Surau Monak Kg Bukit

Surau Monak Kg Bukit Page rasmi aktiviti dan hebahan program di Surau Khalid Al Walid (Surau Monak), Kg Bukit, Kuala Pilah

02/06/2026
โœจ ๐—”๐—น๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต โœจSekitar suasana Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1447H yang berlangsung di Surau Monak Kg. Bukit.Terima ...
02/06/2026

โœจ ๐—”๐—น๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต โœจ

Sekitar suasana Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1447H yang berlangsung di Surau Monak Kg. Bukit.

Terima kasih kepada seluruh jemaah, penduduk Kg. Bukit serta ahli kariah yang hadir memeriahkan sambutan hari yang penuh pengorbanan ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja mengimarahkan surau, malah mengeratkan lagi ukhuwah sesama masyarakat.

Semoga semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS terus menjadi inspirasi dalam kehidupan kita untuk sentiasa taat kepada perintah Allah SWT serta sanggup berkorban demi agama, keluarga dan masyarakat.

๐Ÿ“ธ Kenangan indah Aidiladha 1447H
๐Ÿก Surau Monak Kg. Bukit
๐Ÿคฒ Bersama mengimarahkan rumah Allah

โ€œKorban bukan sekadar sembelihan, tetapi lambang ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan kepada Allah SWT.โ€

HEBAHAN RASMI PROGRAM KOMUNITIAdalah dimaklumkan bahawa satu program kemasyarakatan akan diadakan seperti berikut:PROGRA...
23/12/2025

HEBAHAN RASMI PROGRAM KOMUNITI

Adalah dimaklumkan bahawa satu program kemasyarakatan akan diadakan seperti berikut:

PROGRAM JALINAN MESRA PELAJAR BERSAMA WARGA DESA 2026

๐Ÿ“ Tempat: Surau Monak, Kampung Bukit, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
๐Ÿ“… Tarikh: 10 Januari 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 7.00 pagi โ€“ 2.00 petang

Program ini dianjurkan oleh pelajar separuh masa Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Kuala Lumpur dengan kerjasama JPKK Kampung Bukit serta Surau Monak.

๐ŸŽฏ Aktiviti Program:
โ€ข Rewang
โ€ข Gotong-royong pembersihan surau
โ€ข Sumbangan asnaf

Orang ramai amat dialu-alukan untuk hadir serta menyumbang bagi menjayakan program ini. Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan kod QR yang disediakan.

๐Ÿ“ž Maklumat lanjut / sumbangan:
En. Mohd Zulnurain (Pengarah Program)โ€“ 017-8659440
Pn. Norsuhada Mohd Razmi (Bendahari)โ€“ 012-2270466

Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amat dihargai. Terima kasih.

Alhamdulillah
15/02/2025

Alhamdulillah

๐ˆ๐๐…๐Ž ๐†๐‘๐€๐…๐ˆ๐Š ๐Š๐‡๐”๐“๐๐€๐‡ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ | 14 FEBRUARI 2025 / 15 SYAABAN 1446H

๐“๐€๐‰๐”๐Š : "๐Œ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐ˆ๐’๐…๐” ๐’๐˜๐€๐€๐๐€๐: ๐€๐๐“๐€๐‘๐€ ๐Š๐„๐€๐Œ๐๐”๐๐€๐ & ๐‡๐€๐‹๐€๐๐†๐€๐"

Hati yang sarat dengan dosa, usah dibiarkan hancur tanpa taubat dan air mata. Malam Nisfu Syaaban adalah peluang keemasan untuk bertaubat, memohon keampunan, dan membersihkan jiwa dari dendam serta hasad dengki.

