Masjid Al-Athar Felda Kesumba Jengka 9, Pahang

Masjid Al-Athar Felda Kesumba Jengka 9, Pahang Juga untuk menyampaikan maklumat2 berguna kepada anak2 qariah yang berada di luar Jengka 9

Memaparkan aktiviti2 serta program yang dijalankan oleh pengurusan masjid, menjadi pusat pendidikan serta gedung ilmu kepada masyarakat di Felda Jengka 9 khususnya.

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah Masjid Al Athar Felda Jengka 9 dah ada QR skrg bg memudahkan urusan sedekah, sumban...
01/03/2025

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah Masjid Al Athar Felda Jengka 9 dah ada QR skrg bg memudahkan urusan sedekah, sumbangan & sbgnya.

Assalamualaikum w.b.t. Majlis Sambutan Maulidurrasul akan diadakan pada 15 Oktober 2022 (Sabtu). Semua muslimin dan musl...
12/10/2022

Assalamualaikum w.b.t. Majlis Sambutan Maulidurrasul akan diadakan pada 15 Oktober 2022 (Sabtu). Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Program Wakaf FELDASesiapa yang ingin berwakaf untuk diri sendiri ....
24/01/2022

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Program Wakaf FELDA

Sesiapa yang ingin berwakaf untuk diri sendiri . Suami isteri , untuk arwah ibu dan ayah boleh melakukannya dengan mengisi borang yang berada di Pejabat FELDA JENGKA 9. Waqaf bermula RM 1 , RM 10 , RM 20, RM 30, hingga RM 1 Juta.

Terima Kasih.

Untuk makluman, ini adalah nombor akaun bank yang terbaru Masjid Al-Athar Felda Jengka 9.
14/01/2022

Untuk makluman, ini adalah nombor akaun bank yang terbaru Masjid Al-Athar Felda Jengka 9.

Semua penduduk warga Jengka 9 dijemput hadir
15/10/2021

Semua penduduk warga Jengka 9 dijemput hadir

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُMakluman :Kepada semua *warga Je...
02/08/2021

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Makluman :
Kepada semua *warga Jerantut yang berumur 50 tahun ke atas* yang menetap di dalam *Daerah Jerantut sahaja* yang masih belum menerima suntikan/temujanji untuk suntikan, tuan/puan dialu-alukan untuk hadir secara terus atau “walk-in” untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 seperti ketetapan berikut:

TEMPAT: DEWAN ADTEC JERANTUT

TARIKH:
1. ISNIN, 2 OGOS 2021
2. JUMAAT, 6 OGOS 2021
3. SABTU, 7 OGOS 2021

MASA: 12THARI - 3 PTG

*Hanya warga berumur 50 tahun ke atas yang diutamakan, pengiring diharap menunggu temujanji melalui MySejahtera*

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan umum, tuan/puan bolehlah menghubungi *Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut* di talian 09-2608812 / 09-2608679 (9.00 pagi – 5.00 petang) / 09-2661641 (24 jam). Sekiranya terdapat pertanyaan khusus melibatkan aspek kesihatan, bolehlah berhubung terus dengan *Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut* di talian 09-2608091 (9.00 pagi – 5 petang setiap hari) dan *Bilik Gerakan Hospital Jerantut* di talian 09-2663333 (24 jam – setiap hari).

Terima kasih,

Dr Amir Faisal Dato’ Mohd Khairi
Pakar Perubatan Kesihatan Awam,
Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut
2.8.2021

Credit info :
Sis Annie Hudson,
Klinik Kesihatan Jengka 8

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*Makluman Kepada Semua Ahli Kariah Masjid Al-Athar Felda Jengka 9Sukacita dimaklumkan ba...
08/07/2021

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

Makluman Kepada Semua Ahli Kariah Masjid Al-Athar Felda Jengka 9

Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid Al-Athar Felda Jengka 9 telah mendapat KELULUSAN untuk penambahan jemaah solat Fardhu & solat Jumaat berdasarkan ketetapan berikut :

Solat Fardhu : *50 orang*
Solat Jumaat : *150 orang*
Kaedah : Walk-in

Dengan itu, tuan / puan dialu-alukan hadir ke Masjid menunaikan solat jemaah.

