Dakwah Tabligh

Dakwah Tabligh Islam untuk semua JIN & MANUSIA !!! FB/TT/IG/YT/Threads : Dakwah Tabligh
Telegram : t.me/dakwahtablighmalaysia

Kematian abang long Ejay Da'ie (ZAIFUL BAHARI BIN MAT DAUD) ..sebak sgt saya rasa.kerana beliau mewarnai kehidupan saya ...
31/08/2026

Kematian abang long Ejay Da'ie (ZAIFUL BAHARI BIN MAT DAUD) ..sebak sgt saya rasa.kerana beliau mewarnai kehidupan saya . seringkali teman saya waktu keluar Dakwah..pernah keluar 40 hari dgn saya.. Beliau kuat khidmat masak untuk Taam Jemaah.. saya bawa beliau masak di Mohalla surau taman saya..bawa balik p**ak ke Mersing , masak untuk orang Mersing..saya balik keluar dakwah, beliau selalu khidmat urutkan badan ..pertama kali beliau pergi umrah ialah dgn kami pada tahun 2015 sekali dgn arwah Tan Sri Pahmin Rejab .. Allahuakhbar..semua jadi kenangan..

sebelum ni beliau sakit kuat .kemudian Alhamdulillah sembuh 2 bulan lalu terus beliau keluar Dakwah 40 hari tanda syukur pada Allah SWT ..balik keluar minggu lalu isterinya meninggal dunia.. kesedihan itu menjadi asbab beliau sakit semula di bawa ke ICU...di pagi hari merdeka ini beliau meninggal dunia..merdeka dari penat nya dunia .moga berehatlah abang long di negeri Akhirat..Ya Allah ampunilah dosa abang long . terimalah segala amal kebaikan beliau di dunia ini..

Cerita : US KHAN DA'IE

الفاتحه
إنا لله وإنا إليه راجعون

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه وَأَكْرِمْ نُزُلَه وَوَسِّعْ مُدْخَلَه وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّه مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه وَأَدْخِلْه الْجَنَّةَ وَأَعِذْه مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ و مِنْ عَذَابِ النَّارِ .

3 Hari Je 😭 “Abang… pergilah.”Mungkin hanya dua perkataan itu yang keluar dari bibir seorang isteri. Namun di sisi Allah...
27/08/2026

3 Hari Je 😭

“Abang… pergilah.”

Mungkin hanya dua perkataan itu yang keluar dari bibir seorang isteri. Namun di sisi Allah, ia mungkin lebih berat daripada emas memenuhi bumi.

Aku pernah melihat seorang suami berdiri di hadapan pintu rumah. Beg sudah siap diikat. Hati sudah lama mahu ke jalan Allah. Tetapi kaki masih berat melangkah.

“Boleh ke saya pergi tiga hari?”

Dia bertanya perlahan.

Isterinya hanya diam. Dia tahu, jika suaminya pergi, segala urusan rumah akan dipikul seorang diri. Anak-anak. Makan minum. Penat. Letih. Sunyi.

Air mata mula bergenang.

Suaminya menyangka isterinya akan menghalang.

Namun selepas beberapa ketika, isterinya mengangkat wajah lalu berkata,

“Pergilah abang… Jangan risaukan kami. Allah yang menjaga kami selama ini, Allah juga yang akan menjaga kami ketika abang tiada.”

Suami itu terus menangis.

Bukan kerana sedih meninggalkan rumah.

Tetapi kerana Allah mengurniakan seorang isteri yang sanggup melepaskan orang yang paling disayang demi agama-Nya.

Tiga hari mungkin terasa lama di mata manusia.

Tetapi di sisi Allah, ia mungkin menjadi sebab sebuah keluarga dipilih menerima hidayah, ketenangan dan keberkatan yang tidak mampu dibeli dengan wang.

Wahai para isteri…

Mungkin suami tidak membawa p**ang hadiah mahal selepas p**ang dari ijtimak.

Mungkin tiada bunga, tiada emas, tiada wang bertambah.

Tetapi jika p**angnya dia dengan hati yang lebih lembut, solatnya lebih terjaga, akhlaknya lebih baik, lidahnya lebih banyak berzikir, bukankah itu hadiah paling mahal untuk sebuah keluarga?

Harta boleh dicari.

Pangkat boleh dikejar.

Tetapi suami yang semakin hampir kepada Allah adalah nikmat yang tidak semua orang miliki.

Jika hari ini suami meminta izin menghadiri Ijtimak Melaka pada 14, 15 dan 16 Ogos 2026 di Masjid Al-Azim, jangan terus melihat kepada tiga hari dia tiada di rumah.

