KAFA PPR Intan Baiduri Kepong

KAFA PPR Intan Baiduri Kepong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KAFA PPR Intan Baiduri Kepong, Religious Center, Blok E, PPR Intan Baiduri, Tmn. Intan Baiduri, Kepong, 52100, Kuala Lumpur.

KAFA PPR Intan Baiduribertanggungjawab memastikan pendidikan agama asas (bacaan al-Quran + fardu ain) diberi kepada kanak-kanak Muslim — khususnya umur 7–12 tahun — di kawasan PPR Intan Baiduri dan sekitarnya. KAFA PPR Intan Baiduri, Kepong bertanggungjawab memastikan pendidikan agama asas (bacaan al-Quran + fardu ain) diberi kepada kanak-kanak Muslim — khususnya umur 7–12 tahun — di kawasan Taman Intan Baiduri, Kepong dan sekitarnya mengikut had yang ditetapkan.

Selesai sudah tugasan 2025. AlHamdulillah.Tahniah kepada murid yang cemerlang!Moga terus melakar kecemerlangan dalam keh...
18/12/2025

Selesai sudah tugasan 2025. AlHamdulillah.

Tahniah kepada murid yang cemerlang!
Moga terus melakar kecemerlangan dalam kehidupan di masa-masa akan datang. Alfu mabruk 👏.

Bagi yang belum direzkikan Cemerlang..

Rezeki setiap hamba telah ditetapkan oleh Allah. Tugas kita bukan resah mengejar takdir, tetapi berusaha dengan yakin, berjalan di bumi Allah yang luas, sambil bertawakal kepada-Nya.

Allah berfirman (maksud) :
“Dan di langit terdapat rezekimu dan apa yang dijanjikan kepadamu.”
_(az-Zariyat: 22)

Maka:
- Jangan hiasi hidup dengan kekecewaan
- Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain
- Teruskan ikhtiar dan menyantuni mereka, kerana mereka adalah Amanah, rezeki tidak pernah tersalah alamat

Apa yang ditetapkan Allah akan sampai, tepat pada waktunya, dengan caranya, dan cukup untuk kita. InsyaAllah.

Semoga anak² pelajar darjah 6 dan semua murid KAFA PPR Intan Baiduri, Kepong Kuala Lumpur menjadi anak² yang berjaya di masa-masa akan datang serta memberi manfaat kepada masyarakat. Semoga Allah memberi Taufiq dan Hidayah.

Terima kasih kepada para Asatizah yang memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Serta terima kasih kepada ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada KAFA PPR Intan Baiduri.
برك الله فيكم.

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2025"Murid dirai, guru dihargai, ibu bapa disanjungi"18 Disember 2025 [Khamis] - Majlis Anuger...
18/12/2025

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2025
"Murid dirai, guru dihargai, ibu bapa disanjungi"

18 Disember 2025 [Khamis] - Majlis Anugerah Cemerlang 2025 KAFA PPR Intan Baiduri telah berjaya dilaksanakan dengan penuh tertib dan bermakna pada bertempat di Dewan Kelas KAFA PPR Intan Baiduri.

Majlis bermula seawal jam 2.30 petang dengan ketibaan ibu bapa dan murid penerima anugerah, diikuti bacaan doa, ucapan Ketua Guru serta perasmian majlis. Suasana majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh murid-murid KAFA.

Sesi penyampaian anugerah menyaksikan pelbagai kategori penghargaan diberikan, antaranya Anugerah Pelajar Cemerlang, Anugerah Mata Pelajaran Terbaik, Anugerah Pengawas, serta Penyampaian Sijil UPKK 2024 dan UPSRA 2025, sebagai pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah.

Majlis turut dimeriahkan dengan Persembahan Istimewa Murid Tahun 6 sebelum majlis ditutup pada jam 4.40 petang dan bersurai pada jam 4.45 petang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid penerima anugerah. Semoga kecemerlangan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan beriman.


MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2025"Murid dirai, guru dihargai, ibu bapa disanjungi"Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua...
18/12/2025

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2025
"Murid dirai, guru dihargai, ibu bapa disanjungi"

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid penerima anugerah. Semoga kecemerlangan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan beriman.


Sentuhan2 akhir persiapan
18/12/2025

Sentuhan2 akhir persiapan

Persiapan Majlis Anugerah Cemerlang 2025KAFA PPR Intan Baiduri
18/12/2025

Persiapan Majlis Anugerah Cemerlang 2025
KAFA PPR Intan Baiduri

Murid-murid gembira mendapat markah peperiksaan akhir tahun (UASA 2025).Semoga terus melakar kejayaan dimasa hadapan.
18/12/2025

Murid-murid gembira mendapat markah peperiksaan akhir tahun (UASA 2025).

Semoga terus melakar kejayaan dimasa hadapan.

Musim peperiksaan akhir tahun 2025
18/12/2025

Musim peperiksaan akhir tahun 2025

18/12/2025

Telatah lucu.
Murid-murid tahun 5 yang riang ceria melaungkan “merdeka!” Selepas mereka selesai menjawab kertas akhir UPKK 2025.

UPKK 2025 berlangsung dari 17 hingga 20 November 2025 yang lalu.
Murid-murid menduduki Peperiksaan UPKK di KAFA Al-Ikhwan Zon 1.

Semoga beroleh keputusan yang cemerlang dalam UPKK buat semua murid tahun 5 2025.

Murid-murid UPKK KAFA PPR INTAN BAIDURI
18/12/2025

Murid-murid UPKK KAFA PPR INTAN BAIDURI

Program Profesionalisme Guru Institusi Pendidikan Islam JAWI Siri 2/2025
18/12/2025

Program Profesionalisme Guru Institusi Pendidikan Islam JAWI Siri 2/2025

Address

Blok E, PPR Intan Baiduri, Tmn. Intan Baiduri, Kepong, 52100
Kuala Lumpur
52000

Opening Hours

Monday 13:30 - 17:31
Tuesday 13:30 - 17:31
Wednesday 13:30 - 17:31
Thursday 13:30 - 17:31
Friday 13:30 - 17:31

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA PPR Intan Baiduri Kepong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to KAFA PPR Intan Baiduri Kepong:

Share