shopee.com.my/elewsdesign

Postage hanya pada hari Selasa dan Jumaat sahaja. Terima Kasih.

"Dilahirkan sebagai Cina tapi mereka jauh lebih hebat dari kita.Di antara mereka ada yg cukup dibenci oleh golongan anti...
25/04/2020

"Dilahirkan sebagai Cina tapi mereka jauh lebih hebat dari kita.

Di antara mereka ada yg cukup dibenci oleh golongan anti islam, liberalist, pluralist, atheis.

Ustaz Ebit Liew yg mampu menarik golongan bukan islam dgn pendekatan kasih sayang yg cukup menyentuh hati nurani manusia.

Ustaz Firdaus Wong yg mampu menarik golongan bukan islam dgn hujah2 yg mantap yg sukar dibantah oleh bukan islam.

Prof Ridhuan Tee yg cukup tegar dlm membela islam & tanah Melayu ini dari kerakusan golongan ultra kiasu...beliau adalah Cina yg lebih Melayu dari Melayu.

Dr Noor Hisyam...insan yg tak perlu kita perkenalkan lagi...insan terfamous pada hari ini...kemunculannya sentiasa ditunggu2 bagi mengetahui perkembangan terkini Covid 19 di negara kita dan mendpt pengiktirafan dunia sebagai antara 3 doktor terbaik di dunia dlm menangani Covid 19.

Mereka ini antara anugerah Allah yg terbesar buat tanah air kita...doakan yg terbaik buat mereka."

"ALHAMDULLILAH"
Copy & paste

23/04/2020

Panduan Ringkas Solat Sunat Tarawih - Disediakan oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)

Alhamdulillah..Walau berlainan bangsa..Kami tetap sama..Satu akidah!Kami sayang mereka semua kerana..Mereka bawa apa yan...
21/04/2020

Alhamdulillah..
Walau berlainan bangsa..
Kami tetap sama..
Satu akidah!
Kami sayang mereka semua kerana..
Mereka bawa apa yang Nabi Muhammad s.a.w pesan..peganglah dua perkara kamu tak kan sesat..Quran dan Hadith!
Kami kasihkan mereka kerana..
Mereka tahu..dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung!

Orang kita bab menyindir, menghina dan merendahkan mmg nombor satu bro. Dek kerana kemomokan beginilah yg menjadikan  ra...
18/04/2020

Orang kita bab menyindir, menghina dan merendahkan mmg nombor satu bro. Dek kerana kemomokan beginilah yg menjadikan ramai lelaki tak nak jadi imam. Jadi siapa boleh jadi imam? Pelajar tahfiz je? Lulusan al-Azhar je? Yg bergelar Ustaz je?
Hidup asyik nak memperlekeh org je. Mana ada orang yg sempurna dalam semua urusan bro sbb sifat manusia tu memang lemah. Yg lagi kita risau dia tak solat langsung.
Ada bacaan yg tak betul, kita bantu utk betulkan but at least dia boleh baca ayat-ayat Al-Quran. Ramai lagi kat luar sana yg buta al-Quran. Bahkan pergi belajar mengaji pun tak pernah.
Asyik baca 3 Qul je? Kalau memang itu yg di hafalnya dan baik bacaannya, salah ke? Hukumnya sunat baca surah. Kalau di baca alhamdulillah. Kang kalau baca al-Baqarah mengadu plak tak ada surah pendek ke.
Sudah-sudahlah tu memomokkan perasaan orang utk jadi Imam. Si ayah semakin gusar nak jadi imam takut salah depan isteri dan anak. Si anak lelaki gementar nak jadi imam sebab risau kena gelak dengan adik-beradik lain. Salah sikit pasti kena bahan.
Dia jadi imam, alhamdulillah dia mampu pimpin kita dalam solat. Siapa tahu ia menjadi titik tolak kpd dia utk menjadi Imam yg lebih baik di masa depan. Hari ini mungkin banyak kurang dan lemahnya. Tapi siapa tahu esok lusa menjadikannya lebih baik dan sempurna.
“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan nescaya dia beroleh dosa seperti orang yang melakukannya, tidak dikurangi dosa mereka itu sedikit pun.”
(Riwayat Muslim)


RizalMarsudin
Netizen Marhaen

18/04/2020

Masa sesi sidang media KKM
(16/4/2020), ada satu soalan daripada media Harian Metro berbunyi lebih kurang;

“Apa signifikan kepada Datuk dan KKM atas pengiktirafan sebagai 3 pengarah kesihatan terbaik dunia?”

Nak tahu apa jawapan beliau?

Sungguh humble dan down to the earth. Saya dengar pun rasa terharu. Dia jawab (lebih kurang);

Tanpa berbekalkan scrip.Ia menjawab secara spontan.Dari lubuk hatinya yg paling dalam.
Tidak salah pemilihannya.

