Masjid At Taqwa Mak Mandin Butterworth

Masjid At Taqwa Mak Mandin Butterworth Wakaf Kubur
Masjid At Taqwa Mak Mandin

Bank Muammalat
7010003705712

24/02/2026

Kelas tadabbur Ramadhan bersama Ustaz Hasnol siri 1

22/02/2026

Kelebihan Surah Ayatul Kursi

Abu Hurairah RA menjaga harta zakat Ramadan.
Tiba-tiba datang seorang lelaki mencuri makanan.

Ditangkap…
Dia merayu miskin.
Dilepaskan.

Malam kedua, datang lagi.
Malam ketiga, datang lagi.

Akhirnya dia berkata:

“Bacalah Ayat al-Kursi sebelum tidur.
Allah akan menjagamu hingga pagi.”

Keesokan hari, Rasulullah ﷺ bersabda:

“Dia berkata benar…
walaupun dia itu pendusta.
Itulah syaitan.”

✨ Pengajaran:
Ayat al-Kursi bukan sekadar dibaca…
Ia benteng daripada gangguan syaitan.

📖 Surah Al-Baqarah: 255

🌙 JOM HADIR KE MAJLIS ILMU RAMADHAN✨ Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga…tetapi bulan untuk kembali kepada A...
20/02/2026

🌙 JOM HADIR KE MAJLIS ILMU RAMADHAN

✨ Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga…
tetapi bulan untuk kembali kepada Al-Quran.

Ayuh bersama kita menghidupkan pagi Sabtu dengan Tadabbur Ramadhan bersama Al-Quran MUFIQ.

📖 Bukan hanya membaca…
🧠 Tetapi memahami.
💛 Bukan sekadar melafaz…
🌱 Tetapi menghayati dan mengamalkan.

Bersama Ustaz Hasnol, kita akan menyelami makna ayat-ayat Allah dengan panduan Al-Quran MUFIQ versi Pulau Pinang.

📍 Masjid At-Taqwa Mak Mandin
🗓 21 & 28 Feb | 7 & 14 Mac
⏰ 8.45 pagi – 10.00 pagi

✨ Muslimin & Muslimat dijemput hadir.
Bawa hati yang ingin berubah…
Pulang dengan jiwa yang lebih bercahaya.



Kenapa Kita Perlu Tadabbur Al-Quran Pada Bulan Ramadhan?

1️⃣ Ramadhan adalah bulan Al-Quran
Allah menurunkan Al-Quran dalam bulan ini (Al-Baqarah:185).
Jadi Ramadhan ialah masa terbaik untuk mendekatkan diri dengan wahyu.

2️⃣ Pahala berlipat ganda
Setiap huruf diberi ganjaran. Apatah lagi jika kita memahami dan menghayatinya.

3️⃣ Hati lebih lembut dan mudah tersentuh
Dalam suasana puasa, hati lebih tenang dan mudah menerima nasihat.

4️⃣ Tadabbur mengubah hidup, bukan sekadar bacaan
Ramai membaca, tetapi sedikit yang merenung.
Tadabbur menjadikan Al-Quran sebagai panduan tindakan.

5️⃣ Ramadhan mungkin yang terakhir buat kita
Jika ini Ramadhan terakhir, sudahkah kita benar-benar memahami pesan Allah?

Jadual imam terawih dan tazkirah masjid At Taqwa Mak Mandin sepanjang Ramadhan tahun ini
19/02/2026

Jadual imam terawih dan tazkirah masjid At Taqwa Mak Mandin sepanjang Ramadhan tahun ini

07/02/2026

Persiapan Ramadhan bagi memastikan kebersihan masjid dapat dijaga dengan baik
Berkat sumbangan jemaah masjid, Vakum lama diganti dengan Vakum yg lebih baik

Moga Pahala berterusan buat jemaah yg selalu menyumbang pada Masjid

Setinggi-tinggi kesyukuran dan penghargaan diucapkan kepada YB Dato’ Mohamad bin Abdul Hamid,Timbalan Ketua Menteri I Pu...
29/01/2026

Setinggi-tinggi kesyukuran dan penghargaan diucapkan kepada YB Dato’ Mohamad bin Abdul Hamid,
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAINPP,
atas penyerahan 40 naskhah Al-Quran Versi Pulau Pinang kepada masjid-masjid di seluruh negeri Pulau Pinang.

Alhamdulillah, Masjid At-Taqwa Mak Mandin telah memanfaatkan Al-Quran ini dalam kuliah Tadabbur Al-Quran, dan insya-Allah akan merangka kelas-kelas tadabbur secara berterusan sepanjang tahun.
Hal ini kerana Al-Quran ini mengandungi 40 perincian dalam satu naskhah, yang sangat membantu, mudah difahami dan sesuai digunakan dalam pengajian tadabbur oleh semua lapisan jemaah.

Semoga usaha ini menjadi amal jariah yang berpanjangan,
dan moga kita semua dipayungi hidayah, diberkati kehidupan serta ditenangkan hati dengan cahaya Al-Quran.
Amin ya Rabbal ‘Alamin. 🤲📖

Penyampaian Sijil TauliahAhli Jawatankuasa (AJK) Masjid At-Taqwa Mak MandinSesi 2026–2028Pelantikan ini bukan sekadar sa...
27/01/2026

Penyampaian Sijil Tauliah
Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid At-Taqwa Mak Mandin
Sesi 2026–2028

Pelantikan ini bukan sekadar satu jawatan, tetapi satu amanah besar dalam memakmurkan rumah Allah dan berkhidmat kepada ummah.

