21/07/2024
Laporan khas.
Pertemuan pihak PIBG , Pengurusan SMASID dengan YB Dato' Ust Satiful Bahari b Mamat
Hari Ahad
Tarikh 21 Julai 2024
Jam 12.00 - 1.30 tgghari
Tempat: Pejabat DUN PAKA
Segala puja dan puji, selawat dan salam atas baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, para sahabat dan muslimin dan muslimat sehingga hari kiamat.
Telah berlangsung lebih 1 jam setengah pertemuan penuh bermakna pihak PIBG, Pengurusan SMASID dan EXCO PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU di pejabat beliau di Paka
Butiran pertemuan adalah seperti berikut ;
✓ Tujuan utama
Pembentangan Draf Cadangan pihak PIBG SMASID & Sekolah bagi kutipan dana RM2 juta ( Fasiliti sekolah, kecemerlangan murid dan kebajikan)
✓ Penglibatan dari pihak SMASID
• Pihak PIBG SMASID
• Pihak Pengurusan Sekolah
✓ Agenda utama
- Serahan Draf Cadangan Kertas Kerja Infaq Pendidikan dan Transformasi ASRAMA 2024.
- Pembentangan Cadangan .
- Soal jawab
✓ Matlamat utama pertemuan
1. Kunjung hormat pihak SMASID ke pejabat Dato' EXCO
2. Memberikan gambaran semasa keadaan di SMASID
3. Memohon sokongan kewangan dari pihak exco keatas draf cadangan pihak sekolah bagi program Infaq Pendidikan SMASID 2024.
4. PENUBUHAN Alumni SMASID
5. Hal hal lain yang berkaitan.
Pertemuan berjalan dengan sangat positif, samada pihak Dato' Exco mahupun pihak PIBG dan pengurusan SMASID.
Berapa cadangan dan perancangan pihak exco khususnya melibatkan Alumni SMASID, dan Dato' EXCO adalah dari alumni smasid akan di rangka dalam masa terdekat untuk merancakkan lagi program Infaq Pendidikan SMASID yang sedang berjalan ini.
Kami dari pihak PIBG dan Pengurusan SMASID seluruhnya mengucapkan jutaan terima kasih & Jazakumullahu Khairan Kathira kepada pihak YB Dato', PA Dato' , staf-staf di Pejabat DUN PAKA atas layanan yang baik kepada rombongan kami Penghargaan khas kepada semua sehingga terjadinya pertemuan yang sangat bermakna bagi kami, apatah lagi pertemuan ini telah di rancang lama.
Semoga Allah membantu kita semua melaksanakan apa-apa yang telah dirancang dengan sebaik mungkin demi kebaikan dan kesejahteraan anak anak pelajar di smasid untuk hari ini dan akan datang.
Jom sama sama kami membantu menaikkan taraf beberapa fasiliti lama , membaikpulih kerosakan bangunan yang agak uzur dan lama dan menyumbang kearah kebajikan dan kecemerlangan anak anak di SMASID.
Kita semua bertanggungjawab berganding bahu membantu anak bangsa kita, khususnya bidang pendidikan sehingga anak anak kita menjadi pemimpin yang berkaliber di masa akan datang.
Insyaallah.
Sekian terima kasih.
Laporan di sediakan
Ust Sabri Yamin
Unit Publisiti dan Penerangan
PIBG SMASID 2024-2026.