Pertubuhan Kebajikan Dar Solihin

Pertubuhan Kebajikan Dar Solihin NO PPM-037-01-05012021
(1)

PERTUBUHAN KEBAJIKN DAR SOLIHIN MERUPAKAN NGO YANG BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT DAN MENJALANKAN AKTIVITI SEPERTI SUMBANGAN KEBAJIKAN, AKTIVITI SOSIAL DAN KULIAH AGAMA.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Kemanisan Imanعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ ع...
20/08/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kemanisan Iman

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Daripada Anas bin Malik RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya, maka dia akan merasai kemanisan iman: (1) Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada segala yang lain. (2) Dia mencintai seseorang, hanya kerana Allah. (3) Dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci dicampakkan kedalam api neraka"(HR Bukhari No: 16) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa halawatul iman (kemanisan iman) ialah kenikmatan rohani yang dirasai oleh hati sehingga seseorang berasa tenang ketika beribadah; reda dengan ketentuan Allah; gembira melakukan ketaatan; dan sanggup bersabar menghadapi ujian demi agama.

2. Tiga perkara jika dimiliki akan menjadikan seseorang mendapat kemanisan iman:

a) Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari segala-galanya di dunia. Tanda cinta tersebut ialah seseorang sentiasa mendahulukan perintah Allah dan sunnah Rasulullah SAW apabila berlaku pertembungan dengan kehendak hawa nafsu.

b) Mencintai dan menyayangi seseorang hanya kerana Allah bukan kerana pangkat mahupun kedudukan.

c) Tidak s**a kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dengan hidayah, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

3. Mencintai Rasulullah SAW mewajibkan adanya penghormatan, ketundukan dan mengikuti serta mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda (mengagungkan sunnahnya).

Allah berfirman:

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٣١

“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’” [Ali ‘Imran: 31]

Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini menyatakan: “Ayat ini adalah pemutus hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah namun tidak mahu menempuh jalan yang dilalui Rasulullah SAW, maka orang itu dusta dalam pengakuannya sehinggalah ia mengikuti syariat dan agama yang dibawa Rasulullah SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya.”

4. Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan, dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya. Termasuk cinta kepada Nabi SAW adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bid’ah yang menyesatkan.

5. Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah. Ibnul Qayyim al-Jauziyyah berkata: “Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”.

6. Tiga tanda utama seseorang merasai kemanisan iman: cinta yang mendalam kepada Allah dan Rasul-Nya, kasih sayang sesama mukmin kerana Allah, dan kebencian terhadap kekufuran. Kemanisan iman hanya dapat dirasai apabila iman dihiasi dengan ketaatan, keikhlasan, dan kesetiaan kepada ajaran Islam.

📢 RAYUAN SUMBANGAN DANA PENGURUSANPertubuhan Kebajikan Dar Solihin MuarAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kami d...
20/08/2026

📢 RAYUAN SUMBANGAN DANA PENGURUSAN
Pertubuhan Kebajikan Dar Solihin Muar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kami dengan rendah hati memohon sokongan dan sumbangan daripada tuan/puan bagi membantu menampung Dana Pengurusan Pertubuhan sebanyak RM3,000.

Dana ini amat penting bagi memastikan:
✅ Operasi dan pentadbiran pertubuhan berjalan lancar.
✅ Pengurusan media sosial bagi menyebarkan program kebajikan kepada masyarakat.
✅ Program bantuan kepada asnaf, anak yatim, ibu tunggal dan golongan yang memerlukan dapat diteruskan.

✨ Setiap ringgit yang disumbangkan menjadi asbab berterusannya usaha kebajikan ini.

Salurkan sumbangan ke: 🏦 Maybank 5510 4358 7279 Pertubuhan Kebajikan Dar Solihin Muar (Rujukan: Dana Pengurusan)

🤲 "Sedekah itu tidak akan mengurangi harta."
— Hadis Riwayat Muslim

Semoga Allah SWT menerima amal kebajikan tuan/puan dan mengurniakan rezeki yang berkat serta ganjaran yang berlipat ganda.

Jom bersama kami meneruskan usaha kebajikan demi manfaat ummah. 🌿

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Kesempurnaan Iman Dengan Mencintai Rasul عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ هِشَامٍ قَالَ: كُنَّا مَعَ ...
19/08/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kesempurnaan Iman Dengan Mencintai Rasul

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ هِشَامٍ قَالَ: كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ آخِذٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، لَأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ إِلَّا مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ. فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: فَإِنَّهُ الْآنَ وَاللَّهِ لَأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْآنَ يَا عُمَرُ.