-------------------------------------------------
๐Ÿ”ดIkuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/jheainsofficial
๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ : https://www.instagram.com/jheains.official
๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐˜๐จ๐ฎ๐“๐ฎ๐›๐ž : https://www.youtube.com/
๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ฐ๐š๐ง๐  : https://jheains.ns.gov.my/





Alhamdulillah, Infaq Jumaat Mengukir Senyuman! ๐Ÿ˜‡๐ŸคฒโœจJumaat lalu, 13 Disember 2024, wakil pihak Surau Monak, Kg Bukit telah...
15/12/2024

Alhamdulillah, Infaq Jumaat Mengukir Senyuman! ๐Ÿ˜‡๐Ÿคฒโœจ

Jumaat lalu, 13 Disember 2024, wakil pihak Surau Monak, Kg Bukit telah menyediakan dan mengagihkan Infaq Jumaat kepada jemaah di Surau Paya Kumboh, Kg Seri Pilah. Menu istimewa yang dihidangkan ialah:

๐Ÿด Pulut Sambal Tumis
๐ŸŒฟ Sambal Serunding

๐Ÿ’– Jutaan TERIMA KASIH kami ucapkan kepada para penyumbang yang ikhlas menyokong program ini. Semoga Allah SWT mengurniakan anda ganjaran pahala berlipat ganda, rezeki melimpah ruah, dan keberkatan dalam kehidupan. ๐ŸŒธ

Ingin turut menyumbang untuk program akan datang? ๐Ÿ’ซ Peluang sentiasa terbuka untuk anda menanam benih kebaikan!

๐Ÿ“Œ Maybank 164762049579
๐Ÿ’ณ Nur Amira binti Annuar

โœจ โ€œSedekah itu kunci keberkatan dan rezeki.โ€
Mari bersama kita menyebarkan kasih sayang dan kebaikan kepada ummah! ๐Ÿ’ž

โœจ๐ŸŒน Cinta Rasul Membawa Berkat ๐ŸŒนโœจAlhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Berlangsung Dengan Jayanya.Dengan penu...
10/12/2024

โœจ๐ŸŒน Cinta Rasul Membawa Berkat ๐ŸŒนโœจ

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Berlangsung Dengan Jayanya.

Dengan penuh kesyukuran, Majlis Sambutan Memperingati Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW telah berjaya dilaksanakan pada 26 Oktober 2024 (Sabtu) bertempat di Surau Monak, Kampung Bukit, bermula jam 7 malam hingga 10 malam.

๐ŸŒ™ Aturcara Majlis:
โœ… Solat Maghrib Berjemaah
โœ… Tazkirah Penuh Hikmah oleh YBhg. Ustaz Wan Saifuddin bin Wan Salim (Mudir Maahad Tahfiz Al Yamani, Gunung Pasir)
โœ… Persembahan Qasidah oleh pelajar Maahad Tahfiz Al Yamani
โœ… Jamuan Istimewa Nasi Arab oleh Skuad Imam Musleh Malaysia

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:
โ€ข ๐Ÿค YB ADUN Pilah
โ€ข ๐ŸŒŸ Ketua Kampung
โ€ข ๐Ÿ•Œ Skuad Imam Musleh Malaysia
โ€ข โค๏ธ Para penyumbang yang budiman
โ€ข ๐Ÿ™ Seluruh jemaah yang hadir

Semoga usaha ini menjadi amal kebaikan dan bukti kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. ๐ŸŒน

๐Ÿ“ธ Berikut adalah momen indah sepanjang majlis berlangsung:

Kredit gambar kepada photographer-photographer yang telah kongsikan gambar-gambar di group WhatsApp Surau. ๐Ÿ˜ Minta halal ya.

07/12/2024

JAWAB KUIZ MENANG KAMBING??

Jom sertai Kuiz Zakat sempena Bulan Zakat MAINS 2024! Tunaikan zakat perniagaan minimum RM100 dan anda layak menyertai kuiz ini.

Layari https://kuizakat.mains.gov.my, jawab 10 soalan mudah dan hadiah-hadiah istimewa menanti anda!

'ZAKAT MENGEMBANG & MENYUBURKAN PERNIAGAAN ANDA'



๐Ÿ“ข Jom Semarakkan Semangat Infaq Bersama!1๏ธโƒฃ Infak Sarapan PagiTerima kasih yang tidak terhingga kepada Gerai Bustop Kg M...
07/12/2024

๐Ÿ“ข Jom Semarakkan Semangat Infaq Bersama!

1๏ธโƒฃ Infak Sarapan Pagi
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Gerai Bustop Kg Monak atas infak sarapan pagi untuk murid-murid prasekolah di YAM Tuan Lenggang, Kg Tengah Sri Menanti. Semoga usaha murni ini diberkati dan dirahmati Allah.

