Sejadah by MYsejadah

Sejadah by MYsejadah Pembekal Sejadah terulung di Malaysia (Sejadah Eksklusif, Sejadah Wangi, Sejadah Span, Sejadah Borong)

FB/IG: mysejadah

[email protected] In Shaa Allah.

MYsejadah adalah pembekal sejadah di Malaysia yang membantu anda mendapat hadiah/cenderahati yang bermanfaat (barakah) dan menambah amalan sedekah.

26/07/2021

"Fokus pada dari kita. Banyak perkara yang kita nak kejar lagi dalam hidup kita. Ilmu kita bagaimana. Suasana tanggungjawab kita pada ibu ayah keluarga macam mana. Ilmu quran kita macam mana. Ilmu tajwid kita macam mana"

Jangan kita menghukum hamba Allah yang lain.

Ingat, kelak anggota badan kita termasuk jari jemari kita yang akan bercakap di akhirat. -zaman media sosial-

Tulisan Dr Ahmad SanusiSurah Kahfi dan Fitnah Dunia==========1. Dalam zaman yang penuh dengan tipudaya dunia ini, marila...
23/07/2021

Tulisan Dr Ahmad Sanusi

Surah Kahfi dan Fitnah Dunia
==========
1. Dalam zaman yang penuh dengan tipudaya dunia ini, marilah sama-sama kita merenungi pengajaran dari Surah al-Khafi. Allah mempersembahkan kepada kita empat kisah yang mempunyai simbol kepada mesej yang ingin disampaikan.

2. Kisah Pemuda Kahfi pada permulaan surah ini adalah menggambarkan bagaimana sekump**an pemuda yang lari berusaha menyelamatkan agama mereka.

3. Kisah kedua p**a adalah mengenai pemilik kebun yang dikurniakan oleh Allah harta dunia dan bagaimana harta dunia itu akhirnya menjadikan dia kufur dan jauh dari Allah. Manusia terkadang berbangga dengan harta dan pengikutnya yang ramai. Firman Allah:

وَكَانَ لَهُۥ ثَمَرٌ فَقَالَ لِصَٰحِبِهِۦ وَهُوَ يُحَاوِرُهُۥٓ أَنَا۠ أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا

“Tuan kebun itu p**a ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai". (al-Kahfi: 34)

4. Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah menyebutkan bahawa harta yang banyak, pengaruh yang kuat serta pengikut yang ramai menjadikan manusia keliru dan akhirnya merasa tinggi diri, ego dan jauh dari bimbingan Allah.

5. Kemudian Allah mendatangkan kisah Nabi Musa p**a, yang menceritakan tentang ujian ilmu. Dalam sebuah hadis, Nabi Musa dikatakan tidak menyangka bahawa ada orang yang mempunyai ilmu yang lebih sedikit dari dirinya. Lalu Allah wahyukan kepadanya tentang Nabi Khidir. Kisah ini dipaterikan dalam Surah al-Kahfi bagaimana ilmu yang tersemat dalam diri seseorang berupaya menjadikan mereka ego dan sombong.

6. Manakalah kisah yang terakhir adalah mengenai kisah Zulkarnain dan fitnah kuasa. Allah kurniakan kuasa kepada manusia adalah bagi memelihara agama Allah dan bukan menjadi sombong kepadanya.

7. Menariknya dipenghujung surah ini Allah menegaskan dengan satu amalan yang paling sia-sia. Manusia merasakan dia telah melakukan kebaikan, amalan atau sumbangan yang paling banyak sedangkan amalan itu pada hakikatnya sia-sia di sisi Allah. Firman Allah:

“قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأَخْسَرِينَ أَعْمَالا * الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا”

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

8. Ia adalah pengajaran buat kita semua bahawa dalam segala kurniaan nikmat dan fitnah dunia yang Allah berikan kepada kita, janganlah dunia menyebabkan kita lari dan dari petunjuk Allah, sombong dan ego dalam kehidupan dunia yang sementara.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

19/07/2021

❤️

Last batch Sejadah AL - HARAMAIN directly Made From Saudi Arabia!Bukan Sejadah dari China, Vietnam, Indonesia @ Turki. I...
28/11/2020

Last batch Sejadah AL - HARAMAIN directly Made From Saudi Arabia!
Bukan Sejadah dari China, Vietnam, Indonesia @ Turki. Ini satu-satunya stok di MYsejadah dari Arab Saudi inshaAllah♥️
Dapatkan walaupun sehelai untuk kegunaan di rumah anda/seisi keluarga😊
Istimewa Sejadah AL-Haramain ini adalah:
♥️ Boleh basuh
♥️ Antibacterial (sebab material tidak serap air, yang boleh mengundang kelembapan)
♥️ Sesuai untuk yang alergi habuk/karpet
♥️ Sesuai untuk yang ada simptom resdung

Ambil peluang miliki untuk kegunaan diri sendiri / insan tersayang🎉
https://wa.me/60199414013?text=NakSejadahAlHaramain

Really last batch AL-HARAMAIN exclusively from Saudi Arabia!Siapa yang bertuah dapat memiliki AL-HARAMAIN SEJADAH walaup...
16/11/2020

Really last batch AL-HARAMAIN exclusively from Saudi Arabia!
Siapa yang bertuah dapat memiliki AL-HARAMAIN SEJADAH walaupun hanya sehelai dengan nilai 90 sahaja!
Satu-satunya SEJADAH yang material boleh basuh dan juga yang paling special SEJADAH ni:-

*Antibacterial / Antiallergy (sebab material karpet yang tidak menyerap basah yang boleh menyebabkan lembab dan berbau) so tidaklah mengundang pembiakan fungus/bakteria!

