Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang

Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang MASJID AN-NUR BANDAR PASIR GUDANG –
DAHULU DIKENALI SEBAGAI MASJID JAMEK PASIR GUDANG
Dibina pada tahun 1989 dengan kos RM3.5 juta.

Beroperasi sepenuhnya bermula tahun 1991. Kapasiti menampung jemaah seramai 1,300 orang dalam satu masa. Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang mula dibina pada 1989 dengan kos RM 3.5 juta dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 1991. Masjid ini boleh menampung 1,300 jemaah dalam satu-satu masa. Masjid yang dibina di atas tapak seluas 14.8 ekar dengan keluasan masjid 900 meter persegi. Pada mulanya sebuah

balai masjid yang boleh memuatkan 300 orang turut dibina di dalam kawasan masjid bagi memudahkan penganjuran pelbagai aktiviti keagamaan seperti ceramah, kursus keagamaan dan kelas-kelas fardu ain yang melibatkan penyertaan seluruh masyarakat Islam di Pasir Gudang. Namun begitu, balai tersebut telah kini telah dijadikan tapak Hospital Waqaf An-Nur Pasir Gudang. Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang pernah memenangi Anugerah Landskap Halaman Cantik Negeri Johor bagi tahun 1993, 1994, 1997 dan 2001 bagi Kategori Masjid.

*PROGRAM IBADAH KORBAN MASJID ANNUR BANDAR PASIR GUDANG 1447H*Tempahan slot ibadah korban 1447H telah dibuka. Kepada mer...
15/04/2026

*PROGRAM IBADAH KORBAN MASJID ANNUR BANDAR PASIR GUDANG 1447H*

Tempahan slot ibadah korban 1447H telah dibuka. Kepada mereka yang berminat boleh hubungi :

☎️ Imam Muhammad Shafiq
http://wasap.my/60137941571/korban

☎️ Imam Ghaziri
http://wasap.my/60187927821/Korban

❇️Harga 1 Bahagian Korban:
*RM850.00*

❇️ Harga Kambing
*RM1200.00*

*Tarikh akhir penyertaan 22 MAY 2026*

Sila daftar di pautan berikut atau dapatkan borang di Masjid :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeAjq8LVoSySD7GaWW_2fecPfB_IAmCufD1Qwp9HUa5kHd9Ew/viewform?usp=header

Jemputan ke *Majlis Jamuan Hari Raya sempena Syawal & 1447H/2026 *Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang*Dengan rasa penuh ke...
13/04/2026

Jemputan ke *Majlis Jamuan Hari Raya sempena Syawal & 1447H/2026 *Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang*

Dengan rasa penuh kesyukuran dan rendah hati, kami daripada pihak Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik dan para jemaah sekalian ke majlis seperti ketetapan berikut :

*🗓️ Tarikh. : 16 April 2026*
*📌 Hari : Khamis*
*⏰ Masa : 8.00mlm - 11.00mlm*
*🕌Tempat : Perkarangan Masjid An- Nur Bandar Pasir Gudang*

Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat mengeratkan lagi tautan ukhuwwah dan siratulrahim sesama kita dan beroleh keberkatan serta keredhaan Allah S.W.T.

* *
* An-Nur Bandar Pasir Gudang*

09/03/2026
Assalamualaikum wbt,Jemput semua ke Podcast Bicara Ramadhan📍 Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang🗓 Isnin, 9 Februari 2026⏰ ...
24/01/2026

Assalamualaikum wbt,

Jemput semua ke Podcast Bicara Ramadhan
📍 Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang
🗓 Isnin, 9 Februari 2026
⏰ Selepas Solat Maghrib

Bersama:
🎙 Ustaz Ahmad Firdaus Bin Nordin (Moderator)
🎙 Ustaz Ellyeen Amineen Bin Mohd Salleh ( ahli panel)

Santai • Ilmu • Inspirasi
Jom hadir, sama-sama kita persiapkan diri menyambut Ramadhan.

