Masjid At-Taufiqiyah Kulai

Masjid At-Taufiqiyah Kulai Religious activities

InsyaAllah, solat Jumaat Masjid At-Taufiqiyah, Kulai terakhir dengan saf yang sekian lama dijarakkan (dari satu meter ke...
25/03/2022

InsyaAllah, solat Jumaat Masjid At-Taufiqiyah, Kulai terakhir dengan saf yang sekian lama dijarakkan (dari satu meter kepada setengah meter). Simpan di sini sebagai kenangan ahli qari'ah Semoga solat saf dijarakkan sebegini tersimpan di dalam lipatan sejarah dan tidak berulang lagi di masa akan datang...

25/03/2022

DOA PENGHUJUNG UMUR YANG BAIK

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِي آخِرَهُ، وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِمَهُ، وَاجْعَلْ خَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ

Maksudnya: "Wahai Allah! Jadikanlah sebaik-baik umurku adalah pada penghujungnya, dan sebaik-baik amalanku sebagai penutupnya. Dan jadikanlah sebaik-baik hariku, adalah hari di mana daku berjumpa denganMu kelak."

Marilah kita mengamalkan doa ini. Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua pengakhiran yang baik serta menjauhkan kita daripada segala kehinaan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Amin.

25/03/2022

ISLAM AGAMA NASIHAT DAN MENASIHATI

NASIHAT menurut agama Islam menunjukkan bahawa Islam itu merupakan cara hidup yang meliputi seluruh aspek kehidupan seharian umatnya. Nasihat yang dilaksanakan sememangnya bertujuan untuk memperbaiki kesilapan agar dapat membuat perubahan dari sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang baik. Jika diteliti makna nasihat, ianya berasal dari bahasa arab ‘Nasaha’ yang bererti menapis iaitu murni serta bersih dari segala kotoran.

Oleh itu, sesuatu nasihat yang ingin diberikan kepada seseorang hendaklah menggunakan perkataan yang baik dengan menapis dahulu kata-kata yang ingin digunakan agar dapat diterima oleh orang yang dinasihati itu. Agama Islam merupakan sebuah agama yang berbentuk nasihat-menasihati menerusi syariat dan hukum-hukum yang terkandung dalam Al-Quran serta Hadis. Jika ingin menasihati seseorang, hendaklah menggunakan bahasa yang sesuai dan betul melalui intonasi suara yang tepat supaya orang yang dinasihati itu tidak berasa tersinggung.

Selain itu, kaedah menasihati juga harus mempunyai teknik yang bijak dimana setiap mesej nasihat yang disampaikan mestilah tidak mengganggu sensetifviti orang lain serta sentiasa menjaga ukhuwah. Intipati nasihat yang disampaikan mestilah mempunyai hujah yang mantap, intonasi suara yang lembut dan wajah yang manis dalam menjaga adab semasa menasihati. Amalan nasihat itu juga merupakan cara untuk berdakwah.

Agama Islam merupakan agama bersaudara yang tidak mengira bahasa dan bangsa sesuatu kaum terhadap umatnya. Oleh itu, amalan nasihat-menasihati bukan hanya diberikan ketika seseorang itu melakukan kesalahan sahaja malah umat Islam harus sentiasa mengamalkan nasihat-menasihati dan tolong-menolong agar dapat ingat-mengingati kearah kebajikan dan kebaikan antara satu sama lain. Seruan ALLAH SWT terhadap perkara tersebut dapat dilihat dalam surah Al-Ma’idah ayat 2 yang bermaksud,

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”.

Oleh itu, janganlah menjadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati. Amalan nasihat-menasihati ini merupakan tanda kasih sayang umat Islam untuk memelihara kebaikan dan menjaga kualiti kehidupan sesuatu masyarakat supaya sentiasa menjadi ummah yang terbaik.
..............................

