Masjid Baru Tok Jembal - MTJ

Masjid Baru Tok Jembal - MTJ โ€ข ๐— ๐—จ๐—ž๐—œ๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ, ๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿฏ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ž. ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ, ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ โ€ข

beacons.ai/masjidbarutokjembal

๐ŸŒนMasjid Dikunjungi, Ilmu Dilazimi, Komuniti Pasti Harmoni

02/06/2026

Kuliah Maghrib Mingguan di Masjid Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus

Pada: 2 Jun 2026 (Selasa)

๐Ÿ“ Disampaikan oleh: Ustaz Abdul Halim bin Awang

Jom singgah majlis-majlis ilmu! Moga terus mengalir manfaat ilmu ini dalam diri kita ๐Ÿคฒ๐Ÿฝ


ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุงู„ุฐูŠ ุจู†ุนู…ุชู‡ ุชุชู… ุงู„ุตุงู„ุญุงุช Alhamdulillah syukur kehadrat illahi,Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima ka...
29/05/2026

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุงู„ุฐูŠ ุจู†ุนู…ุชู‡ ุชุชู… ุงู„ุตุงู„ุญุงุช
Alhamdulillah syukur kehadrat illahi,

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh Muslimat Masjid serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyediaan air balang pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan ini.

Segala usaha, sumbangan tenaga, masa dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan menjadi asbab kepada kemeriahan serta keselesaan para jemaah yang hadir. Semoga setiap amal kebajikan ini diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

โ€œSesungguhnya sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.โ€ ๐Ÿค


Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta hasil sokongan, sumbangan dan kerjasama para jemaah, Majlis Berbuka Puasa Har...
26/05/2026

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta hasil sokongan, sumbangan dan kerjasama para jemaah, Majlis Berbuka Puasa Hari Arafah di Masjid Kg. Tok Jembal telah berlangsung dengan penuh meriah dan suasana ukhuwah yang begitu indah. ๐ŸŒ™โœจ

Pelbagai juadah dan hidangan telah disediakan hasil keprihatinan ramai pihak yang sentiasa bersama membantu mengimarahkan rumah Allah. Walaupun pihak masjid sentiasa berusaha menguruskan pelbagai keperluan dan komitmen semasa, semangat kebersamaan jemaah menjadikan segala urusan terasa lebih ringan dan bermakna.

Terima kasih kepada semua penyumbang, sukarelawan, penyedia juadah serta seluruh jemaah yang hadir memeriahkan majlis ini. Semoga setiap amal kebaikan, tenaga dan rezeki yang dikongsikan dibalas dengan ganjaran terbaik di sisi Allah SWT.

โ€œSesungguhnya orang yang memberi makan kepada orang berpuasa akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu sendiri.โ€ ๐Ÿค





๐Ÿ•‹ SELAMAT MENYAMBUT HARI ARAFAH 1447H ๐Ÿ•‹โ€œSebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah." (HR. Tirmizi)Hari ini, 9 Zulhijjah...
26/05/2026

๐Ÿ•‹ SELAMAT MENYAMBUT HARI ARAFAH 1447H ๐Ÿ•‹
โ€œSebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah." (HR. Tirmizi)

Hari ini, 9 Zulhijjah 1447H / 26 Mei 2026 (Selasa) adalah hari yang penuh rahmat dan mustajab untuk berdoa. Jom kita rebut peluang keemasan ini!

โœจ Amalan Hari Ini:
๐Ÿคฒ Perbanyakkan doa & istighfar.
๐Ÿ“ฟ Basahi lidah dengan zikir & selawat.
๐Ÿค Ikhlaskan hati memohon keampunan-Nya.

