Masjid An Nasuha

Masjid An Nasuha Masjid ini mula dibina pada tahun 1948, kemudian dibina sebuah masjid baru daripada bantuan kerajaan.

Masjid An-Nasuha yang terletak di Lebuh AMJ, Rumbia, Alor Gajah, Melaka, merupakan salah satu masjid yang terkenal di Malaysia dengan penilaian tinggi.

Sekiranya terdapat dalam kalangan ahli kariah mahupun di luar kariah yang berhasrat untuk menyumbang atau berinfaq kepad...
07/05/2026

Sekiranya terdapat dalam kalangan ahli kariah mahupun di luar kariah yang berhasrat untuk menyumbang atau berinfaq kepada Masjid An-Nasuha bagi membantu menampung bayaran bil utiliti masjid, bolehlah tuan/puan menyalurkan sumbangan tersebut ke akaun-akaun berkenaan seperti maklumat yang tertera pada poster yang dilampirkan.
Pihak pengurusan masjid dengan penuh rasa syukur merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan wang ringgit bagi membantu urusan serta pembangunan masjid. Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan keprihatinan dengan sebaik-baik ganjaran.

Pembelian tanah ini (Lot 4533) ini berjumlah RM 2.2 juta dan sehingga kini (11 Feb 2026) pihak Masjid An-Nasuha memerluk...
11/02/2026

Pembelian tanah ini (Lot 4533) ini berjumlah RM 2.2 juta dan sehingga kini (11 Feb 2026) pihak Masjid An-Nasuha memerlukan lagi sumbangan sebanyak lebih kurang RM 900k.
Dengan jumlah sebanyak RM 2.2 juta ini akan digunakan bagi tujuaan:-
1. Pembelian Lot 4533 dengan cadangan mendirikan sekolah Agama JAIM sepertimana lampiran yang dilampirkan dibawah.
2. Membina tempat pakir kenderaan jemaah.
3. Program mengimarahkan masjid (Infrastruktur dsb.)

Masjid memerlukan sumbangan untuk membina tempat pakir kenderaan khususnya untuk jemaah yang datang ke Masjid An-Nasuha,...
05/02/2026

Masjid memerlukan sumbangan untuk membina tempat pakir kenderaan khususnya untuk jemaah yang datang ke Masjid An-Nasuha, Kariah Rumbia, Alor Gajah, Melaka.
Tujuan adalah untuk menampung jumlah kenderaan yang semakin meningkat terutama apabila waktu solat Jumaat, kuliah agama/ceramah perdana, solat hari raya bagi Aidilfitri/Aidiladha. Ianya sekaligus dapat memberi keselesaan dan keselamatan kerana dapat membantu mengelakkan sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku seperti kemalangan. Kenderaan jemaah sekarang banyak di pakir pada sisi jalan utama dan ianya membahayakan kepada semua pengguna jalan raya.
Maka dengan ini, langkah usaha pihak masjid adalah untuk membina tempat pakir kenderaan yang lebih selesa, teratur dan selamat.
Semoga sumbangan kalian nanti dapatlah membantu masjid untuk membina apa yang dirancangkan. Terima kasih kami ucapkan kepada semua penginfaq. Semoga Allah luaskan dan lipat gandakan rezeki kalian dan dipermudahkan setiap urusan. Aamiin.

02/02/2026
02/02/2026
Mesyuarat AJK Masjid An Nasuha Siri 1/2026
21/01/2026

Mesyuarat AJK Masjid An Nasuha Siri 1/2026

21/01/2026

Pembentangan Program Digital Masjid kepada AJK Masjid An Nasuha oleh En. Ariff Iskandar selaku CEO Clever Plus Academy berkaitan manfaat daripada website yang dibangunkan kepada pihak Masjid An Nasuha. Ianya banyak membantu pihak masjid menjana jumlah sumbangan dalam mengimarahkan aktiviti dan perancangan masa depan masjid.

Ceramah sempena Israk Mikraj oleh AF Ustaz Adam bin Badrulhisham yang dihadiri oleh jemaah kariah Rembia khususnya. Suat...
20/01/2026

Ceramah sempena Israk Mikraj oleh AF Ustaz Adam bin Badrulhisham yang dihadiri oleh jemaah kariah Rembia khususnya. Suatu perkongsian yang bermanfaat kepada jemaah yang hadir.

Address

KM 15. 6, Lebuh AMJ, Rumbia
Melaka
78000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid An Nasuha posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share