Semoga barisan Ahli Jawatankuasa yang baharu dilantik dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh keikhlasan, kebijaksanaan dan rasa takut kepada Allah SWT, demi memperkukuhkan peranan masjid sebagai pusat ibadah, ilmu dan perpaduan masyarakat.

“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat…”
(Surah At-Taubah: 18)

Moga setiap usaha dan khidmat yang dicurahkan diterima sebagai amal soleh dan menjadi saham akhirat yang berpanjangan. 🤲

Mesyuarat AJK Masjid At Taqwa Mak Mandin bil 1/2026Selamat berkhidmat untuk AJK yang baru dan sekalung penghargaan & Ter...
27/01/2026

Mesyuarat AJK Masjid At Taqwa Mak Mandin bil 1/2026

Selamat berkhidmat untuk AJK yang baru dan sekalung penghargaan & Terima Kasih kpd AJK lama yang b*k berkhidmat kpd Masjid

Assalamualaikum w.b.t🌿 Penghulu Segala Hari yang penuh rahmat 🌿*9 Januari 2026 / 9 Rejab 1447H*Alhamdulillah, Allah meng...
09/01/2026

Assalamualaikum w.b.t
🌿 Penghulu Segala Hari yang penuh rahmat 🌿

*9 Januari 2026 / 9 Rejab 1447H*

Alhamdulillah, Allah mengizinkan kita sekali lagi bertemu Jumaat yang mulia di bulan Rejab, bulan yang mengingatkan kita tentang persediaan menuju Ramadan.

Saat inilah masa terbaik untuk melembutkan hati, memperbanyak amal dan menanam kebaikan yang pahalanya berpanjangan.

Antara amal yang paling besar nilainya di sisi Allah ialah infak dan wakaf. Wakaf Pengurusan Kubur bukan sekadar pemberian, tetapi hadiah yang terus hidup

_*"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah, baik lelaki mahupun perempuan, dan mereka memberikan pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatgandakan (balasannya) untuk mereka, dan bagi mereka pahala yang mulia."*_
*_(Surah Al-Hadid, 57:18)_*

Sekitar kemeriahan program Sukaneka dan santapan Masjid At Taqwa Mak MandinSyukur dan Terima kasih kpd anak-anak kariah ...
25/12/2025

Sekitar kemeriahan program Sukaneka dan santapan Masjid At Taqwa Mak Mandin

Syukur dan Terima kasih kpd anak-anak kariah yang hadir memeriahkan sukaneka kita pada hari ini.

Penghargaan juga bt semua Pegawai & AJK MATMM atas komitmen yang diberikan trutama kod tn Amin Razack selaku Pengerusi Program kali ini.

Maaf atas kelemahan serta kekurangan dan inshaallah kita amn buat yang lebih baik pada tahun depan,inshaAllah

🧠🌙 *PROGRAM CUTI SEKOLAH  STEM-Q MASJID AT TAQWA MAK MANDIN & YAYASAN RESTU*Sains, Teknologi, Engineering & Matematik da...
11/12/2025

🧠🌙 *PROGRAM CUTI SEKOLAH STEM-Q MASJID AT TAQWA MAK MANDIN & YAYASAN RESTU*

Sains, Teknologi, Engineering & Matematik dalam Al-Quran

♦️PERCUMA untuk anak Kariah Sahaja
♦️RM50 untuk anak2 luar kariah

📅 Tarikh: 25 Disember 2025

⏰ Masa: 8.30 pagi – 4.00 petang

📍 Tempat: Dewan Yayasan Restu Wilayah Utara



🌟 KENAPA ANAK ANDA PERLU HADIR KE KEM INI?

✨ Belajar Sains Berasaskan Wahyu
Meneliti fenomena alam melalui ayat Al-Quran —belajar sains sambil mengenal Allah.

🔍 Aktiviti Eksperimen & Hands-On
Melatih pemikiran kritikal, kreativiti dan rasa ingin tahu.

🤲 Pembinaan Nilai & Akhlak
Setiap modul diterapkan nilai syukur, amanah, disiplin & kerjasama.

🌱 Seimbang Akal & Rohani
Bukan hanya cemerlang akademik
tetapi berfikir, berakhlak dan dekat dengan Al-Quran.

🗓️ TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi — Pendaftaran Peserta
8.30 pagi — Pengenalan STEM-Q
• Pembahagian kumpulan
• Latihan dalam kumpulan menggunakan Al-Quran MUFIQ

12.30 tengah hari — Makan Tengahari & Solat Zohor berjemaah

2.00 petang — Kehadiran ibu bapa & Persembahan kumpulan

4.00 petang — Penyerahan sijil & Bersurai

🌙 “Membaca Ayat yang Tertulis, Mentafsir Alam yang Terbentang.”

Kem ini membentuk generasi Ulul Albab melalui gabungan ilmu dan wahyu.

📞 Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
♦️ *Terhad kepada 30 anak kariah sahaja*

JoIn group whatsapp jika berminat

https://chat.whatsapp.com/KiJjubTM7Wz2jgfv0cEKo0?mode=hqrt2

09/11/2025

Masjid bukan sekadar tempat beribadah tapi juga tempat untuk beriadah bersama..Kalainxda tempat nk bersenam, jgn segan2 mai Masjid At Taqwa Mak Mandin naa

Address

Masjid At Taqwa Mak Mandin
Mak Mandin
13400

Telephone

+60174748655

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid At Taqwa Mak Mandin Butterworth posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share