Masjid Ibnu Sina Sungai Jerneh

Masjid Ibnu Sina Sungai Jerneh Masjid untuk Semua

Taklimat Digital Masjid Ibnu Sina Semoga dipermudahkan.
24/12/2025

Taklimat Digital Masjid Ibnu Sina

Semoga dipermudahkan.

23/12/2025

Salam Subuh

59% jumlah terkumpul untuk hari yang ke 7.Terima kasih hamba Allah yang bantu permudahkan urusan kami. Ada yang Infaq 2s...
23/12/2025

59% jumlah terkumpul untuk hari yang ke 7.

Terima kasih hamba Allah yang bantu permudahkan urusan kami.

Ada yang Infaq 2sen, 10sen, RM1, RM10, RM50, RM100, RM200. Banyak ke sikit anda tetap membantu kami.

Semoga mengalir pahala setiap kali Meja ini digunakan dan dipermudahkan urusan Tuan Puan dan dimurahkan rezeki


27/10/2025

Kepada followers Page ni.
Saya lebih fokus kepada pages utama Masjid Ibnu Sina.

Selesai menggantikan tingkap nako kepada tingkap Aluminium Casement window di bilik pegawai syarak. Dana adalah hasil su...
24/10/2024

Selesai menggantikan tingkap nako kepada tingkap Aluminium Casement window di bilik pegawai syarak.

Dana adalah hasil sumbangan orang ramai.

Setiap sumbangan kepada Masjid akan kami manfaatkan sebaik mungkin untuk manfaat semua jemaah.



Terima kasih kepada individu yang telah menyumbang batu tar milling untuk kegunaan parking sebelah masjid.Selepas banjir...
14/10/2024

Terima kasih kepada individu yang telah menyumbang batu tar milling untuk kegunaan parking sebelah masjid.

Selepas banjir 2 bulan lepas kawasan ini telah dipenuhi dengan lumpur setebal 1inch menyukarkan jemaah untuk parking dikawasan ini.

Tambah p**a dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni.

Minggu lepas 2 orang individu telah menyumbang sebanyak 6 biji lori batu tar milling ini.

Tinggal nak panggil backhoe ratakan je.
Semoga penyumbang dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan



Sumbangan Pembersihan Tanah Perkuburan Sungai Jerneh. Jawatankuasa Masjid Ibnu Sina mengucapkan ribuan terima kasih kepa...
21/09/2024

Sumbangan Pembersihan Tanah Perkuburan Sungai Jerneh.

Jawatankuasa Masjid Ibnu Sina mengucapkan ribuan terima kasih kepada salah seorang anak kampung yang telah menyumbang pembersihan Tanah Wakaf.

Penyumbang telah mengupah terus En Halim untuk mesin rumput di Tanah Perkuburan Sungai Jerneh.

Pihak Jawatankuasa Masjid & Team Penjaga Kubur sentiasa komited untuk memastikan tanah wakaf sentiasa bersih untuk keselesaan waris menziarah kubur.



Alhamdulillah Masjid Ibnu Sina telah menerima sumbangan 20 naskah Al-Quran baru yang disumbangkan oleh salah seorang ana...
18/09/2024

Alhamdulillah Masjid Ibnu Sina telah menerima sumbangan 20 naskah Al-Quran baru yang disumbangkan oleh salah seorang anak kampung Sungai Jerneh.

Bagi pihak Jawatankuasa Masjid Min mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga ianya memberi manfaat kepada kariah masjid

Kepada penyumbang semoga dimurahkan rezeki dipanjangkan umur serta sihat disamping keluarga.



Sambutan Maulidur Rasul Kampung Sungai JernehAlhamdulillah selesai sudah sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung Sunga...
17/09/2024

Sambutan Maulidur Rasul Kampung Sungai Jerneh

Alhamdulillah selesai sudah sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung Sungai Jerneh

Bermula jam 8.00 pagi anak kariah bersama berarak sambil mengalunkan selawat ke atas nabi Muhammad SAW dari perkarangan rumah Siti Hawa yang diketuai Imam 1 Imam Zaidi & Imam 2 Imam Izzudin.

Selesai berarak hadirin telah sama-sama mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hatin, Penceramah Bebas.

Hadirin disajikan jamuan yang disediakan oleh golongan wanita yang dimasak secara bergotong-royong.

Terima kasih kepada pihak JPKK Sungai Jerneh yang telah menaja program ini dengan kerjasama pihak Jawatankuasa Masjid.

Terima kasih kepada semua yang hadir.
Next program? InsyaAllah min akan maklumkan nanti.




Address

Batu 33 Kampung Sungai Jerneh
Lubok China
78100

Telephone

+60129294607

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Ibnu Sina Sungai Jerneh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Ibnu Sina Sungai Jerneh:

Share