Lihatlah kepada puluhan tahun yang mungkin berubah selepas dia kembali.

Mungkin tiga hari itu menjadi titik mula seorang ayah yang membimbing anak-anak ke masjid.

Mungkin tiga hari itu menjadi sebab sebuah rumah dipenuhi bacaan al-Quran.

Mungkin tiga hari itu menjadi sebab Allah merahmati seluruh ahli keluarga.

Dan andai seorang isteri memujuk suaminya dengan penuh reda,

“Pergilah abang… Aku reda kerana Allah.”

Insya-Allah, setiap langkah suami menuju rumah Allah, ada bahagian pahala yang Allah kurniakan kepada isteri yang meredainya.

Semoga Allah menjadikan setiap pengorbanan kita, walaupun kecil di mata manusia, besar nilainya di sisi-Nya. Aamiin..🤲🏻

25/08/2026

Allahuakhbar..Tokoh Maulidur Rasul Malaysia tahun ini ialah Hazrat Sheikhul Hadis Tn Guru Maulana Abdul Hamid Al-Hafiz...seorang tokoh yg selayaknya yg telah berjuang habis-habisan dalam menyambung Dakwah Rasulullah Saw dan mengajar Hadis Sahih Bukhari mengembangkan Sunnah melahirkan Ulama sudah hampir 26 tahun tenggelam dalam Cinta Sahih Bukhari... Semoga Allah SWT merahmati Hazrat Tn Guru Maulana...amin...

Bayan khas Ulama' Ijtimak SelatanHazrat Sheikhul Hadis Maulana Abdul Hamid db Di Masjid Al-Azim Masjid Negeri Melaka  _t...
24/08/2026

Bayan khas Ulama' Ijtimak Selatan

Hazrat Sheikhul Hadis Maulana Abdul Hamid db

Di Masjid Al-Azim Masjid Negeri Melaka
_tulisan oleh Us Farkhan Daie_

Saya memohon keuzuran di depan tuan² ini bukanlah ceramah, tapi sekadar muzakarah buat tuan² yg tuan rumah bahkan para penceramah di sini , tuan² lebih tahu sebab tuan² adalah Tuan rumah..

Allah SWT dgn kurnia Nya telah memilih segelintir Umat yg di beri ilmu Agama dan dapat menyampaikan Agama.

Tak semua orang di pilih belajar Agama sampai habis .Ada yg sakit tak habis belajar .ada yg tak cukup duit tak habis belajar.ada yg bapa hantar ,ibu ambil dari madrasah.ada yg ibu hantar, ayah bawa balik.ada yg pandai tapi bila cuti terus tak balik madrasah.jadi madrasah p**a kena pening fikir tentang dia.jadi berbagai ehwal.

Di kalangan tuan² ialah orang yg mempunyai Sanad pengajian antaranya dalam bidang hadis yg sampai terus hingga pada Rasulullah Saw..Nabi Saw umpamakan Ilmu seperti Hujan.

وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنْ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتْ الْمَاءَ فَأَنْبَتَتْ الْكَلَأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ
وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتْ الْمَاءَ فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لَا تُمْسِكُ مَاءً وَلَا تُنْبِتُ كَلَأً فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ

“Perumpamaan petunjuk hidayah dan ilmu yang Allah mengutusku dengan membawanya adalah seperti hujan lebat yang jatuh ke bumi.

Di antara tanah itu ada jenis yang dapat menyerap air sehingga dapat menumbuhkan rumput dan tumbuhan yang pelbagai. Ada p**a tanah yang keras tidak menyerap air hingga bertakungnya air sehingga dapat diminum oleh manusia, haiwan ternak dan untuk menyiram tanaman.

Ada juga permukaan tanah yang berbentuk lembah yang tidak dapat menahan air dan juga tidak dapat menumbuhkan tanaman. Begitulah perumpamaan orang yang belajar Agama, memahami agama Allah dan dapat memanfaatkan apa yang aku diutus dengannya, dia mempelajarinya dan mengajarkannya.

Begitu juga perumpamaan orang yang tidak dapat mengangkat darjat untuk berfikir dan tidak mahu menerima hidayah Allah dengan apa yang aku diutus dengannya dia umpama tanah yang tidak menakung air dan tidak subur”.

Taklim ada 3 syarat:
1) suhbah .Para Sahabat bersuhbah dgn Baginda Saw.berdamping.Punya dahsyat kesan Suhbah hingga di himpunkan seluruh wali² qutub ke Ghaus ke tak kan dapat menandingi seorang Sahabat .walaupun dia pernah seketika duduk dgn Nabi Saw.

