Masjid Kariah KG LBJ

Call Contact the place of worship

Masjid Kariah KG LBJ Pusat Komuniti Islam Kariah
Boleh membantu menyumbang Infaq Masjid πŸ‘‡πŸ»πŸ€—

MAJLIS ILMU MASJID KARIAH KG LBJJEMPUT HADIR SEMUA KE MAJLIS ILMU SEPERTI BUTIRAN TERSEBUT.
20/09/2026

MAJLIS ILMU MASJID KARIAH KG LBJ

JEMPUT HADIR SEMUA KE MAJLIS ILMU SEPERTI BUTIRAN TERSEBUT.






Assalamualaikum wbt..Berikut merupakan QR dan No Acc Rasmi Masjid Kariah KG LBJ yg baharu.Segala sumbangan berupa wang b...
24/08/2026

Assalamualaikum wbt..

Berikut merupakan QR dan No Acc Rasmi Masjid Kariah KG LBJ yg baharu.

Segala sumbangan berupa wang boleh la disalurkan kpd maklumat spt dalam gambar berikut.






πŸŒ™ CERAMAH KHAS MAULIDUR RASUL 1448H / 2026 πŸŒ™βœ¨ β€œGOLONGAN YANG TERHALANG SYAFAAT RASULULLAH SAW” ✨Assalamualaikum warahmat...
23/08/2026

πŸŒ™ CERAMAH KHAS MAULIDUR RASUL 1448H / 2026 πŸŒ™

✨ β€œGOLONGAN YANG TERHALANG SYAFAAT RASULULLAH SAW” ✨

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

πŸ“– Jom kita bersama-sama hadir ke majlis ilmu sempena Maulidur Rasul 1448H bagi menghayati dan memahami golongan yang terhalang daripada mendapat syafaat Rasulullah SAW.

πŸŽ™οΈ PENCERAMAH:
Al-Fadhil Ustaz Jasni bin Ajom Jasni Ajom
Ketua Unit Dakwah JHEAINS

πŸ“… Isnin | 24 Ogos 2026
πŸ•Œ Masjid Kariah Kg LBJ
⏰ Selepas Solat Maghrib

🌿 Luangkan masa untuk hadir bersama keluarga dan sahabat-handai. Semoga majlis ilmu ini menjadi asbab bertambahnya kecintaan kita kepada Rasulullah SAW serta memperoleh keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

🀲 Jom hadir beramai-ramai!
❀️ Cintai Rasulullah SAW, hidupkan sunnah Baginda.







MOMEN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI DI MASJID KARIAH KG LBJSabtu, 21 Mac, seperti semua sedia maklum, sambutan Hari R...
22/03/2026

MOMEN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI DI MASJID KARIAH KG LBJ

Sabtu, 21 Mac, seperti semua sedia maklum, sambutan Hari Raya AidilFitri jatuh pada Sabtu, 21 Mac 2026, dan umat Islam seluruh Malaysia telah mendirikan solat sunat hari raya dan mendengar khutbah raya di masjid / surau yang ada.

Alhamdulillah suasana sambutan di Masjid Kariah Kg. LBJ amat memberangsangkan oleh kehadiran para jemaah tidak kira dari dalam kariah LBJ atau dari luar.

Ini menandakan umat Islam sangat bersyukur atas kurniaan Allah SWT setelah sebulan berpuasa dalam bulan ramadan. Semoga pahala kita diterima oleh Allah dan kita tidak meninggalkan ibadah yang boleh dteruskan pada bulan2 seterusnya dalam kehidupan kita.

Setelah selesai khutbah raya, pihak masjid meneruskan dengan bacaan tahlil arwah khusus untuk seluruh umat Islam yang sudah meninggal dunia di samping kita yang hidup meneruskan kehidupan menyambut kegembiraan dalam beraya aidilfitri.

Terima kasih pihak masjid ucapkan kepada semua jemaah terutama yang pulang ke Kg LBJ yang solat di masjid kito. Semoga ukhwah ini berkekalan hingga ke akhirnya.. aamiin..









JELAJAH TAKBIR RAYA KG LBJ MALAM RAYA AIDILFITRI 2026/1447HJumaat, 20 Mac, Malam Raya 1 Syawal, pihak masjid diikuti den...
22/03/2026

JELAJAH TAKBIR RAYA KG LBJ MALAM RAYA AIDILFITRI 2026/1447H

Jumaat, 20 Mac, Malam Raya 1 Syawal, pihak masjid diikuti dengan para jemaah kariah LBJ telah membuat jelajah takbir raya rumah ke rumah.

Alhamdulillah tahun ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan walaupon 10 buah rumah telah dijemput tetapi semua jemaah yang ikut tetap setia hingga ke akhirnya.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan. Anak2 turut sama hadir bagi memeriahkan suasana malam raya dengan bertakbir mengagungkan Allah SWT selain ada yang bermain bunga api, mercun dan sebagainya.

Terima kasih semua yang sempat hadir dan terima kasih kepada semua tuan rumah yang sudi menjemput kami. Semoga setiap rumah mendapat keberkatan dalam hidup dan dilapangkan rezeki tidak kira apa jua yang datang daripada Allah SWT.







Alhamdulillah
16/03/2026

Alhamdulillah

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 πŒπ€π‡π€πππ€π‡ πŠπ€π’πˆπ‡ 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 πŠπ€π‘πˆπ€π‡ 𝐋𝐁𝐉 π›πžπ«π¬πšπ¦πš Jabatan Audit Negara Rabu, 11 Mac 2026, pihak masjid bersama bar...
15/03/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 πŒπ€π‡π€πππ€π‡ πŠπ€π’πˆπ‡ 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 πŠπ€π‘πˆπ€π‡ 𝐋𝐁𝐉 π›πžπ«π¬πšπ¦πš Jabatan Audit Negara

Rabu, 11 Mac 2026, pihak masjid bersama barisan kakitangan Jabatan Audit Negara Enstek telah membuat jelajah Mahabbah Kasih bersama para asnaf serta golongan memerlukan dalam kariah LBJ.

Terima kasih pihak masjid ucapkan kepada segala jasa baik tuan puan atas kesudian menghulurkan bantuan dan menyantuni golongan ini. Semoga ianya dipandang mulia oleh Allah SWT dan memberi ganjaran yang besar di Sana lebih lagi dalam 10 malam terakhir ramadan ini.

Apa yang kurang kami mohon maaf dan semoga program seperti ini juga turut dijadikan satu program khas yang akan dijalankan saban tahun. Semoga kita berjumpa lagi.







Address

Lot 6630/6640, Jalan Masjid, Kampung L. B. Johnsons
Labu
71760

Telephone

+60133604810

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kariah KG LBJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Kariah KG LBJ:

Shortcuts

Share

Category