“Sebenarnya pengiktirafan ini bukan untuk saya, tetapi lebih kepada Negara. Kami di KKM bergerak sebagai satu pasukan. Dan kami di KKM hanyalah memberikan nasihat sahaja, tetapi yang membuat keputusan dan melaksanakan adalah YAB Perdana Menteri Malaysia.”

Dan ayat seterusnya lebih kepada beliau memuji barisan keselamatan merangkumi polis dan tentera, semua pegawai kesihatan, barisan kementerian yang memberikan kerjasama dan rakyat Malaysia.

Dia langsung tidak ambil sebarang kredit di atas pengiktirafan ini. Dia lebih sandarkan pengiktirafan itu kepada rakyat, barisan hadapan, semua kementerian khususnya KKM, Perdana Menteri dan negara.

Allahu Akhbar.

Such a humble person. Di saat dia boleh mengangkat dirinya setinggi mungkin, namun dia tetap memilih untuk mengangkat orang dan pihak lain khususnya negara.

Semoga kita dapat mencontohi peribadinya yang penuh rendah diri. Terima kasih KKM, bukan setakat menyelamatkan kami, bahkan mengajarkan kami untuk merendah diri.

17/04/2020

Betul..

Hidayah hadir di musim PKP. Alhamdulilah.
11/04/2020

Hidayah hadir di musim PKP. Alhamdulilah.

KELUHURAN hati sebuah keluarga menghulurkan bantuan tanpa melihat perbezaan bangsa membuka hati Low Seng Teong atau Syukri Low Abdullah, 72, memeluk Islam, kelmarin.

11/04/2020

Pusat Kuarantin Bukan Lubang Tahi
=============
1. Harian Metro semalam melaporkan kewujudan kluster terkini yang dinamakan sebagai kluster kayangan. Mereka adalah kump**an rakyat Malaysia yang baru p**ang dari luar negara. Disifatkan sebagai kluster yang menjengkelkan kerana mengherdik pihak petugas kesihatan dengan kata-kata yang menghina seperti memanggil mereka anjing atau pencacai najis.

2. Sebahagian mereka turut merungut dengan kemudahan yag disediakan oleh kerajaan. Ada yang menyifatkan pusat kuarantin kerajaan seperti lubang taik. Malah ada yang menyatakan bilik yang disediakan buat mereka tidak sesuai untuk binatang duduk, apatah lagi manusia.

3. Begitulah Allah mendidik kita dalam situasi yang tenat pada hari ini. Ingatkah kita bagaimana Iblis dihalau kerana sifat sombong dan egonya. Iblis memandang rendah kepada makhluk lain dek kerana merasakan dirinya lebih tinggi dan mulia. Lalu dia dilaknat sehingga hari kiamat.

4. Ingatkah kita bagaimana Allah menenggelamkan Firaun, menamatkan riwayatnya dalam keadaan yang hina. Allah menyifatkan Firaun sebagai sombong kerana merasakan dia hebat bersama tenteranya. Firman Allah:

وَاسْتَكْبَرَ هُوَ وَجُنُودُهُ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ

“Dan Firaun merasa sombong dia dan tenteranya di atas muka bumi dengan jalan yang batil.” (al-Qasas: 39)

5. Ingatkah kita bagaimana Qarun ditimbus oleh Allah bersama dengan hartanya kerana bersifat sombong dek kerana kekayaannya. Firman Allah:

فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُ مِن فِئَةٍ يَنصُرُونَهُ مِن دُونِ اللَّهِ

“Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah" (al-Qasas: 81)

6. Perhatikan disini bagaimana pangkat, kekuasaan, ilmu dan kekayaan menjadikan manusia ego dan sombong. Dengan itu Rasulullah mendidik kita agar menjauhi sifat sombong. Rasululah menyifatkan sombong sebagai penyakit miskin jiwa.

7. Suatu hari Rasulullah bertanya kepada Abu Zar. Wahai Abu Zar, apakah engkau melihat orang yang kaya itu disebabkan hartanya yang banyak? Lalu Abu Zar menjawab: Ya! Rasulullah membetulkan kefahaman ini lalu berkata:

إِنَّمَا الْغِنَى غِنَى الْقَلْبِ، وَالْفَقْرُ فَقْرُ الْقَلْبِ

“Sesungguhnya kaya yang sebenar adalah kaya jiwa, dan miskin yang sebenar adalah miskin jiwa.” (HR Ibn Hibban)

8. Atas sebab itu kita perhatikan pada hari ini ada orang yang kaya tetapi masih berhutang dan menambah hutang. Jiwa mereka tidak pernah cukup. Inilah yang dikatakan miskin jiwa. Lebih malang lagi sekiranya miskin akhlak. Sudahlah dipandang hina disisi Allah, dipandang jelek p**a disisi manusia.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

09/04/2020

Address

No. 1, Tingkat Atas, Lorong Pak Kundur, Kg. Kubang Pak Amin
Pasir Mas
17030

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seindah Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Seindah Islam:

Share