Biro Muslimat Masjid Al-Wahhab

Biro Muslimat Masjid Al-Wahhab Aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Biro Muslimat MAW.

16/03/2025
24/01/2025

Alhamdulilah. Semuanya dengan izin Allah. Dah boleh save tarikh ini, sebab jualan Rahmah akan diadakan setiap bulan di perkarangan Masjid Al Wahhab Permatang Duyong Melaka pada tarikh yang tetera di poster.

Terima kasih YB Datuk Mohd Noor Helmy kerana kesudian beliau membenarkan jualan Rahmah ini diadakan di perkarangan masjid. In shaa Allah kami pihak pengurusan masjid akan membaiki kelemahan yang ada dari masa ke semasa.

Program ini sangat memberi manfaat kepada anak kariah Permatang Duyong dan sekitarnya, dengan tawaran harga yang rendah. Semoga kita semua dalam rahmat Allah. Amin


Jemput hadir sahabat2 yg dikasihi❤️ in sya Allah bersama kita merasakan keindahan berada didalam Taman2 Syurga 🤲
24/01/2025

Jemput hadir sahabat2 yg dikasihi❤️ in sya Allah bersama kita merasakan keindahan berada didalam Taman2 Syurga 🤲

KULIAH ASAR BERKITABAnjuran Biro Muslimat Masjid Al WahhabTARIKH : 04 January 2025 / SabtuMASA : 5 pm / selepas asarTEMP...
31/12/2024

KULIAH ASAR BERKITAB

Anjuran Biro Muslimat Masjid Al Wahhab

TARIKH : 04 January 2025 / Sabtu
MASA : 5 pm / selepas asar
TEMPAT : Masjid Al Wahhab Permatang Duyong
PENCERAMAH : Ustazah Rozita Abdul Hamid
TAJUK : Bidayatul Hidayah

Semua Pencinta Ilmu dijemput hadir 🌹

Bismillah…Assalamualaikum wbt sahabat2 syurga yang dirahmati Allah sekalian 🥰Jemput hadir kepada yang berkesempatan ya 😁...
09/12/2024

Bismillah…

Assalamualaikum wbt sahabat2 syurga yang dirahmati Allah sekalian 🥰

Jemput hadir kepada yang berkesempatan ya 😁



16/11/2024

Bismillah…

Lepas program di masjid, kami ramai2 menghadiri majlis perkahwinan anak kepada salah seorang jemaah di masjid, Pn Hjh Romiah. Jazaakillahu khair kerana sudi menjemput kami. 🌹🥰

Riuh rendah la dewan dibuatnya dengan kehadiran kami semua. 🤭

Alhamdulillah… makanan sedap, pelamin cantik, cuma kami tak sempat nak bergambau kat photo booth tu sebab dorang mula jam 12 tengahari.

Tak pe la, kita bergambau jer la kat mana2 pun, yang penting ada gambau 😁

Momen seperti ini jarang berlaku jadi kita foto2 la yer sebagai kenangan 😍

Bismillah…Alhamdulillah tengahari tadi, kami wakil Biro Muslimat Masjid Al-Wahhab, Permatang Duyong Melaka, berkesempata...
14/11/2024

Bismillah…

Alhamdulillah tengahari tadi, kami wakil Biro Muslimat Masjid Al-Wahhab, Permatang Duyong Melaka, berkesempatan meluangkan masa untuk melawat Pengerusi masjid kami iaitu Cikgu Faris Izra yang berada di wad Hospital Putra Melaka disebabkan penyakit yang dihidapnya agak serius.

Kami dari Biro Muslimat mendoakan agar Pengerusi kami diberikan syifa’ dan segera sembuh.

🌹Doa Buat Cikgu Faris Izra🌹

Bismillahirrahmanirrahim.

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kami memohon dengan penuh rendah diri, agar Engkau menyembuhkan Cikgu Faris Izra bin Ismail daripada penyakit yang dihadapinya. Ya Allah, Engkaulah sebaik-baik penyembuh, tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.

Ya Allah, angkatlah segala kesakitan dan penderitaan yang beliau rasai, bersihkanlah darahnya dan paru2nya daripada segala jangkitan, dan kurniakanlah kesembuhan yang sempurna kepada beliau. Ya Allah, kuatkanlah semangat beliau, berikanlah kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarganya dalam menghadapi ujian ini.

Syafakallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman

“Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.”

Sesungguhnya, hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan. Kabulkanlah doa kami, ya Allah, dengan rahmat dan kasih sayang-Mu yang tidak terbatas.

Robbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, wakina ‘azabannar.

Subhana robbika robbi ‘izzatil ‘amma yasifun, wasalamun ‘alal mursalin, walhamdulillahhirobbil ‘alamiinn.

Amin Ya Rabbal ’Alamin.

Al-Faqir Ilallah,
Ellis Omar



.1

06/11/2024
06.11.2024Alhamdulillah selesai sudah majlis tertutup Biro Muslimat Masjid Al-Wahhab, menerima kunjungan kasih, ziarah s...
06/11/2024

06.11.2024

Alhamdulillah selesai sudah majlis tertutup Biro Muslimat Masjid Al-Wahhab, menerima kunjungan kasih, ziarah silaturrahim dan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bersama Kelab Emas Masjid Ahmadi Kg Rantau Panjang, Klang, Selangor.

Jazaakumullahu khairan katheero kerana sudi datang ke masjid kami. Mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan dari pihak kami.

Semoga ukhuwah terjalin sampaj ke Jannatul Firdaus… aamiinn

Address

Masjid Al-Wahhab, Permatang Duyong
Melaka
75460

Telephone

+60196450339

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Biro Muslimat Masjid Al-Wahhab posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share