21/06/2014
MENGAPA ANDA PERLU KAYA?
Oleh kerana sedikitnya orang yang berjaya, masyarakat kita seringkali menganggap negatif terhadap orang kaya dan mencemburui orang kaya. Mungkin juga mereka melihat segelintir orang kaya yang berkelakuan tidak baik, sombong atau tidak mengendahkan orang miskin. Ibarat ada pemisah antara orang kaya dan miskin. Walhal dalam Islam, antara miskin dan kaya itu patut bantu-membantu dan saling memerlukan. Contohnya orang kaya memerlukan tukang membaiki paip di rumahnya yang sudah rosak, atau kerja-kerja buruh yang perlu dilakukan. Sebaliknya orang miskin perlukan orang kaya untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan, membina masjid, memberi sumbangan untuk membiayai kos pembangunan dan sebagainya.
Pada 23 Mei, 2010, Berita Harian melaporkan, "Terdapat 489 kes orang yang dihantar ke HKL tetapi tidak dijemput oleh keluarga atau anak selepas mereka sembuh". Kes ini adalah satu fenomena baru dalam masalah sosial yang antara faktor penyebabnya ialah kemiskinan, sama ada berpunca daripada anak, keluarga atau pesakit itu sendiri. Jika diteliti, kemiskinan menyebabkan orang benci kepada kita kerana terpaksa menagih simpati dan belas kasihan orang lain untuk survival kita. Sebaliknya jika 489 orang yang terlantar ini adalah orang yang berada atau kaya, InsyaAllah perkara ini tidak mungkin berlaku kerana mereka boleh berdikari.
Demikianlah banyaknya sebab mengapa kita, terutamanya umat Islam perlu kaya atau berada untuk membolehkan kita melaksanakan tuntutan-tuntutan kehidupan. Untuk kaya, kita perlu berusaha dan membaiki diri kita. Walau serendah mana pun kita, janganlah berserah diri sebelum berjuang. Allah menginginkan kita mengubah diri kita dan berada di tahap yang lebih baik. Janganlah membiarkan diri kita dalam kemiskinan atau kepapaan dan menyusahkan orang di sekeliling kita. Laksanakanlah tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga, sebagai ibu atau ayah. Carilah yang halal. Moga dengan ketiadaan kita nanti, waris-waris kita boleh bergembira dengan apa yang kita tinggalkan, bukannya menanggung kesusahan selepas ketiadaan kita.
Saiz otak manusia adalah kira-kira 325 gram dan menyerap kira-kira 75% oksigen darah dalam tubuh manusia. Malangnya, kapasiti otak yang mampu menjana pendapatan, kekayaan dan kemakmuran itu tidak diterokai sepenuhnya. Minda kebanyakan manusia diselaputi kekaburan, hasad, dengki, tamak, negatif, mengeluh, resah dan sebagainya yang menjerumus manusia itu kearah kemusnahan.
Semua perlakuan tersebut merupakan doa dan tidak mengundang frekuensi positif, aura dan kecemerlangan. Contohnya apabila anda bercakap tentang keburukan orang lain, kehinaan atau aib orang lain, sebenarnya dari segi Undang-undang Daya Tarikan, ia akan menarik apa yang anda lakukan itu kepada diri anda semula. Seperti juga sekiranya kita mendoakan kebaikan untuk seseorang, doa itu akan melimpah kepada diri orang yang mendoakannya.
Bukankah al-Quran telah memberi amaran kepada kita, “Celakalah (azablah - Neraka Wail) bagi pengumpat dan pencela.” Al-Humazah: 1.
Ini juga bersesuaian dengan sebuah hadis Qudsi Sabda Nabi Muhammad s.a.w., “Wahai sekalian manusia, janganlah kamu mengutuk makhluk yang lain, kerana kutukan itu akan kembali kepada diri kamu.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan
Kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Sedangkan dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa.
Oleh itu, terbalikkan minda dari pemikiran yang buruk itu. Fikir positif, tarik tenaga (energy) yang positif, kekuatan, kejayaan dan kekayaan agar ia melekat ke dalam diri anda. Ia adalah pekerjaan yang sangat mudah.
Berikan masa untuk mengubah kehidupan anda dan kurangkan masa untuk mengubah pendirian orang lain. Untuk mengubah diri seseorang, percayalah potensi yang diberi Allah kepada kita, iaitu Allah telah mengurniakan kita sesuatu yang tidak diberi kepada haiwan iaitu akal fikiran (haiwan hanya diberi nafsu dan otak dan berfikir secara tindakbalas (reflex))
Apa yang penting, bagaimana sesuatu itu dirakam di dalam kotak fikiran anda dan disimpan, sehalus-halus nya. Dengan cara ini minda anda dapat merakamnya dengan sangat cemerlang dan “meregister” perkara itu di dalam kotak fikiran/minda anda.
Manusia juga diberi kelebihan yang melebihi makhluk-makhluk Allah yang lain. Firman Allah, “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak Adam, Kami angkat mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan". Al-Israk: 70
Wallace Wattles yang dilahirkan pada 1860, telah menulis sebuah buku berjudul The Science of Getting Rich. Menurut beliau, "Apa imej yang anda bentukkan di dalam kepala anda (mental image) akan datang kepada anda dalam bentuk fizikal – melalui proses alamiah seperti pernigaan, perdagangan dan sebagainya."
Katanya lagi:
"Untuk memperolehi kekayaan ini, anda mesti aktif. Anda mesti membuat apa yang seharusnya anda lakukan setiap hari untuk membolehkan imej tersebut menjadi realiti. Sesiapa yang melakukan panduan ini, akan menjadi kaya. Dan kekayaan yang mereka perolehi adalah sama banyak dan bertepatan dengan gambaran dalam minda mereka, ketepatan tujuan mereka, kejituan kepercayaan mereka dan kedalaman tanda syukur yang mereka zahirkan."
FREKUENSI MINDA
Tak hairanlah, ada orang menyebut beliau sebagai:Sambungannya KLIK DI SINI
Latest Entries:
Mulakan Bisnes Raya ANDA TANPA PRODUK SENDIRI Di Facebook
lulur ibu cerahkan kulit,putih,bersih dan bercahaya 085219889130
Lulur beras thailand cerahkan kulit dan hilangkan flek hitam...
Projek Cari Duit Raya 2014
[ Real ] Video maker Turbo Genie
Rahsia disebalik penggunaan handphone!
Panduan untuk mudah hamil
[ PERCUMA ] Ebook Bisnes Raya
Buat duit dengan bisnes hamper
Cara mudah belajar bahasa Mandarin