Semoga hari Arafah ini membawa keberkatan dan segala amalan kita diterima oleh Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamiin. ๐Ÿคฒโœจ

Ikhlas daripada Masjid Kampung Tok Jembal. ๐Ÿ•Œ



22/05/2026

Kuliah Maghrib Jemputan di Masjid Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus

Pada: 22 Mei 2026 (Jumaat)

Jom singgah majlis-majlis ilmu! Moga terus mengalir manfaat ilmu ini dalam diri kita ๐Ÿคฒ๐Ÿฝ


20/05/2026

Kuliah Maghrib Bulanan di Masjid Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus

Pada: 20 Mei 2026 (RABU)

๐Ÿ“ Disampaikan oleh: Ustaz Solahuddin bin Zakaria
๐Ÿ“– Kitab : Bidayatul Hidayah

Jom singgah majlis-majlis ilmu! Moga terus mengalir manfaat ilmu ini dalam diri kita ๐Ÿคฒ๐Ÿฝ


๐ŸŒฟ Alhamdulillah, selesai sudah Program Ziarah Kasih & Gotong-Royong Masjid Kg Tok Jembal ๐ŸŒฟPihak Masjid Tok Jembal ingin ...
18/05/2026

๐ŸŒฟ Alhamdulillah, selesai sudah Program Ziarah Kasih & Gotong-Royong Masjid Kg Tok Jembal ๐ŸŒฟ

Pihak Masjid Tok Jembal ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pelajar, Sarjana Muda Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan & Agroteknologi dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) atas kunjungan serta sumbangan tenaga dalam menjayakan program gotong-royong dan sesi perkongsian pembuatan sabun menggunakan minyak masak terpakai baru-baru ini.

Kehadiran dan semangat kerjasama yang ditunjukkan amat bermakna dalam usaha mencantikkan kawasan masjid serta mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat dan mahasiswa. Semoga segala usaha, tenaga dan kebaikan yang dicurahkan mendapat ganjaran pahala dan keberkatan daripada Allah SWT.

Terima kasih juga kepada semua ahli jawatankuasa, penduduk kampung dan para peserta yang turut bersama-sama menjayakan program ini.

๐Ÿค โ€œBerat sama dipikul, ringan sama dijinjing.โ€
Semoga ukhuwah yang terjalin ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

17/05/2026

Kuliah Maghrib Bulanan di Masjid Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus

Pada: 17 Mei 2026 (AHAD)

๐Ÿ“ Disampaikan oleh: Ustaz Rafiuddin bin Rahseli
๐Ÿ“– Kitab : 20 Sifat Hati yang Keji & Terpuji.

Jom singgah majlis-majlis ilmu! Moga terus mengalir manfaat ilmu ini dalam diri kita ๐Ÿคฒ๐Ÿฝ


13/05/2026
๐ŸŒ™โœจ Peluang Berkhidmat di Rumah Allah โœจ๐ŸŒ™Masjid bukan sekadar tempat ibadah, tetapi tempat lahirnya khidmat dan ukhwah. Ki...
12/05/2026

๐ŸŒ™โœจ Peluang Berkhidmat di Rumah Allah โœจ๐ŸŒ™

Masjid bukan sekadar tempat ibadah, tetapi tempat lahirnya khidmat dan ukhwah. Kini, Masjid Kampung Tok Jembal membuka peluang kepada anda yang amanah, berdisiplin dan bersemangat untuk bersama-sama memakmurkan masjid sebagai:

๐Ÿ•Œ PENOLONG PEGAWAI / ADMIN MASJID

Jika anda:
โœ… Solat lima waktu
โœ… Mahir komputer
โœ… Jujur & amanah
โœ… Boleh bekerjasama dalam pasukan

โ€ฆkami sedang mencari anda! ๐Ÿค

๐Ÿ“ฉ Hantarkan Resume (PDF) sebelum 21 Mei 2026.

โ€œBersama Memakmurkan Masjid, Menyatukan Ummah.โ€ ๐Ÿค

Address

Kampung Tok Jembal
Kuala
21300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Baru Tok Jembal - MTJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Baru Tok Jembal - MTJ:

Share