Assalamualaikum semua 🌙Jom sama-sama kita sertai Gotong-Royong Perdana Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang sempena menyamb...
23/01/2026

Assalamualaikum semua 🌙
Jom sama-sama kita sertai Gotong-Royong Perdana Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang sempena menyambut Ramadan.

📅 Khamis, 12 Feb 2026
⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
🥐 Sarapan pagi & makan tengah hari disediakan

Ayuh kita turun ramai-ramai, bersihkan masjid dan rebut pahala sebelum Ramadan tiba.
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

*BACAAN YASIN DAN TAHLIL PERDANA ANJURAN MASJID AN-NUR BANDAR PASIR GUDANG**اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَ...
22/01/2026

*BACAAN YASIN DAN TAHLIL PERDANA ANJURAN MASJID AN-NUR BANDAR PASIR GUDANG*

*اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎*

Untuk makluman, penyertaan untuk sumbangan/infaq bagi program Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana 1447H telah pun dibuka. Bagi sesiapa yg ingin menyertai program ini, boleh dapatkan borang seperti berikut:-

*Sumbangan boleh dibuat melalui* :
📌 Borang Edaran boleh diperolehi di MASJID AN-NUR BANDAR PASIR GUDANG
📌 Borang secara online dilink : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe0PXR2RRlULI9exQOVmpV7vlpv7b2pV_MMAj0fwlbubBaqlw/viewform?usp=header

☎️Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi :

Imam Shafiq : +6013794 1571
Imam Ghaziri : +6018792 7821

🕌 Pihak masjid ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang. Moga amalan kebaikan kita diberkati dan dirahmati Allah

💫 INFAQ IHYA’ RAMADHAN 💫Assalamualaikum w.b.tPengurusan Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang menjemput semua ahli kariah un...
21/01/2026

💫 INFAQ IHYA’ RAMADHAN 💫

Assalamualaikum w.b.t
Pengurusan Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang menjemput semua ahli kariah untuk bersama berinfaq bagi program Ihya’ Ramadhan sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Saluran Infaq:
1️⃣ Tajaan berbuka puasa – RM1,000 / hari
2️⃣ Tajaan lot – RM100 / lot (700 lot disediakan)
3️⃣ Sumbangan terus ke Tabung Ihya’ Ramadhan / Akaun Masjid
LINK BORANG DIGITAL
https://drive.google.com/file/d/1dOfrr7YK4sHRfS_ecb7UPNGkOnNJD78c/view?usp=sharing

Untuk maklumat lanjut:
📞 Imam Shafiq: 013-794 1571
📞 Imam Ghaziri: 018-792 7821

Semoga segala infaq kita diberkati dan menjadi saham akhirat. InsyaAllah.

Pelawaan Sebutharga DibukaMasjid An-Nur Bandar Pasir Gudang mempelawa pembekal makanan Islam yang berminat untuk membeka...
20/01/2026

Pelawaan Sebutharga Dibuka
Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang mempelawa pembekal makanan Islam yang berminat untuk membekal makanan berbuka puasa, sahur dan moreh sempena Ramadan 2026M / 1447H.

Tarikh tutup: 24 Januari 2026 (5.00 petang)
Pertanyaan: Imam Shafiq 013-794 1571

Mohon kongsikan kepada yang berminat.

CERAMAH ISRAK MIKRAJ JEMPUTAN ✨👳🏻‍♀️ Majlis bersama AL FADHIL USTAZ SALIM BIN YUSUF 📅 15 Januari 2026 (Khamis)🕰️ Selepas...
12/01/2026

CERAMAH ISRAK MIKRAJ JEMPUTAN ✨

👳🏻‍♀️ Majlis bersama AL FADHIL USTAZ SALIM BIN YUSUF

📅 15 Januari 2026 (Khamis)
🕰️ Selepas Maghrib
📍 MASJID AN-NUR BANDAR PASIR GUDANG

Muslimin & Muslimat dijemput hadir.
Insya ALLAH.



11 Okt. - Sekitar suasana Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang.
12/10/2025

11 Okt. - Sekitar suasana Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang.

05/10/2025

Address

Jalan Mesjid
Pasir Gudang
81700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang:

Share

Category