09/09/2022
REMINDER : PUASA SUNAT YAUMUL BIDH
Insyaa Allah esok SABTU, AHAD & ISNIN ,kita dihidangkan dengan Puasa Sunat Yaumul Bidh. Insyaa Allah saya remind setiap bulan buat insan-insan yang istiqomah menjaga puasa ini.
Banyak amalan berpuasa sunat akan mendapat habuan di dalam Syurga iaitu diberi authority untuk memasuk ke dalam pintu khusus yg dinamakan pintu itu sebagai Ar Rayyan. Di dalamnya ada pelbagai kenikmatan yg dirahsiakan yg mana keistimewaan ini diberikan khusus kepada orang yang banyak berpuasa.
Antara mereka2 yg bertuah yg bakal memasuki pintu Ar Rayyan ini adalah orang yg istiqomah melakukan puasa sunat yaumul bidh, puasa isnin khamis atau berpuasa spt Nabi Daud.
Puasa adalah antara tiga amalan top rangking pahala besar di dalam islam selepas jihad fisabillah. Yang dua lagi adalah tahjud dan bersedekah.
Justeru, istiqomahkan at least satu dari tiga ini dan alangkah indahnya jika seseorang itu mampu melakukan ketiga-tiga amalan hebat yang unggul ini kerana ketiga-tiga amalan ini menjadi pintu-pintu Syurga yang akan memberi syafaat kepada sipengamalnya.
Ingatlah bahawa di dalam ibadah ini kita cuma adalah PELUANG SEKALI SAHAJA iaitu semasa kita hidup. Tidak ada lagi peluang selepas kematian. Tidak ada lagi amalan ketika di alam kubur atau selepas dihidupkan kembali dialam mahsyar. Ketika itu solat dan zikir tida lagi dikira.
Maka kerana itu jangan persiakan nikmat sihat, jangan persiakan nikmat masa lapang kerana setiap detik bagi insan yg diberi nafas itu adalah bermakna dan bermanfaat untuk dia melakukan amal soleh.
~Ustaz MRJ