11/02/2026
Aku Sebagai Isteri Kpd Org Tabligh
Sebelum2 ini adakalanya aku terdengar kisah² kurang enak tentang nasib isteri org tabligh so di sini biar aku ceritakan kisah aku p**a utk membetulkan mana2 persepsi yg salah.
1) Suami tinggal isteri terkontang kanting.
Perkara ini TIDAK pernah terjadi dlm keluarga aku mahupun keluarga² yg aku kenal (aku kenal ramai). Suami² sebelum mereka ikut jemaah 40 hari mahupun yg lebih lama, mereka selalunya beli stok makanan minuman bertimbun² utk isteri & anak² (nak mudahkan isteri). Suami aku beli stok sampai penuh almari & freezer, aku yg pening mcm mana nak simpan semua ni. Kawan² aku pun sama, bila suami dorang ikut jemaah 40h atau 4 bulan ke misalnya, maka aku sibuk la sms tanya nak tolong beli apa2 tak? Hampeh semua. Semuanya kata tak payah sebab Suami dah siap shopping awal2. Kalau dorang nak suruh beli pun cuma susu ke @ buah ke sebab benda2 tu habis @ boleh basi.
Jadi ,aku & kawan² sememangnya tak pernah jumpa lagi isteri yg suaminya selamba tinggal tak bagi bekal. Usually kalau isteri tu jenis s**a drive sendiri pegi kedai, Suami tak payah beli b*k sgt & cuma tinggal Duit Nafkah saja.
Suami aku Alhamdulillah dia beli bekal makanan & tinggal jugak Duit Nafkah & access ke Bank dia. Kalau ada suami yg tinggal tanpa Nafkah, maka dia telah gagal mematuhi tertib & peraturan. Benda ni sgt dititikberatkan oleh elders sebelum lelaki tu join apa2 jemaah sekalipun. Kes² terpencil mungkin ada, cuma jarang lah aku dengar
2) Suami Tinggal Takde Khabar Berita
Selalunya kami tahu dia & jemaah dia ke mana. Di celah² jadual dia, dia akan sms @ call (selalunya hantar surat!) tanya khabar & cerita sikit perkembangan dia. Kalau diorang tulis surat, memang pakai tangan je & pakai kertas2 yg dikoyak dari buku nota, agak romantiklah rasanya bila terima
3) Tinggal Isteri –> Dera Emosi
Tak pun sebenarnya, langsung tak terdera. Ok dia macam ni. Masa tengok dia packing baju & masa dia nak turun dari rumah tu, memamglah sebagai isteri kita rasa sayu. Maklumlah, kalau keluar di jalan Allah ni, kita tak tahu dia akan balik ke tak, adakah syahid di pertengahan? So mesti la sayu sikit.
Tapi pengalaman aku la kan. Pada saat dia nak turun rumah tu, akan terasa satu sakinah dlm rumah (ketenangan) yg tak blh nak describe dgn perkataan. Rasa tenang. & apabila dia dah pergi, apabila dia dah memulakan susah payah dia dlm berkorban di jln Allah…
ok ni kena buat perenggan lain
4) KESAN pada anak²
Selama dia pergi tu, akan terjadi PELBAGAI perkara baik terhadap anak². Adakalanya terjadi perkara yg ajaib, yg tidak dpt dijelaskan oleh logik. Akhlak anak² jadi terbentuk, masalah2 yg dahulunya kita laki bini pening , banyak yg selesai SEMASA suami sedang berkorban di jln Allah
Ni bukan 1 kali terjadi, tapi banyak kali
Masa suami tengah susah payah buat 40hari tu la selesai perkara2 yg sebelum itu kita buntu tentang anak. Tarbiyah anak² seolah² dibuat direct oleh Allah swt. Seolah² Allah swt mentarbiyah anak2 itu secara langsung
Ilmu agama & duniawi anak2 turut meningkat semasa tempoh itu. Sebab itu apabila Suami balik rumah semula, kami isteri2 ni sibuk nak cerita semua perkara menakjubkan ini, sibuk nak update dia yg anak ni tiba2 dah XX, anak itu & suami pun mendengar dgn penuh gembira.
Sebab itu, tiap kali Suami nak pegi 40h ke @ 4 bln ke, walaupun rasa sayu pd permulaan, tapi Allah gantikan pengorbanan emosi itu dgn kebaikan² ini. Bukan anak saja dpt kebaikan malah isteri juga merasai perkara² yg tidak pernah dipelajarinya, isteri juga belajar ilmu² yg tidak pernah dihafal di sekolah @ kelas. Rasa mcm Allah tarbiyah secara langsung.
5) Pengalaman suami
Suami pun bila balik, gigih bercerita pengalaman jemaah dia . Masuk p**au keluar p**au, masuk kampung keluar kampung, berapa ramai peluk Islam & sbg nya. Selalunya suami elak cerita apa2 yg tidak manis, kalau ada perselisihan sekalipun dlm jemaahnya , tidak akan dicerita sebab prinsipnya ialah hanya kebaikan org saja yg dicerita.
Ada banyak perkara menakjubkan yg terjadi selama bebrapa kali suami pegi 40h atau 4 bln tapi terlalu panjang utk cerita. Tapi, secara umumnya , masa Suami pergilah para isteri belajar mcm mana utk bergantung 100% kpd Allah
Selalunya masa suami ada di rumah, bila susah sikit memang cerita kat suami @ mintak suami beli/cari. Jadi kita adakalanya sedikit terlupa bahawa apa2 pun, turn to Allah 1st. Bahawa sepatutnya, MINTA kat Allah dulu, adu kat Allah dulu. Tapi selalunya sbb suami tu depan mata, maka adu kat dia aje la
Apabila suami ke jln Allah, maka ia spt tapak latihan utk belajar baiki pergantungan itu. Bila susah , adu pd Allah.
Ternyata, acapkali pertolongan Allah itu dekat. Hendak sekali saya kongsikan insiden2 yg telah berlaku tapi tak larat nak taip lagi. Perkara ini dialami bukan saja oleh saya tetapi juga oleh isteri² lain yg biasa menggalakkan suami keluar di jln Allah (redha spy suami pergi).
Baiklah sampai di sini dahulu cerita saya. Semoga Allah ampunkan umat kita & sebar hidayah ke seluruh alam. Semoga Allah swt jadikan kita (para pembaca) & keluarga kita asbab hidayah buat seluruh alam.
Perkongsian ini tidak ada langsung niat utk mengatakan usaha ini adalah lebih baik daripada mana² usaha agama yg lain, malah insan² dlm usaha ini juga tidak terlepas daripada kealpaan & kesilapan individu/kump**an. Prinsip saya, setiap usaha agama atas bumi ni tidak kira nama apa sekalipun, adalah saling melengkapi
Kelebihan yg ada pd jemaah A mungkin tiada pd jemaah B, kelemahan pd jemaah A mungkin tiada pd jemaah B. Anggaplah semuanya saling melengkapi
-Ahlia Hafidz Halim -