Daripada Abdullah bin Hisham RA, beliau berkata: Kami pernah bersama Nabi SAW, ketika Baginda memegang tangan Umar bin al-Khattab. Lalu Umar berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri." Maka Nabi SAW bersabda: "Tidak, demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri." Lalu Umar berkata: "Demi Allah, sekarang engkau benar-benar lebih aku cintai daripada diriku sendiri." Maka Rasulullah SAW bersabda: "Sekarang (barulah sempurna), wahai Umar." (HR Bukhari. No: 6632) Status Hadis Sahih.

Pengajaran:

1. Kesempuraan iman itu menuntut agar Rasulullah SAW lebih dicintai daripada diri sendiri atau hawa nafsunya.

2. Cinta kepada Rasulullah SAW bukan sekadar emosi, tetapi lahir daripada ilmu, iman dan kesedaran terhadap jasa Baginda.

3. Tanda cinta yang sebenar ialah mentaati sunnah dan mendahulukan ajaran Rasulullah SAW daripada hawa nafsu.

4. Ibn Hajar al-‘Asqalānī dalam Fath al-Bārī menegaskan bahawa cinta kepada Rasulullah SAW wajib melebihi cinta kepada seluruh manusia lain kerana baginda menjadi sebab terbesar sampainya nikmat hidayah dan keselamatan.

5. Ibn Rajab al-Hanbali menjelaskan bahawa cinta kepada Rasulullah SAW mempunyai tanda-tanda yang nyata, antaranya: mendahulukan sunnah daripada hawa nafsu; reda dengan hukum Allah dan Rasul-Nya; memperbanyakkan selawat; serta mencontohi akhlak Baginda.

6. Seorang Muslim hendaklah sentiasa berusaha membuktikan cintanya kepada Rasulullah SAW melalui ibadah, akhlak, selawat, dakwah dan kesungguhan mengamalkan sunnah dalam setiap aspek kehidupan.

7. Kecintaan kepada Rasulullah SAW mesti didahului dengn kecintaan kepada Allah. Mencintai Rasulullah adalah cinta kerana Allah.

Assalamualaikum dan selamat pagi 😊🌸Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati pagi yang indah. Setiap hela n...
19/08/2026

Assalamualaikum dan selamat pagi 😊🌸

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati pagi yang indah. Setiap hela nafas, setiap langkah dan setiap detik kehidupan adalah dengan izin Allah SWT.

Semoga hari ini Allah permudahkan segala urusan kita, lapangkan hati, murahkan rezeki, berikan kesihatan dan sentiasa membimbing kita di jalan-Nya. 🤲🏻

Kita hidup dengan kehendak-Nya, kita kembali juga kepada-Nya. Maka, semoga setiap hari yang kita lalui menjadi lebih dekat dengan Allah dan lebih banyak membawa kebaikan.

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻🌿

Selamat pagi dan semoga hari ini dipenuhi keberkatan. ❤️

Teruskan menyumbang bersama kami dalam gerak kerja kebajikan yang sedang dijalankan👇
https://toyyibpay.com/Infak-Beras-Asnaf

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Orang Yang Enggan Masuk Syurgaعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَ...
18/08/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Orang Yang Enggan Masuk Syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan, " Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?" Nabi bersabda: "Sesiapa yang taat kepadaku akan masuk syurga dan sesiapa yang mendurhakaiku sesungguhnya dialah orang yang enggan (untuk masuk syurga)." (HR Bukhari No: 6737) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap umat Nabi Muhammad SAW akan masuk ke syurga dengan syarat mentaati dan mengikuti apa yang ditunjukkan Rasulullah SAW. Melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala yang dilarang.

2. Taat dan patuh kepada Nabi SAW itu antaranya dengan mentauhidkan Allah serta istiqamah dalam melaksanakan syariat Allah seperti menunaikan solat, mengeluarkan zakat, melaksanakan puasa Ramadhan, berbakti kepada kedua orang tua, menjaga dari perkara yang haram seperti perbuatan zina, minum yang memabukkan, serta melakukan perkara haram yang lain.

3. Ibn Hajar al-‘Asqalānī dalam Fath al-Bārī menegaskan bahawa enggan dalam hadis ini bukan bermaksud seseorang secara terang-terangan menolak syurga, tetapi ia bermaksud menolak ketaatan yang menjadi syarat untuk masuk syurga.