2) Inabah. ar-ruju.sentiasa kembali bertanya dan merujuk .Inabah bertaubat kepada Allah SWT dan ruju kepada para Ulama . kemudahan media yg ada pada hari ini menjauhkan umat dari Ulama.menjadi tanggungjawab Ulama' untuk usaha mghilangkan kejahilan pada Umat . perlu ada ikhtilat antara Ulama' dan Awwam.

3) Talaqqi ikhtilat antara Ulama' dan Awwam.

Jemaah ulama bergerak nampak kejahilan umat.sebab itu ulama bukan keluar 4 bulan tapi setahun 3 kali secara berselang seli.Bila jemaah beri karguzari balik keluar di balkan.ramai orang Islam yg tak pandai wudhu walhal ini asas anak kita yg kecik pun tahu.

Dengar karguzari kita sedih tapi ini tak sama.kerana cuma dengar khabar.kita perlu merasai . mengalami.sebab itu kena keluar jalan Allah SWT.

Nabi Musa As tinggalkan Kaumnya 40 hari , kaumnya telah sesat.Nabi Musa As dapat karguzari dari Allah SWT sendiri.tapi lebih sedih lagi bila Nabi Musa sendiri tengok depan mata setelah turun dari Tursina.Tak sama walaupun Allah SWT sampaikan pada Musa berbanding dgn turun sendiri tengok.sedangkan Nabi Musa As ialah Ulul Azmi .

Para Ulama kena keluar bergilir-gilir.supaya mereka beri peringatan pada Umat mereka .perlu wujudkan ikhtilat antara Awwam dan Ulama.usaha batil pisahkan guna alat untuk jauhkan Ulama' dan Awwam .Hingga orang rujuk dgn alat .tak rujuk ulama dah.akhirnya orang awam jadi jahil muraqab.dia tak tahu dia jahil.

Dalam etika Dr ,selagi Dr tak tengok pesakit , Selagi tu siapa pun tak boleh bagi ubat hingga Dr datang.

Ini baru penyakit jasmani.Dr kena jumpa pesakit.inikan p**a rohani tanpa dia jumpa.Masyaikh kita dari Nizamuddin mengatakan, Dakwah dan Taklim adalah perkara yg berbeza.

Dakwah dan taklim adalah lazim malzum.saling memerlukan antara satu sama lain.Nabi Saw sampaikan apa yg Nabi terima wahyu dari Allah SWT.

ۖوَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ ۚ

Di Haji Wida' , Nabi Saw telah bertanya, adakah aku telah Sampaikan?

Para sahabat menjawab
نَشْهَدُ أَنَّكَ قَدْ بَلَّغْتَ الرِّسَالَةَ، وَأَدَّيْتَ الْأَمَانَةَ، وَنَصَحْتَ الْأُمَّةَ

Kami jadi saksi .Kamu telah sampaikan..

Ada 2 keadaan umat :
1) yg ada keinginan nak belajar Agama
2) yg langsung tiada Keninginan nak belajar Agama.yg ni peratus ramai di luar .kita lah perlu jumpa mereka.bimbing mereka.

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ
Orang kafir di tanya kenapa kamu masuk Neraka?

Mereka menjawab
قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Kerana kami tak solat.

Bayangkan orang kafir tak solat pun di tanya . apatahlagi orang Islam yg wajib Solat.

Maka kitalah perlu jumpa Umat ini .

Kelompok Para Sahabat yg Alim nama al-Asy'ariyyun..tapi ada orang kampung yg tak jauh dari kampung al-Asy'ariyyun ada yg jahil.Nabi Saw tegur.mereka menjawab , orang kampung tu tak nak datang belajar dgn kami .Nabi Saw nasihat lagi , barulah Asya'iriyyun faham tanggungjawab mereka untuk jumpa umat.mereka minta masa tempoh dari Nabi Saw setahun untuk ajar Agama pada Umat.dari inilah dalil keluar setahun.

Khalwat Mey ibadat.
Ulama ketika berseorangan sibuk dgn ibadat dan takut pada Allah SWT.

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
Ulama perlu bergilir-gilir bagi masa di Masjid untuk ajar umat.

"الدِّينُ النَّصِيحَةُ." قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: "لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ."

Agama itu Nasihat.mengharapkan kebaikan.

Bila Ulama beri masa di Masjid , orang Awwam akan dapat belajar terus dgn Ulama dalam takmir Masjid.Negara yg sungguh-sungguh buat takmir masjid ni, maktab Quran dan masjid mereka hidup.

Masyaikh kita suruh buat madrasah di Masjid.Bentang jaga Agama zaman ini ialah Madrasah.

