11/08/2026
*Kuliah Dhuha Pusat Pemurnian Al Quran Ibnu Sina 11 Ogos 2026*
_Ustaz Abd Mohsin_
*Tahsin Al Quran*
_MS 38, Ayat 234 hingga 237_
_Surah Al Baqarah_
📓 *Kepentingan Surah Al Baqarah* ⏭️Membaca surah Al-Baqarah atau sebahagian ayatnya pada waktu malam memberi banyak *kelebihan besar* , antaranya:
(1) mengelakkan rumah daripada dimasuki syaitan,
(2) menjadi pelindung daripada sihir,
(3) mendapat rasa tenang, serta
(4) memperoleh kecukupan pahala dan
(5) perlindungan dengan izin Allah SWT.
Ayat² yang penting utk dibaca setiap hari (selepas Subuh, Asar, sebelum tidur) ialah:
(1) *Ayat 1 hingga 5* : Menceritakan sifat orang yang bertakwa dan mendapat petunjuk; permulaan surah yang baik untuk dihafal dan difahami.
(2) *Ayat Kursi (Ayat 255)* : Menjadi benteng pelindung diri yang paling agung. Sabda Nabi SAW, sesiapa membacanya selepas solat fardhu atau sebelum tidur, dia sentiasa dalam perlindungan Allah.
(3) *Ayat 284 hingga 286 (Dua Ayat Terakhir)* : Sabda Nabi SAW, sesiapa membaca dua ayat terakhir ini pada waktu malam, ia sudah mencukupinya (sebagai pelindung, penenang jiwa, dan penguat iman). Utk hindarkan drp sihir.
(4) *Ayat 201: Doa ringkas memohon kebaikan dunia dan akhirat* (Rabbana atina fid-dunya hasanah...) yang sangat baik dibaca setiap hari.
🌎 Hidup kita adalah utk dekatkan diri dgn Allah Ta'ala
🌎 Rutin setiap hari, sekurang²nya amalkan membaca Penghulu Istighfar dan ayat² drp Surah Al Baqarah (spt dinyata di atas)
*Untuk 4 asas riyadhah (latihan jiwa) untuk mendekatkan diri kepada Allah* :
(1) _Qillat al-Kalam_ : Mengurangkan percakapan kosong.
⏭️ Menjaga lisan daripada aib, ghibah, dan perkataan sia-sia.
⏭️ Selamatkan diri daripada dosa lidah.
⏭️ Lebih diam drp bercakap kosong
⏭️ Lebih banyak bercakap dgn Allah
(2) _Qillat al-To'am_ : Mengurangkan makan @ makan ala Kadar
⏭️ Makan sekadar keperluan untuk tenaga beribadah.
⏭️ Mematikan nafsu syahwat dan malas.
(3) _Qillat al-Manam_ : Mengurangkan tidur
⏭️Mengawal masa tidur malam.
⏭️ Melapangkan masa untuk qiamullail dan mendekatkan hati kepada Allah.
⏭️ Imam Nawawi bahagikan malam kpd 3 bahagian:
(a) Tidur 4 jam
(b) Ibadat 4 jam
(c) Tulis Kitab 4 jam (Cth: Kitab Azkar)
(4) _Qillat Bukholatol A'nam / Ihtimal al-Aza @ Sabar atas Gangguan_ :
⏭️ Sabar menghadapi manusia
⏭️ Menahan diri daripada marah apabila disakiti.
⏭️ Kurangkan bercakap tentang perkara lagha
⏭️ Mengutamakan akhlak mulia dalam bermasyarakat.
⛔ Jangan kamu campak diri kamu ke arah kebinasaan
💚 Didik diri ⏭️ Jangan Sombong!!!
💚 Segala di dunia tidak akan dibawa ke Akhirat melainkan Amal !!!!
💚 Banyakkan baca Al Quran pada setiap hari
💝 _Sesiapa yg hendakkan Mutiara, mesti selam ke laut dalam_ ;
💝 _Sesiapa yg hendakkan Kemuliaan, mesti perbanyakkan Ibadat Malam_
💚 Perbanyakkan 2 ibadah ini setiap hari:
(1) Zikir pada pagi & petang
(2) Baca Al Quran sebanyak yg boleh;
Dan ⛔ Elakkan drp buat maksiat spt mengumpat dll
📓 Setiap *satu huruf Al Quran* yg dibaca bernilai *satu kebaikan* dan digandakan menjadi *10 pahala* .
📓 Baca 1 mukasurat Al Quran= 6000 pahala
📓 Baca Al Quran dalam solat, 1 perkataan= 100 pahala
📓 Kepentingan Baca Al Quran:
(1) Baca selalu
(2) Hafal
(3) Elak drp lupa
📓 Subuh hari Jumaat, baca Surah² As Sajdah dan Al Insan
📓 Kuliah diteruskan dengan Tahsin Al Quran
_MS 38, Ayat 234 hingga 237_
_Surah Al Baqarah_
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ
"Dan Allah lebih mengetahui kebenaran yang sebenar-benarnya"
_Perkongsian dgn sahabat jemaah kuliah. Semoga diberkati Allah, Aamiiin 🤲_