Untuk menyalurkan sumbangan, anda boleh klik pada link yang telah diberikan di bawah;

https://toyyibpay.com/Derma10

Atau menyumbang melalui Aplikasi Boost E-Wallet yang boleh di muat turun melalui Google Playstore & Apple Appstore

Layari Laman Sesawang Rasmi TPMJ

www.tpmj.gov.my

Semoga dengan sumbangan anda hari ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan pembangunan masjid dan surau diseluruh negeri Johor

26/01/2022

||| KOLEKSI DOA HARIAN lll

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan periharalah kami dari azab neraka" (Q.S Al-Baqarah, 02 : 201)

💡*Saham Akhirat*
💡*Selamat beramal*

# Sahabat Kuliah Masjid Negara
# Bahagian Dakwah, Jakim
# Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

⏭️Telegram⏮️
https://t.me/masjidnegaraofficial

⏭️ Instagram⏮️
https://www.instagram.com/masjidnegaramalaysia

⏭️ Twitter⏮️
https://twitter.com/masjidnegara?s=09

⏭️Facebook⏮️
https://www.facebook.com/masjidnegaramalaysia/

21/01/2022

||| KOLEKSI AYAT PILIHAN lll

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan mendirikan solat, sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar" (Q.S Al-Baqarah, 02 : 153)

💡*Saham Akhirat*
💡*Selamat beramal*

# Sahabat Kuliah Masjid Negara
# Bahagian Dakwah, Jakim
# Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

⏭️Telegram⏮️
https://t.me/masjidnegaraofficial

⏭️ Instagram⏮️
https://www.instagram.com/masjidnegaramalaysia

⏭️ Twitter⏮️
https://twitter.com/masjidnegara?s=09

⏭️Facebook⏮️
https://www.facebook.com/masjidnegaramalaysia/

Alhamdulillah. Masuk minggu ketiga solat fardhu Jumaat dgn penjarakkan saf setengah meter. Terima kasih kepada semua jem...
21/01/2022

Alhamdulillah. Masuk minggu ketiga solat fardhu Jumaat dgn penjarakkan saf setengah meter.
Terima kasih kepada semua jemaah yang telah memberikan kerjasama mematuhi SOP yang ditetapkan.
Penghargaan kepada AJK dan pegawai masjid yang berusaha memastikan perjalanan solat berjalan lancar.

17/01/2022

Tiga Adab Menyampaikan Berita Dalam Islam

1️⃣ Tidak tergesa-gesa menyampaikan berita sebelum dipastikan kesahihannya
2️⃣ Tidak Menyampaikan berita dengan tujuan al-Namimah (mengadu domba)
3️⃣ Penyampaian berita itu tidak membuka aib orang lain

Bertabayyunlah dahulu ketika menerima sesuatu berita kerana jika tidak bertabayyun di dalam sesuatu berita itu boleh menyebabkan terjadinya prasangka yang buruk berlaku di kalangan masyarakat serta keadaan yang kurang tenang.

Sumber : Bayan Linnas Siri Ke 184 : Pejabat M***i Wilayah Persekutuan.

17/01/2022

Doa daripada ayat al-Quran ini sangat elok diamalkan oleh setiap pasangan yang mendambakan keluarga yang bahagia. Doa ini bukan sahaja untuk memohon agar beroleh pasangan serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan penenang hati, malah, doa ini juga memohon agar ibu bapa dapat menjadi contoh ikutan yang baik (qudwah hasanah) buat anak-anak, Insya-Allah.




17/01/2022

||| KOLEKSI AYAT PILIHAN lll

"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadmu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepadu-Ku" (Q.S Al-Baqarah, 02 : 152)

💡*Saham Akhirat*
💡*Selamat beramal*

# Sahabat Kuliah Masjid Negara
# Bahagian Dakwah, Jakim
# Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

⏭️Telegram⏮️
https://t.me/masjidnegaraofficial

⏭️ Instagram⏮️
https://www.instagram.com/masjidnegaramalaysia

⏭️ Twitter⏮️
https://twitter.com/masjidnegara?s=09

⏭️Facebook⏮️
https://www.facebook.com/masjidnegaramalaysia/

13/01/2022

Address

Jalan Selendang, Taman Mewah
Kulai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid At-Taufiqiyah Kulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category