Masjid An-Nahdhah, Bukit Ibam

Masjid An-Nahdhah, Bukit Ibam " Masjid Gemilang Ummah Cemerlang "
"Masjidannahdhahbukitibam.blogspot.com"

إن الله وإنا إليه راجعون .. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه .Semoga Allah merahmati arwah pakcik Zainal .. takziah bu...
13/08/2017

إن الله وإنا إليه راجعون .. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه .

Semoga Allah merahmati arwah pakcik Zainal .. takziah buat keluarga 😔

Tahniah peserta Muslimat ..
10/06/2017

Tahniah peserta Muslimat ..

Alhamdulillah .. Program Tadarus al-Quran sempena Ramadhan al-Mubarak 1438H anjuran pihak masjid berjalan lancar 😊
29/05/2017

Alhamdulillah .. Program Tadarus al-Quran sempena Ramadhan al-Mubarak 1438H anjuran pihak masjid berjalan lancar 😊

Jakim:INFO RINGKAS: AMALAN YANG DISUKAI RASULULLAH SAW BERKAITAN MAKAN DAN MINUM1) Menghargai makanan yang disajikan2)Ti...
14/05/2017

Jakim:
INFO RINGKAS:

AMALAN YANG DISUKAI RASULULLAH SAW BERKAITAN MAKAN DAN MINUM

1) Menghargai makanan yang disajikan
2)Tidak bersandar ketika menjamu selera
3) Menggunakan tangan kanan
4) Mengambil makanan dengan tiga jari
5) Menjilat jari sebelum mencucinya
6) Mengambil Nafas ketika minum
7) Berdoa sebelum dan sesudah makan dan minum
8) Makan tidak terlalu kenyang

sumber rujukan: as-solihin_AmalanYangDis**aiRasulullah

10/05/2017
Jakim:🌻RENUNGAN PAGI🌻06 SYAABAN 1438 H03 MEI 2017 MKEBAIKAN BERPUASA DARI SUDUT SAINS Para penyelidik ilmu perubatan tel...
03/05/2017

Jakim:
🌻RENUNGAN PAGI🌻

06 SYAABAN 1438 H
03 MEI 2017 M

KEBAIKAN BERPUASA DARI SUDUT SAINS

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.

Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.”

Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubat moden.

Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan.

Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas.

Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekump**an orang yang rajin berpuasa dan sekump**an orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996.

Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia.

Kesimp**an kongres itulah yang menekankan 4 kelebihan berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Sedangkan dunia perubatan p**a telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu:

(1) glukos darah tinggi

(2) Tekanan darah tinggi

(3) Lipid darah tinggi dan

(4) lebih berat badan atau obesiti.

Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.

Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :

“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia s**a memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

Puasa dapat menambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu.

Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya.

Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.Sudah pastinya kereta perlu diservis selalu bagi ianya mampu berjalan lancar dan tanpa gangguan.

Begitu jua dengan tubuh manusia yang amat kompleks daripada kereta dimana amat perlu diservis biarpun hanya setahun sekali selama sebulan,malah lebih baik sekiranya diservis setiap bulan dengan berpuasa.Wallah Huaalam.

FB:- http://bit.ly/FBHABHALAL
Website:- www.halal.gov.my

Sumber:-
http://bit.ly/Kelebihanpuasa


01/05/2017

Jakim:
SEKELUMIT ILMU
~Do'a dalam Tahiyat

Sayugia di'amalkan do'a ini nescaya terhindar dari fitnah semasa hidup, fitnah dajjal, fitnah ketika mati, siksa kubur serta siksa neraka jahanam.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو وَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, RasuluLlāh s.a.w berdo'a:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
"ALLAHUMMA INNII 'A'UUDZU BIKA MIN 'ADZAABIL QABRI WA MIN 'ADZAABIN NAAR WA MIN FITNATIL MAHYAA WAL MAMAATI WA MIN FITNATIL MASIIHID DAJJAAL":

(Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur dan dari siksa api neraka dan dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah Al Masih Dajjal).

Berdo'alah untuk keselamatan di dunia dan akhirat. Antara tempat yang disunatkan berdo'a ialah semasa selesai bacaan tahiyat akhir;

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ثُمَّ يَدْعُو لِنَفْسِهِ بِمَا بَدَا لَهُ

Dari Abu Hurairah r.a berkata, RasuluLlāh s.a.w bersabda:
"Jika salah seorang di antara kalian bertasyahud, maka mintalah perlindungan pada ALlāh dari empat perkara yaitu dari siksa Jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan Al Masih Ad Dajjal, kemudian hendaklah ia berdo'a untuk dirinya sendiri dengan do'a apa saja yang ia inginkan.”

Do'a yang dibenarkan dibaca selepas bacaan tahayat akhir dalam solat ialah lafaz yang ma'tsurats dan mestilah dibaca dalam bahasa 'Arab.

Jakim:Masjid sebagai destinasi pelbagai program, menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat.Semoga ianya menjadi contoh...
30/04/2017

Jakim:
Masjid sebagai destinasi pelbagai program, menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat.Semoga ianya menjadi contoh yang baik dan dapat memainkan peranannya dalam mengimarahkan institusi yang mulia.Tahniah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya


http://www.hmetro.com.my/node/225381

Putrajaya: Seramai 25 pasangan dinikahkan dalam program Jom Nikah@Putrajaya anjuran Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini, hari ini.

Jakim:Selamat datang 1 Syaaban 1438HLagi sebulan nak puasa!Semoga Allah swt sampaikan umur kita dengan diberikan kesihat...
28/04/2017

Jakim:
Selamat datang 1 Syaaban 1438H

Lagi sebulan nak puasa!

Semoga Allah swt sampaikan umur kita dengan diberikan kesihatan yang sempurna untuk berpuasa di bulan Ramadan sebulan sahaja lagi.

Kepada para wanita dan mereka yang keuzuran sewaktu Ramadhan lalu, bolehlah ganti puasa. Jangan sampai terlupa.

Masa berlalu sangat pantas. Semoga hidup kita penuh dengan kebaikan, manfaat dan keberkatan serta mentaati akan titah perintah Allah swt dengan menjaga solat 5 waktu dan amalan2 ibadah yang lain serta menjauhi akan larangan dan tegahan-Nya.

Address

Bukit Ibam
Muadzam Shah
26700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid An-Nahdhah, Bukit Ibam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share