2๏ธโƒฃ Infaq Makanan Hari Jumaat
Alhamdulillah, pada setiap hari Jumaat, Masjid Kg Gachong menerima infak yang memberi manfaat kepada ramai jemaah. Syukur atas nikmat rezeki yang dikongsikan oleh para dermawan.

3๏ธโƒฃ Setiap Minggu Ada Penyumbang
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dengan penuh keikhlasan. Sokongan anda amat kami hargai! ๐Ÿ’– Kami juga sentiasa mengalu-alukan lebih ramai penyumbang untuk menyemarakkan amalan infaq ini.

๐Ÿ“Œ Ingin Menyumbang?
Sumbangan anda boleh disalurkan ke:
๐Ÿ’ณ Maybank
164762049579
๐Ÿ“Œ Nur Amira Binti Annuar

Semoga setiap sumbangan yang anda hulurkan menjadi amal jariah yang berterusan dan membawa keberkatan. โ€œSesungguhnya, sedekah tidak akan mengurangkan hartaโ€ โ€“ [Hadis Riwayat Muslim].

Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan anda! ๐Ÿคฒ

[Pengumuman Mesyuarat dan Lantikan Jawatankuasa Baharu Surau Khalid Al Walid (Surau Monak), Kampung Bukit]Pada 25 Mei 20...
04/12/2024

[Pengumuman Mesyuarat dan Lantikan Jawatankuasa Baharu Surau Khalid Al Walid (Surau Monak), Kampung Bukit]

Pada 25 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsung mesyuarat di Surau Monak, Kampung Bukit, dengan kehadiran seramai 21 ahli jawatankuasa. Mesyuarat ini bertujuan untuk melantik barisan Jawatankuasa Baharu Surau Khalid Al Walid bagi sesi yang akan datang.

Berikut adalah senarai jawatankuasa baharu yang dilantik:

Pengerusi:
Haji Ruzaini bin Hj Yusof

Setiausaha:
Hj Othman bin Hj Sulaiman

Bendahari:
Adam Rafiuddin bin Ruzaini

Ahli Jawatankuasa:
1. En Roslee bin Abu Zarim
2. Hjh Noridan binti Hj Othman
3. Hjh Lijah binti Ayob
4. En Mohd Khadri bin Abdullah

Pemeriksa Kira-kira:
1. Puan Noraini binti Hj Maasin
2. Puan Nor Azura binti Hj Yusof

Syabas diucapkan kepada barisan jawatankuasa yang baharu dilantik. Semoga mereka dapat menjalankan amanah ini dengan penuh dedikasi, keikhlasan, dan kebijaksanaan demi kemajuan surau dan manfaat masyarakat Kampung Bukit.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong perjalanan mesyuarat ini. Semoga Surau Khalid Al Walid terus menjadi pusat ibadah dan perpaduan ummah.

๐ŸŒŸ Selamat Datang ke Laman Rasmi Surau Khalid Al-Walid ๐ŸŒŸAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Kami dengan rendah hat...
02/12/2024

๐ŸŒŸ Selamat Datang ke Laman Rasmi Surau Khalid Al-Walid ๐ŸŒŸ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kami dengan rendah hati mengalu-alukan kehadiran anda ke laman rasmi Surau Khalid Al-Walid, Kampung Monak, Kuala Pilah.

Di sini, in sya Allah, anda akan menemui:
โœ… Maklumat Aktiviti Surau โ€“ Solat berjemaah, ceramah agama, kuliah subuh, dan program komuniti.
โœ… Pengisian Rohani โ€“ Artikel, tazkirah, dan perkongsian ilmu untuk menambah keberkatan hidup.
โœ… Komuniti Harmoni โ€“ Berita dan peringatan penting untuk penduduk Kampung Monak.

Kami berharap page ini dapat menjadi penghubung ukhuwah di kalangan penduduk, serta wadah untuk sama-sama mendekatkan diri kepada Allah SWT.

๐Ÿ“Œ Jangan lupa Like, Follow & Share supaya lebih ramai dapat manfaat.

โ€œBerpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaranโ€ โ€“ Surah Al-Asr: 3

Address

Jalan Monak, Kampung Bukit
Kuala Pilah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Monak Kg Bukit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Monak Kg Bukit:

Share