*kuranglah kegatalan pada hidung tu😬

Amat sesuailah pada yang allergic karpet, resdung etc. InshaAllah kita ikhtiar untuk memperbaiki solat supaya lebih kusyuk❤️
light brown dah tinggal tak banyak in stock. Maroon InshaAllah ada lagi.

AL-HARAMAIN SEJADAH in stock!!!😍Tapi kali ini color available Maroon & Light Brown@CreamRM90/pc only!Grab yours now!What...
11/11/2020

AL-HARAMAIN SEJADAH in stock!!!😍
Tapi kali ini color available Maroon & Light Brown@Cream
RM90/pc only!
Grab yours now!
Whatsapp zis👇
https://bit.ly/2HHesJw

SAY NO TO BERSIN!! 🤧 ❤️AL-HARAMAIN SEJADAH❤️Yang s**a soksek soksek bersin dengan habuk karpet sejadah time solat, sejad...
11/11/2020

SAY NO TO BERSIN!! 🤧
❤️AL-HARAMAIN SEJADAH❤️
Yang s**a soksek soksek bersin dengan habuk karpet sejadah time solat, sejadah dari Al haramain ni sangatlah sesuai digunakan tau! Tiada lagi masalah gatal hidung ketika solat..inshaAllah😊
Ramai yang berpuas hati dan dah repeat order untuk kegunaan sekeluarga p**ak☺️ alhamdulillah
sementara stok masih ada di Malaysia ya!
Available Maroon & Light Brown
RM90/pc sahaja!
atau WhatsApp sis sekarang di link 👉 https://bit.ly/2HHesJw

Sungguhnya doa ini sangat hebat, kita memohon Allah mudahkan urusan kita hari ini. Jadi mari amalkan selalu. Bismillah.
08/07/2020

Sungguhnya doa ini sangat hebat, kita memohon Allah mudahkan urusan kita hari ini. Jadi mari amalkan selalu.

Bismillah.

PUASA ENAM SYAWALPuasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan sec...
28/05/2020

PUASA ENAM SYAWAL

Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih afdhal.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).

Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Lafaz Niat puasa sunat enam syawal :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ ِستَةٍ ِمنْ شَوَالٍ سُنَةً ِللَه تَعَالَي

Nawaitu sauma ghodin an sittatin min syawalin sunattan lillahi taala.“Sahaja aku puasa sunat enam di bulan syawal kerana Allah swt “.

Sumber :
Read more: http://arnamee.blogspot.com/2012/08/niat-puasa-sunat-6-syawal-puasa-ganti.html

19/05/2020

//Sekiranya kita merasakan malam tadilah Lailatul Qadar, buat tenang relaks sajalah. Tak usah nak canang dekat orang lain. Tahulah malam tadi kita berjaya solat dan mengaji banyak.

Cumanya perasaan kita itu boleh jadi betul, boleh jadi tidak. Kita pun tak tahu secara pasti kerana tiada tanda yang jelas soalnya. Mungkin kita berasa yakin sebab diberi kekuatakan untuk menghidupkan malam.

Dalam tak sedar, kawan-kawan kita di sekeliling terasa hati.

“Aduh, malam tadi tarawih 6 rakaat je.”

“Hm, ruginya terlepas. Malam tadi tidur, penat.”

“Alaa dah lepas ke? Malaslah nak buat ibadat malam ini. Benda dah lepas dah pun.”

Sayanglah kawan jika begitu. Sepatutnya kita kekalkan momentum bahkan jika boleh kuatkan lagi ibadat. Ada masa dan ruang lagi untuk menggapai reda Tuhan dalam bulan mulia ini.

Itulah antara hikmah Tuhan sembunyikan tarikh Lailatul Qadar. Nak menaikkan semangat hamba-Nya untuk terus beramal. Juga sebagai peringatan buat mereka yang mudah berpuas hati.

Semua orang tak tahu bilaka terjadinya. Ada orang sangka 2 malam lepas. Ada juga yang menyangka malam kelmarin, malam semalam. Boleh jadi juga malam ini ataupun malam esok. Segalanya mungkin.

Kita masih ada beberapa hari sebelum perginya Ramadan. Bila ia pergi, kena tunggu lagi setahun untuknya tiba kembali. Lama tu kawan.

Fokus utama kita adalah untuk menggapai keampunan Tuhan. Ingat tak hadis Nabi SAW mengaminkan doa Jibril sebanyak 3 kali amin doa ketika menaiki mimbar? Antara doa itu adalah kerugian besar buat mereka yang keluar dari Ramadan tanpa diampunkan dosanya.

Kekal fokus dan kuat ya semua. Kita masih ada berbaki beberapa malam untuk dipersembahkan kepada Rabb. Gunakan peluang yang ada untuk teruskan beramal. Mudah-mudahan Lailatul Qadar menjadi milik kita, keampunan Tuhan digenggam erat dibawa ke akhirat.

copy&paste.

Alhamdulillah..Panduan untuk kita berjemaah di rumah❤
15/05/2020

Alhamdulillah..Panduan untuk kita berjemaah di rumah❤

Susunan Saf Berjemaah Bersama Keluarga

Sedih tak dapat berjemaah di masjid dan surau semasa Ramadan? Jangan sedih, berjemaah di rumah dalam musim PKP ini juga akan dapat pahala sama seperti berjemaah di masjid dan surau insyaAllah mudah-mudahan.

Pastikan tertib susunan saf berjemaah agar kita mendapat pahala sempurna.





Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sejadah by MYsejadah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Sejadah by MYsejadah:

Share