03/08/2026
【2026年8月2日】纳闽佛教会举办基础急救与 AED 认知培训
纳闽佛教会于 2026年8月2日(星期日)获得Labuan Occupation Safety and Health Practitioners' Association协助举办 Basic First Aid & AED Awareness Training(基础急救与 AED 认知培训),活动获得热烈响应,吸引约 80 位听众踊跃参与,现场学习气氛热烈。
本会衷心感谢 HJ Hasanuddin Beddu 先生担任本次培训讲师,为听众带来一场内容丰富、实用且意义深远的急救知识分享。
培训过程中,讲师详细讲解了心肺复苏术(CPR)的正确操作方法,并说明成人、儿童及婴儿在施救方式上的不同。同时,也鼓励学员亲自使用急救训练人偶进行 CPR 实作练习,让大家更容易掌握正确技巧,并提升面对紧急情况时的应变能力与信心。
此外,讲师也介绍了自动体外心脏除颤器(AED)的正确使用方式、基本检查及日常保养知识,并示范异物梗塞(Choking)的急救处理技巧,让参与者学习如何在紧急情况下采取正确且有效的应对措施。
衷心感谢 Labuan Occupation Safety and Health Practitioners' Association 及 HJ Hasanuddin Beddu 讲师的专业指导,也感谢所有参与者的热情支持与积极投入,使本次讲座活动圆满成功。
Labuan Buddhist Association telah berjaya menganjurkan Program Basic First Aid & AED Awareness Training pada 2 Ogos 2026 (Ahad) dengan kerjasama Labuan Occupational Safety and Health Practitioners' Association. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan kira-kira 80 orang peserta, sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif, meriah dan penuh semangat.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik HJ Hasanuddin Beddu, atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang amat bermanfaat sepanjang sesi latihan.
Sepanjang program, para belia, kanak-kanak dan ibu bapa telah mempelajari teknik CPR yang betul serta perbezaan kaedah bagi orang dewasa, kanak-kanak dan bayi. Para belia dan kanak-kanak juga berpeluang mencuba sendiri latihan CPR menggunakan patung latihan bagi meningkatkan kemahiran dan keyakinan mereka.
Selain itu, penceramah turut menerangkan cara penggunaan, pemeriksaan dan penjagaan asas AED, di samping berkongsi teknik pertolongan cemas bagi kes tercekik (choking) melalui demonstrasi yang mudah difahami.
Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik HJ Hasanuddin Beddu, serta semua ibu bapa, para belia dan para petugas atas sokongan serta kerjasama yang diberikan. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan membantu orang lain apabila diperlukan.