Jawatankuasa Pembinaan Masjid Qaryah Bandar Padang Serai bercadang untuk membina sebuah Masjid berlokasi di tapak wakaf Majlis Agama Islam di Taman Mahsuri. Dengan kos sebanyak RM6 juta bagi keluasan masjid sehingga 50 ribu kaki persegi. Buat sementara ini, Surau Assyakirin, Taman Mahsuri menjadi surau sementara untuk dibuat Solat Jumaat dengan kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Pada tahun
2016, Padang Serai telah dibahagikan kepada 2 qaryah selaras dengan perkembangan penduduk yang ketara. Masjid yang sedia ada di Padang Serai hanya Masjid Jamek Annajah yang sudah tidak mampu menampung bilangan jemaah yang ramai. Jadi atas inisiatif jemaah surau Assyakirin, 1 surat telah dipanjangkan kepada Majlis Agama Islam untuk dilaksanakan solat Jumaat sementara di surau Taman Mahsuri. Kemudiannya dengan nasihat daripada Majlis Agama Islam Negeri Kedah, telah dicadangkan untuk pihak bertanggungjawab memohon 1 tanah simpanan taman perumahan untuk didirikan sebuah masjid baru bagi qaryah baru bagi Bandar Padang Serai. Taman Lagenda Fasa 1-4
3. Taman Puteri
Bilangan Penduduk bagi Qaryah Bandar Padang Serai adalah sebanyak 20 ribu orang dan 10 ribu orang terdiri daripada jemaah Islam. Moga dipermudahkan oleh Allah dengan urusan pengumpulan dana ini dengan bantuan tuan puan bagi membina sebuah masjid baru di qaryah Bandar Padang Serai.