4. Orang yang enggan dan tidak mahu mentaati syariat yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah SAW adalah orang yang enggan untuk masuk syurga. Orang tersebut mencegah dirinya untuk masuk ke dalam syurga dengan melakukan amal keburukan dan meninggalkan syariat yang diwajibkan.

5. Sunnah ialah jalan menuju syurga. Al-Qadi 'Iyad menjelaskan bahawa Rasulullah SAW telah menunjukkan segala jalan menuju syurga melalui akidah yang sahih; ibadah yang benar; akhlak yang mulia; muamalat yang adil; serta larangan terhadap segala bentuk maksiat. Oleh itu, sesiapa yang meninggalkan petunjuk Baginda sebenarnya memilih jalan yang berbeza daripada jalan menuju syurga.

6. Wajib bagi setiap muslim untuk mentaati segala perintah Allah, serta mengikuti Nabi Muhammad SAW dalam setiap syariat yang baginda bawa. Firman Allah:

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya” (Al Hasyr: 7)

7. Syurga adalah ganjaran yang Allah janjikan kepada umat Islam, namun ia tidak dicapai dengan angan-angan, tetapi dengan ketaatan kepada Rasulullah SAW. Meninggalkan sunnah dan melakukan maksiat secara sengaja adalah tanda keengganan terhadap rahmat Allah.

Marilah kita sempena bulan Maulidurasul ini menjadi orang yang akan masuk syurga bukan orang yang enggan.

Assalamualaikum dan selamat pagi 😊🌹Dalam perjalanan hidup ini, jangan terlalu leka mengejar dunia sehingga terlupa bahaw...
18/08/2026

Assalamualaikum dan selamat pagi 😊🌹

Dalam perjalanan hidup ini, jangan terlalu leka mengejar dunia sehingga terlupa bahawa waktu semakin singkat, kematian semakin dekat dan akhirat adalah tempat kembali.

🌿 Belajarlah untuk ikhlas dalam beramal, sabar dalam ujian, bersyukur atas nikmat dan menjaga hati daripada ghibah.

🤲 Semoga Allah mengurniakan kita hati yang sentiasa rindu kepada-Nya, lidah yang sentiasa berzikir dan jiwa yang tidak pernah jemu bertaubat.

Jangan biarkan nikmat dunia yang sementara menipu kita daripada mempersiapkan bekalan untuk kehidupan yang kekal.

Semoga pagi ini menjadi permulaan untuk kita memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah.

Teruskan menyumbang bersama kami dalam gerak kerja kebajikan yang sedang dijalankan👇
https://toyyibpay.com/Infak-Beras-Asnaf

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Rasulullah Penyelamat Umatعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَي...
17/08/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Rasulullah Penyelamat Umat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّمَا مَثَلِي وَمَثَلُ أُمَّتِي كَمَثَلِ رَجُلٍ اسْتَوْقَدَ نَارًا فَجَعَلَتِ الدَّوَابُّ وَالْفَرَاشُ يَقَعْنَ فِيهِ فَأَنَا آخِذٌ بِحُجَزِكُمْ وَأَنْتُمْ تَقَحَّمُونَ فِيهِ

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya perumpamaan diriku dengan umatku adalah seperti seorang lelaki yang menyalakan api. Apabila api itu menerangi sekelilingnya, serangga (kelkatu) dan rama-rama mula berjatuhan ke dalamnya (api). Sedangkan dia berusaha menghalang mereka daripada terjatuh ke dalam api itu. Demikianlah aku memegang pinggang kamu (untuk menyelamatkan) daripada api neraka, tetapi kamu terus melepaskan diri dan terjun ke dalamnya (api)." (HR Bukhari No: 6483) Status : Hadis Sahih.

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW diutus untuk memberitahu manusia akan ancaman azab api Neraka yang menanti di Akhirat bagi mereka yang berbuat maksiat juga yang tidak beriman.

2. Rasulullah SAW berusaha untuk menyelamatkan manusia dari menjadi ahli Neraka. Baginda SAW menyampaikan Islam sebagai kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

3. Imam al-Nawawi menjelaskan hadis ini menggambarkan besarnya kasih sayang Rasulullah SAW terhadap umatnya. Rasulullah SAW berusaha menyelamatkan manusia daripada kekufuran, syirik, maksiat, bid'ah, dan segala perkara yang membawa kepada azab Allah. Namun ramai manusia tetap memilih jalan yang membawa kepada kebinasaan.

