Masjid Jamek Kg Baru - Officials”

Masjid Jamek Kg Baru - Officials” Masjid Jamek Kg. Baru
Jalan Raja Alang, 50300 Kuala Lumpur

03/06/2026

USTAZ HAJI ABDULLAH BIN AWANG

02/06/2026

USTAZ TARIQ JAFRI

29/05/2026

Tajuk Khutbah : Raja Adil Berdaulat, Rakyat Setia Berkat

PENILAIAN STANDARD PENARAFAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN : MASJID JAMEK KAMPONG BHARU, KUALA LUMPUR20 Mei 2026 [Rabu] – P...
20/05/2026

PENILAIAN STANDARD PENARAFAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN : MASJID JAMEK KAMPONG BHARU, KUALA LUMPUR

20 Mei 2026 [Rabu] – Penilaian Standard Penarafan Masjid Wilayah Persekutuan diteruskan lagi pada hari ini menerusi sesi penilaian yang berlangsung di Masjid Jamek Kampong Bharu. Sesi penilaian tersebut telah diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan (Cawangan Audit dan Aduan), Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Encik Mohd Faizul bin Mohd Ayus bersama barisan pegawai penilai.

Kehadiran rombongan penilai telah disambut baik oleh para pegawai Masjid Jamek Kampong Bharu yang diketuai oleh Naqib masjid, Ustaz Mohamad Syamim bin Mohd Hussin

Penilaian yang berlangsung melibatkan semakan terhadap beberapa komponen utama termasuk aspek-aspek berikut :
✅️Pengurusan Organisasi
✅️Pengimarahan
✅️Kemudahan Prasarana
✅️Persekitaran Masjid

Sebagai sebuah masjid bersejarah dan institusi penting dalam pembangunan syiar Islam di ibu kota, Masjid Jamek Kampong Bharu sentiasa komited dalam memperkasakan pengurusan masjid serta memperluaskan aktiviti pengimarahan demi manfaat masyarakat setempat. Penilaian ini dilihat sebagai satu usaha berterusan dalam memastikan standard pengurusan dan penyampaian perkhidmatan masjid sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.




HEBAHAN UNTUK UMAT ISLAMMasjid dan surau di Wilayah Persekutuan TIDAK BERSETUJU dengan penganjuran program hiburan melam...
29/04/2026

HEBAHAN UNTUK UMAT ISLAM

Masjid dan surau di Wilayah Persekutuan TIDAK BERSETUJU dengan penganjuran program hiburan melampau yang boleh merosakkan nilai-nilai murni masyarakat.

Program seperti festival hiburan yang mengangkat budaya hedonisme, pergaulan bebas dan unsur-unsur yang melalaikan ini dibimbangi akan:
❗ Menjejaskan akhlak generasi muda
❗ Menghakis nilai agama dan adab
❗ Membuka ruang kepada perkara maksiat

Sebagai umat Islam, kita bertanggungjawab untuk:
✅ Memelihara iman dan akhlak
✅ Menjauhi perkara yang melalaikan
✅ Menyokong usaha menjaga keharmonian masyarakat

🇲🇾 Malaysia sebagai negara yang menekankan nilai kesederhanaan, adab dan kesejahteraan hidup bersama.

Marilah kita sama-sama memainkan peranan:
🔹 Menasihati dengan hikmah
🔹 Menjadi contoh yang baik
🔹 Memelihara suasana masyarakat yang berkat dan harmoni

“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara kebajikan dan takwa…” (Al-Maidah: 2)

27/04/2026
10/04/2026

USTAZ DR. MUHAMMAD YUSRY MAZLAN

10/04/2026

Tajuk Khutbah : Hadapi Musibah Dengan Kesabaran

📅 18 Mac 2026 | Rabu🗓 29 Ramadan 1447H🌙 Selepas Solat Maghrib 📍 Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala LumpurRabu, 18 Mac 202...
18/03/2026

📅 18 Mac 2026 | Rabu
🗓 29 Ramadan 1447H
🌙 Selepas Solat Maghrib
📍 Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur

Rabu, 18 Mac 2026 – Telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Ramadhan peringkat Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur bagi tahun 1447H/2026M dengan jayanya.

Program ini dimulakan dengan bacaan al-Quran dan doa oleh para imam termasuk peserta tadarus Al-Quran yang mengambil bahagian.Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan, Ustaz Syed Abdullah bin Syed Nordin, Ketua Pegawai Tadbir Agama Zon JAWI.

Majlis Khatam al-Quran telah dilaksanakan selepas solat Maghrib dengan kehadiran kira-kira 800 orang jemaah. Selain itu, khatam al-Quran juga dilaksanakan secara bacaan dalam solat Tarawih dan Witir sebagai satu pengisian rohani yang menyemarakkan malam Ramadan.

Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran yang memberangsangkan daripada anak-anak kariah serta para peserta tadarus sepanjang Ramadan.

Semoga penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam usaha menyemarakkan pembudayaan membaca al-Quran serta memupuk kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan masyarakat.

LENSA RAMADAN 2026ISNIN | 9 MAC 2026Suasana Ramadan di Masjid Jamek Kampong Bharu terus diserikan dengan kehadiran YB Se...
09/03/2026

LENSA RAMADAN 2026

ISNIN | 9 MAC 2026

Suasana Ramadan di Masjid Jamek Kampong Bharu terus diserikan dengan kehadiran YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang berkesempatan menunaikan Solat Asar secara berjemaah bersama para jemaah.

Dalam kesempatan tersebut, beliau turut menyantuni masyarakat setempat melalui edaran Bubur Lambuk Agung Masjid Jamek Kampong Bharu, yang menjadi tradisi istimewa setiap kali menjelang waktu berbuka sepanjang bulan Ramadan.

Ketibaan beliau disambut oleh Dato' Mohd Khay bin Ibrahim, Pengerusi Masjid Jamek Kampong Bharu. Turut hadir Ustaz Syed Abdullah bin Syed Nordin, Ketua Pegawai Tadbir Agama Zon, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Semoga keberkatan Ramadan terus menyatukan kita semua dalam ibadah, kebersamaan dan kebajikan.


Address

Masjid Jamek Kg. Baru Jalan Raja Alang
Kuala Lumpur
50300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Kg Baru - Officials” posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Jamek Kg Baru - Officials”:

Share