Hadir lebih awal serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Terima kasih. Selamat beramal.

Pengurusan Masjid Al-Athar
Felda Jengka 9

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ‘Alhamdulillah, Terubat Rindu Dapat Dirikan Solat Jumaat’Proses pema...
02/07/2021

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

‘Alhamdulillah, Terubat Rindu Dapat Dirikan Solat Jumaat’

Proses pemantauan dan penguatkuasaan SOP solat Jumaat hari ni (02 Julai 2021) dilakukan oleh pihak RELA, Pengerusi masjid serta jawatankuasa yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberi kerjasama dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Pihak masjid juga telah mengemukakan permohonan kepada pejabat agama Islam daerah bagi menambah kapasiti jemaah solat Fardhu serta Jumaat akan datang. Sama-sama kita mendoakan semoga permohonan tersebut diluluskan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/834196/pahang-benarkan-100-jemaah-solat-jumaat-di-masjid

𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗥𝗜𝗦 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 / 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗗𝗨𝗥 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗦𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝗗 (𝗦𝗢𝗣) 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗, 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗦...
01/07/2021

𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗥𝗜𝗦 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 / 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗗𝗨𝗥 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗦𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝗗 (𝗦𝗢𝗣) 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗, 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗢𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 (𝗣𝗞𝗣) 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗧𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 (𝗣𝗞𝗣𝗗) 𝗗𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚

-𝟯𝟬 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟭-

𝑴𝑼𝑨𝑻 𝑻𝑼𝑹𝑼𝑵 𝑮𝑨𝑹𝑰𝑺 𝑷𝑨𝑵𝑫𝑼𝑨𝑵 𝑫𝑰 𝑷𝑨𝑼𝑻𝑨𝑵 𝑩𝑬𝑹𝑰𝑲𝑼𝑻 ;-

https://jaip.pahang.gov.my/wp-content/uploads/2021/06/SOP-BAHARU-SOLAT-JUMAAT-DAN-SOLAT-FARDHU.pdf

28/05/2021

Jumaat 28 Mei 2021

Kerja-kerja sanitasi (nyah kuman) di Masjid Felda Jengka 9 dijalankan

Semoga masjid & kampung kita terhindar daripada musibah serta wabak Covid-19. Aamiinn

Operasi diketuai oleh Tn Hj Jali serta jawatankuasa masjid, memantau kerja-kerja sanitasi oleh kontraktor yang dilantik



Alhamdulillah, hari ini Masjid Felda Jengka 9 diwakili oleh Pengerusi Masjid, Tn Hj Wahab telah menyerahkan sejumlah RM5...
25/05/2021

Alhamdulillah, hari ini Masjid Felda Jengka 9 diwakili oleh Pengerusi Masjid, Tn Hj Wahab telah menyerahkan sejumlah RM5000.00 kutipan derma untuk Palestin, sumbangan daripada warga Felda Jengka 9, anak-anak qariah yang berada di luar Jengka 9, orang awam serta hamba-hamba Allah yang dermawan.

Kutipan derma untuk Palestin ini telah dilancarkan bermula pertengahan Mei sehingga 23 Mei 2021.

Pihak jawatankuasa masjid ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang, semoga Allah merahmati serta memberkati amal jariah kita semua. Aamiin ya Rabbal ‘alamiin

Kepada tuan puan serta anak-anak qariah yang ingin menyumbang bagi pembangunan masjid, infaq atau bersedekah untuk arwah ibu bapa atau ahli keluarga, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan tuan puan ke akaun bank masjid seperti berikut :

No akaun : 22-030-120080-4
Bank Rakyat atas nama Tabung Masjid Jengka 9

Setiap sumbangan boleh dimaklumkan kepada nama-nama berikut :

Naib pengerusi masjid - Tn Hj Jali (no tel 019-9269990)
Bendahari masjid - Sdr Abu Bakar (no tel 019-9190001)

Terima kasih

Address

Maran
26400

Telephone

+60199269990

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Athar Felda Kesumba Jengka 9, Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al-Athar Felda Kesumba Jengka 9, Pahang:

Share