Masjid Al-Muhajirin Felda Bukit Batu

Masjid Al-Muhajirin Felda Bukit Batu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Al-Muhajirin Felda Bukit Batu, Masjid Al-Muhajirin Kampung Felda Bukit Batu, KULAIJAYA.

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H ✨🌙Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana ibadah Qurban yang telah dilaksanakan di Mas...
27/05/2026

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H ✨🌙

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana ibadah Qurban yang telah dilaksanakan di Masjid Al-Muhajirin Kg. Felda Bukit Batu pada tahun ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Pihak masjid ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Masjid, para peserta qurban, petugas serta penduduk Kampung Felda Bukit Batu yang bersama-sama bergotong-royong, menyumbang tenaga, masa dan kerjasama dalam menjayakan ibadah qurban tahun ini.

Semoga segala amal ibadah, pengorbanan dan ukhuwah yang terjalin ini diterima serta diberkati oleh Allah SWT. Mudah-mudahan semangat kebersamaan dan silaturahim ini terus kekal dalam komuniti kita.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf Zahir & Batin.

“Sesungguhnya pengorbanan yang ikhlas akan mendekatkan kita kepada rahmat Allah SWT.”




26/05/2026
🕌 UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH 🕌Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Pihak Badan Masjid Al-Muhajirin Kg. Feld...
26/05/2026

🕌 UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH 🕌

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pihak Badan Masjid Al-Muhajirin Kg. Felda Bukit Batu, Kulai, Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor atas sumbangan melalui program Bantuan Kasih Johor (BKJ Fasa 4) yang telah diberikan kepada pegawai masjid dan surau, AJK masjid dan surau, guru Al-Quran bertauliah serta penggali kubur.

Semoga bantuan dan keprihatinan ini dapat meringankan beban penerima serta menjadi asbab keberkatan dan kebajikan berterusan buat semua pihak yang terlibat.

“Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain.”

Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda.

🤝 Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan kepada institusi masjid serta kebajikan masyarakat.

Badan Masjid Al-Muhajirin
Kg. Felda Bukit Batu, Kulai, Johor.

📚 *MAJLIS ILMUMENCARI ILMU SEPANJANG HAYAT*  🕌 MASJID AL MUHAJIRIN KG. FELDA BUKIT BATU KULAI. JOHOR  ﺑِﺴْــــــــــــــ...
06/05/2026

📚 *MAJLIS ILMU
MENCARI ILMU SEPANJANG HAYAT*

🕌 MASJID AL MUHAJIRIN
KG. FELDA BUKIT BATU KULAI. JOHOR

ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ

📆 *RABU 06HB.MEI 2026
| 18.ZULKAEDAH/1447H*

⏰ LEPAS SOLAT MAGHRIB
📚 Tajuk Kitab : Al-Qaulu Tam Fi Ahkam Al Makmun Wal Imam (Hukum Makmum & Imam)
👳‍♀️ *Dipimpin Oleh :
USTAZ HASNI BIN AMAN
Penolong Kanan Bahagian Akademik, Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kulai.

Muslimin dan Muslimat di jemput dan dipersilakan hadir kemajlis zikir/ilmu diatas.

_________
jom!!. Kita sama2 mengimarahkan majlis Ilmu, Semuga mendapat keberkatan daripada Allah SWT hendaknya...

*Untuk sumbangan kepada BADAN MASJID AL MUHAJIRIN KG FELDA BUKIT BATU ,BOLEH MASUKKAN KE DALAM AKAUN :

AKAUN BANK MUAMALAT
NO AKAUN:01020005452713
BADAN MASJID AL MUHAJIRIN FELDA BUKIT BATU

Address

Masjid Al-Muhajirin Kampung Felda Bukit Batu
Kulaijaya
81020

Telephone

01135455758

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Muhajirin Felda Bukit Batu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share