Masjid An-Nur Pasir Gudang

Masjid An-Nur Pasir Gudang Pengisytiharan solat jumaat pertama di Masjid An-Nur telah diadakan pada 13 Mei 2005.

Masjid An-Nur Pasir Gudang

Johor Corporation melalui Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBT Pasir Gudang) telah menaiktaraf surau di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang kepada masjid yang dikenali sebagai Masjid An Nur Pasir Gudang. Johor Corporation melalui Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBT Pasir Gudang) telah menaiktaraf surau di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang kepada masjid yang

dikenali sebagai Masjid An-Nur Pasir Gudang. Pembinaan masjid ini merupakan satu lagi kemudahan kepada masyarakat untuk beribadah di samping dapat mengembangkan syiar Islam terutamanya kepada penduduk di kawasan Pasir Gudang. Kerja-kerja menaiktaraf yang dijalankan adalah meliputi meluaskan kawasan dalam bangunan masjid, membina tempat mengambil wuduk, memasang karpet, membina minbar, menyediakan alat siaraya dan menyediakan kemudahan seperti bilik imam dan rak untuk kitab. Pengisytiharan solat jumaat pertama di masjid telah diadakan pada 13 Mei 2005.

12/07/2026

Ahli-Ahli Johor Corporation, barisan pengurusan dan seluruh anggota pekerja serta syarikat Kumpulan menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor pada 12 Julai 2026.

Kredit gambar: Johor Royal Press Office




30/06/2026

Ahli-Ahli Johor Corporation, barisan pengurusan dan seluruh anggota pekerja serta syarikat Kumpulan Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor sempena Ulang Tahun Keputeraan pada 30 Jun 2026 bersamaan 14 Muharram 1448H.

Semoga Allah lanjutkan usia dan memberikan kesejahteraan berpanjangan kepada DYAM Tunku serta sentiasa dikurniakan rahmat-Nya.


16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah dan kebaikan yang telah kita usahakan sepanjang tahun yang lalu, serta mengurniakan kekuatan untuk kita terus istiqamah meniti jalan yang diredhaiNya.

Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa dan peluang untuk menjadi hamba yang lebih dekat kepadaNya.

Assalamu'alaikum wbt…✨MAJLIS SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 1448H🕌Masjid An-Nur Pasir Gudang🕌                                   ...
15/06/2026

Assalamu'alaikum wbt…✨

MAJLIS SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 1448H

🕌Masjid An-Nur Pasir Gudang🕌

Muslimin muslimat dijemput hadir pada masa & tarikh berikut :

🗓️Tarikh : 16 Jun 2025
📌Hari : Selasa
⏰Masa. : 6:30ptg
📍Tempat : Masjid An-Nur Pasir Gudang

Tentatif Program:

6:30pm :
Bacaan Yassin Tahlil dan
Doa Akhir Tahun 1447H

7:15pm : Solat Maghrib

7:30pm :
Bacaan Doa Awal Muharram 1448H
Tausiah Awal Muharram

9:00pm :
Solat Isyak
Jamuan
Bersurai

Penceramah :
Ustaz Muhammad Aizuddin bin Md Noor

📌Follow & Like Facebook Masjid An-Nur Pasir Gudang

🕌Jom Infaq Masjid An-Nur Pasir Gudang :
🏧 BANK ISLAM
💳 01087010025709

26/05/2026

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H ✨🌙

Di sebalik ibadah korban, tersimpan kisah agung tentang keikhlasan, keteguhan iman dan pengorbanan tanpa syarat.

Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita untuk terus berserah, berbuat kebaikan dan menghargai setiap nikmat yang dikurniakan Allah SWT 🤍

Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam. 🌿





21/04/2026

🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼

Assalamu'alaikum wbt.. ✨

*PROGRAM IBADAH KORBAN MASJID AN-NUR TAMAN CENDANA 1447H/2026M*

Tempahan slot ibadah korban 1447H/2026M telah dibuka. Kepada mereka yang berminat boleh hubungi :

☎️ Imam Muhammad Radhi bin Saip
010 884 3956

☎️ Imam Syukri bin Samsudin
011 3677 7985

❇️Harga 1 Bahagian Korban:
RM850.00

❇️ Harga Kambing
RM1200.00

Borang penyertaan boleh buat cetakan online/ Hadir dan dapatkan di Masjid.

Atau

Klik link di bawah👇

https://drive.google.com/file/d/18bkCkHHLg7zxBlNBmSe0OckJRzEIGTrM/view

❗Penyertaan Adalah Terhad❗️

Untuk Sumbangan & Infaq
Masjid An-Nur Taman Cendana
Bank Islam : 01087010004968

Linktree :
https://linktr.ee/MasjidAnNurTamanCendana

Tiktok :
https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8xKO5Eb9m3G&_r=1

Facebook:
https://www.facebook.com/mantcpg/

Telegram :
https://t.me/MasjidAnnurTamanCendana

🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼

16/04/2026

*PROGRAM IBADAH KORBAN MASJID ANNUR BANDAR PASIR GUDANG 1447H*

Tempahan slot ibadah korban 1447H telah dibuka. Kepada mereka yang berminat boleh hubungi :

☎️ Imam Muhammad Shafiq
http://wasap.my/60137941571/korban

☎️ Imam Ghaziri
http://wasap.my/60187927821/Korban

❇️Harga 1 Bahagian Korban:
*RM850.00*

❇️ Harga Kambing
*RM1200.00*

*Tarikh akhir penyertaan 22 MAY 2026*

Sila daftar di pautan berikut atau dapatkan borang di Masjid :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeAjq8LVoSySD7GaWW_2fecPfB_IAmCufD1Qwp9HUa5kHd9Ew/viewform?usp=header

13/04/2026

Majlis Sambutan Aidilfitri 2026

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Masjid An-Nur Pasir Gudang bersama Waqaf An-Nur Gold telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna.

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan suasana — dari kanak-kanak hingga dewasa, semuanya menyumbang kepada kemeriahan dan keindahan ukhuwah yang terjalin 🤝

Semoga momen kebersamaan ini terus mengeratkan silaturrahim dan menjadi kenangan indah buat kita semua.

20/03/2026
20/03/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙

Ramadan pergi meninggalkan kesan,
Syawal hadir membawa keceriaan.
Andai ada salah dan silap,
Mohon diampun penuh keikhlasan.

Indah Ramadan berlalu pergi,
Syawal menjelma penuh rahmat.
Salah dan khilaf mohon dimaafi,
Moga diterima segala ibadat.

Dengan penuh rasa syukur, pihak Masjid An-Nur Pasir Gudang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Maaf zahir dan batin atas segala kekurangan dan kesilapan. Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita 🤍


Address

Komplek Pusat Bandar Pasir Gudang
Pasir Gudang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid An-Nur Pasir Gudang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid An-Nur Pasir Gudang:

Shortcuts

Share