26/08/2017
CNP
Untuk para pelajar saya yang akan bergraduan, bila sudah bekerja nanti berhati-hatilah mengendalikan kewangan. Punca utama stress masih lagi masalah kewangan. Di peringkat nasional mahu pun global. Sedikit panduan:
1- berhati-hati ketika diminta menjadi penjamin untuk saudara-mara, sahabat-handai, dan rakan-taulan. Risiko menjadi penjamin ini sangat besar. Bila orang yang dijamin lari atau ditimpa musibah, jumlah bayaran yang mereka berhutang, kalianlah yang akan menyambung bayarannya.
2- bila kalian mula bekerja, ada ibubapa yang sudah mula berpencen. Mereka teringin menukar kereta. Tetapi ada jenis pinjaman kereta yang tidak melayakkan ibubapa menjadi pembelinya. Mereka akan meminta nama kalian sebagai pembeli dan mereka yang membayarnya. Boleh. Tetapi kalian perlu sedar, di dalam laporan kredit, kalian yang bertanggungjawab di atas sejarah pembayaran dan sebagainya. Bantu ibubapa memantau bayaran bulanan. Kadang2 mereka lupa. Apatah lagi apabila mereka sibuk membayar yuran adik yang akan menyambung pengajian.
3- Jangan berkongsi nama untuk membeli rumah dengan adik beradik kita. Tinggi risikonya sebab bila kita sudah berkahwin nanti dan memerlukan wang, urusan menjual rumah bukan urusan sehari dua. Bukan itu saja, bila ada perselisihan faham adik beradik, isu ini boleh menjadi perang saudara.
4- I love you and you love me too. Katanya ler. Belum ada ikatan yang sah dan k*t setakat bercinta sejak dari matrikulasi dan kini kalian sudah bekerja, belum wajib lagi membantu si dia membayar bayaran kereta bulanan Honda City idaman. Apatah lagi untuk membayar Ptptn si dia. Ini ibaratnya burung terbang sudah dipipiskan lada. Tak payahlah saya huraikan secara panjang lebar ya. Kalian sudah dewasa.
5- yang ni sama macam no 3. Cuma no 5 ni, bagi nama saja. Kongsi nama. Bayar bulan-bulan abang/kakak yang bayar. Kalian jatuh bankrup atau sebaliknya, dua-dua berisiko kehilangan harta. Kau tarik aku, aku tarik kau, moh ler kita tenggelam bersama.
6- Buat pinjaman peribadi perlu berhati-hati. Kalian kena perlu kira dan memahami apa maksud kadar keuntungan 4.5% sahaja. Kena darab dengan jumlah tahun yang dipinjam ya. Cubalah kira. Ramai clients saya yang ternganga. Terima kasihlah kat bank negara sebab sudah hadkan pinjaman ke 10 tahun sahaja. Dulu boleh pinjam sampai 20 tahun kome!
7- Gaji suami RM7k, gaji isteri RM7k juga. Pergi beli kondo yg harganya RM1.1 juta ni tak berapa bijak. Tambahan p**a baru beberapa tahun bekerja. Ekonomi meleset nak ya. Nak jual balik rumah untuk harga yg menguntungkan, mmg lambat la. Ibubapa nak sakit dan memerlukan rawatan yang beratus ribu tak mengira masa.
8- bersederhanalah sayang. Simpan pelan-pelan. InsyaAllah satu hari nanti dapat juga kalian beli apa yang didamkan. Bila sudah cukup simpanan.
Boleh share
Dekan
Pusat Pembangunan Pelajar
UNIMAS
26 Ogos 2017
Bintulu