28/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐ @ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Program Ibadah Qurban dan Aqiqah anjuran Jawatankuasa Ibadah Qurban & Aqiqah Kampus Kejuruteraan telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat kebersamaan sempena Aidiladha tahun ini. Sebanyak 9 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah berjaya disempurnakan bagi ibadah qurban dan aqiqah melibatkan penyertaan warga kampus serta masyarakat setempat.
Hasil sembelihan program ini berjaya memperoleh lebih 900 kilogram daging untuk diagihkan kepada peserta dan golongan yang memerlukan. Program turut diserikan dengan semangat gotong-royong para petugas dan sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan urusan penyembelihan, melapah dan pengagihan berjalan lancar.
Pihak Jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas, sukarelawan, penyumbang serta peserta qurban dan aqiqah atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT.
Khamis
28 Mei 2026
8.00 pagi - 2.00 Petang
Pusat Islam
Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Sains Malaysia