4. Al-Qurtubi menyatakan bahawa hadis ini adalah peringatan keras bahawa mengikuti hawa nafsu dan meninggalkan sunnah Rasulullah SAW akan membawa manusia ke arah kebinasaan. Ia juga menekankan bahawa keselamatan hanya tercapai dengan mentaati Rasulullah SAW sepenuhnya.

5. Imam An-Nawawi berkata: hadis ini membawa maksud bahawa Rasulullah SAW menggambarkan perbuatan orang jahil dan ingkar yang bergelumang dengan maksiat dan syahwat sebenarnya melemparkan diri ke dalam api Neraka, seperti serangga kelekatu yang terbang ke dalam api kerana mengikut keinginan dan tidak mampu membezakan bahaya atau tidak, sedangkan Baginda SAW berusaha menghalang mereka dari terjatuh ke dalamnya.

6. Teknik memberikan perumpamaan yang boleh digambarkan oleh akal, adakalanya diperlukan bagi menyampaikan dakwah dan menyedarkan jiwa umat.

7. Jangan jadikan kita seperti serangga kelekatu yang terhumban ke dalam api kerana tidak dapat membezakan antara bahaya dan bahagia. Ikutilah perintah dan larangan Rasulullah SAW yang sayang dan kasih kepada umatnya agar tidak terhumban ke dalam neraka.

8. Dunia ini penuh dengan tipu daya dan tarikan yang boleh menyeret manusia ke arah maksiat. Umat Islam perlu berhati-hati dan jangan mudah tertarik dengan keseronokan sementara yang akhirnya membawa kepada kemurkaan Allah.

Jadikan diri kita pewaris tugas Rasulullah sebagai pendakwah untuk menyelamatkan diri kita dan orang lain daripada api neraka.

Rabiul Awal, bulan yang mengingatkan kita kepada kelahiran Nabi Muhammad SAW. Berusahalah kita mencintai Rasulullah SAW dengan mencontohinya.

Assalamualaikum dan selamat pagi 😊🌸[ INDAHNYA PAGI ] ☀️Kecantikan sebenar bukan hanya pada rupa, tetapi pada akal yang s...
17/08/2026

Assalamualaikum dan selamat pagi 😊🌸

[ INDAHNYA PAGI ] ☀️

Kecantikan sebenar bukan hanya pada rupa, tetapi pada akal yang sentiasa merenung dan menginsafi diri, lidah yang memilih untuk diam daripada menyakiti, wajah yang dihiasi dengan ibadah, hati yang bersih daripada hasad dengki, serta perbuatan yang istiqamah dalam kebaikan. 🤍

Semoga pagi ini menjadi permulaan untuk kita memperbaiki diri, menjaga hati, memperindah tutur kata dan memperbanyakkan amal kebaikan.

🌿 Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.

Semoga Allah memberkati segala urusan kita pada hari ini. 🤲🏻

Selamat pagi, semoga hari kita dipenuhi keberkatan dan ketenangan. 🌷

Teruskan menyumbang bersama kami dalam gerak kerja kebajikan yang sedang dijalankan👇
https://toyyibpay.com/Infak-Beras-Asnaf

✨ Jangan lupa hadir malam ini! ✨Mari bersama-sama meluangkan masa menghadiri Kuliah Dar Solihin bagi menambah ilmu, memp...
14/08/2026

✨ Jangan lupa hadir malam ini! ✨

Mari bersama-sama meluangkan masa menghadiri Kuliah Dar Solihin bagi menambah ilmu, memperbaiki diri dan menghidupkan hati dengan majlis yang penuh keberkatan 🤍

📅 Jumaat, 14 OGOS 2026
🕖 7.00 malam

“Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.”
(HR Muslim)

Ayuh hadir dan ajak keluarga serta sahabat bersama 🌿

KHUTBAH JUMAATTAJUK : KEMULIAAN DI SEBALIK SEMPADANTARIKH : 14 OGOS 2026 | 1 RABIULAWAL 1448 HHARI : JUMAAT
14/08/2026

KHUTBAH JUMAAT

TAJUK : KEMULIAAN DI SEBALIK SEMPADAN
TARIKH : 14 OGOS 2026 | 1 RABIULAWAL 1448 H
HARI : JUMAAT

Address

Muar

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+60149510181

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Dar Solihin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pertubuhan Kebajikan Dar Solihin:

Shortcuts

Share