Zaman saya tahun 60 an susah nak jumpa Hafiz Quran.berkat orang tua² kita keluar jalan Allah pergi ipb, hari ni punya banyak Hafiz Quran.yg jadi Ulama pun ramai.yg keluar setahun pun ramai.masa saya keluar setahun , kami bertiga je dari Malaysia.sekarang seratus lebih jemaah setahun .

Bila bergerak tengok keadaan umat, Ulama yg dah keluar tengok, mereka kata kalau kena keluar 5 tahun dia sedia untuk bimbing Umat.

Di India , 300 juta orang Islam .walaupun Ulama ramai tapi ribuan murtad . Bayangkan kemurtadan di tempat lain .Parah .kita perlu beri tumpuan pada remaja.syabab.luangkan masa dgn mereka.insyAllah semua anak muda akan datang pada Agama.jika tidak ,bathil sedang usaha nak sembelih Iman mereka.

Ijtimak kita ini untuk kita keluar jalan Allah SWT.Bukan saja² kumpul di sini.maka zahirkanlah azam tuan² semua.

23/08/2026

Alhamdulillah Selesai Sudah Ijtimak Pahang & Negeri Sembilan Di Kuantan Dan Jom Kita Ke Ijtimak Seterusnya.

IJTIMAK TIMUR
MASJID TAMAN ILMU TEMBILA BESUT
27 -- 29 Ogos(Khamis - Sabtu)

IJTIMAK UTARA 1
MADRASAH PINANG JAYA MARKAZ TABLIGH JITRA
4 - 6 September (Jumaat - Ahad)

IJTIMAK UTARA 2
MASJID SULTAN YUSSUF IZZUDIN SHAH SERI ISKANDAR BOTA PERAK
11 -- 13 September (Jumaat - Ahad)

IJTIMAK KUALA LUMPUR
TANAH LAPANG CYBER 10 SEPANG SELANGOR
18 -- 20 September(Jumaat -- Ahad)

IJTIMAK SABAH
MEDAN IJTIMAK PALM HEIGHT LAHAD DATU SABAH
25 -- 27 September (Jumaat -- Ahad)

IJTIMAK SARAWAK
SURAU DARUL MUTTAQIN MARKAZ TABLIGH KUCHING
2 -- 4 Oktober (Jumaat -- Ahad)

22/08/2026

🕌 Sukacita dimaklumkan bahawa Ijtimak Pahang 2026 (ZON TENGAH) akan diadakan & dijemput kepada seluruh kaum muslimin di negeri Pahang dan luar daripadanya.

🫡 Mari sama-sama kita tumpukan langkah untuk mengimarahkan majlis ilmu, zikir, dan ukhuwah ini.

📌 MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh: 21, 22 & 23 Ogos 2026 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Masa: Bermula Lepas Asar (Jumaat) sehingga Zohor (Ahad)

Tempat : Perkarangan Madrasah Tahfiz Raudhatul Iman, Jalan Sungai Lembing, Kampung Padang Kuantan, Pahang Darul Makmur.

🌟 ATUR CARA & PENGISIAN
Majlis Ta'lim & Tazkirah.
Tadarus & Pembelajaran Al-Quran.
Sesi Bayan & Perkongsian Agama.
Amal Makruf Nahi Mungkar serta Doa Selamat buat Ummah.

🤲 AJAKAN & SERUAN
Kehadiran muslimin seluruh Pahang dialu-alukan. Luangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai bagi memperkukuhkan ikatan silaturahim sesama Muslim serta mencari redha Ilahi.

20/08/2026

Daie tak terkesan dengan suasana. Dakwah di mana sahaja. Tak kira masa, waktu dan tempat. Sampaikan walaupun sepotong ayat. - Syafiq Mohsin

Tun Mohd Ali Rustam turut hadir memeriahkan Ijtimak di Masjid Al-Azim, Melaka baru² ini.Beliau berkesempatan menunaikan ...
19/08/2026

Tun Mohd Ali Rustam turut hadir memeriahkan Ijtimak di Masjid Al-Azim, Melaka baru² ini.

Beliau berkesempatan menunaikan solat Asar secara berjemaah, sebelum duduk bersama-sama para jemaah untuk mendengar ceramah dan pengisian agama.

Suasana penuh ketenangan dan kebersamaan, apabila pemimpin bersama rakyat duduk dalam satu majlis ilmu dan menghayati pengisian agama bersama-sama.

Semoga majlis ini terus membawa keberkatan, mengeratkan ukhuwah, memberi manfaat dan menjadi asbab hidayah kepada seluruh umat Islam. Masha-Allah. 🤲🏻

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dakwah Tabligh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share