28/05/2026
PROGRAM IBADAH KORBAN SURAU JUMAAT NAZARIAH, KG PUAH
27 Mei 2026 (Rabu) -Hari Raya Aidiladha pertama, Surau Jumaat Nazariah, Kg Puah telah melaksanakan Program Ibadah Korban dengan penuh meriah dan semangat kerjasama dalam kalangan penduduk setempat.
Sebanyak 8 ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini dengan penglibatan para peserta korban, ahli jawatankuasa surau serta sukarelawan kampung yang berganding bahu menjayakan program tersebut. Proses penyembelihan, melapah, menimbang dan pengagihan daging korban telah dilaksanakan secara teratur dan lancar.
Program ibadah korban ini bukan sahaja menjadi tuntutan ibadah sempena Aidiladha, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat. Daging korban yang telah siap diagihkan kepada para peserta, penduduk setempat serta golongan yang memerlukan.
Pihak Surau Jumaat Nazariah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan kerjasama bagi memastikan kelancaran program ini. Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan mendapat keberkatan serta ganjaran daripada Allah SWT.