13/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Seremban, 12 Ogos 2026 -
Jurutera Daerah JKR Daerah Kuala Pilah, Pn. Ir. Jusmairomaizani binti Jusoh, telah menghadiri Majlis Taklimat Berkaitan Projek Infrastruktur dan Penyelenggaraan Jalan Raya di Negeri Sembilan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Datoโ Haji Ismail bin Lasim, bertempat di Bilik Gerakan, Wisma Negeri.
Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah JKR Negeri Sembilan, YBhg. Datoโ Ir. Wan Hasnan bin Wan Musa dan turut dihadiri oleh barisan Jurutera Daerah serta kepimpinan JKR Negeri Sembilan.
Sesi taklimat ini turut menzahirkan hasrat YAB Menteri Besar agar setiap projek dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan, dipantau secara berterusan serta memenuhi piawaian kualiti yang sewajarnya.
Selaras dengan hasrat tersebut, JKR Daerah Kuala Pilah kekal komited untuk memberikan khidmat terbaik, khususnya dalam memastikan pembangunan infrastruktur dan penyelenggaraan jalan raya dapat dilaksanakan secara cekap, berkualiti dan memberi manfaat kepada rakyat khususnya di Daerah Kuala Pilah.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Negeri Sembilan
Pejabat TKPKR Bangunan
CREaTE
TKPKR Sektor Infra
Dato' Ismail Bin Lasim