30/05/2026
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐ฅ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ก๐ ๐ช๐๐ก๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ/๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐
Polis Daerah Dang Wangi, 29 Mei 2026 - YDH ACP Sazalee bin Hj Adam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi bersama YBhg. Puan Nor Faizah binti Abu Hassan, Pengerusi PERKEP Dang Wangi telah menyambut mesra kehadiran YDH IG Dato Seri' Hj Mohd Khalid bin Hj Ismail, Ketua Polis Negara, ke Majlis Ibadah Korban Peringkat IPD Dang Wangi bertempat di Perkarangan Lobi IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Turut hadir YDH CP Dato' Fadil bin Hj. Marsus, Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH DCP Dato' Mohamad Noor bin Yusof Ali, SUPM, semua Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai dan seramai 300 orang termasuk pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis, pegawai awam serta ahli PERKEP IPD Dang Wangi.
Majlis dimulakan dengan taklimat oleh ASP Mohammad Nawawi bin Ya'kub, Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Dang Wangi dan seterusnya, majlis diteruskan dengan simbolik acara korban dan penyampaian daging korban kepada warga IPD Dang Wangi oleh YDH ACP Sazalee bin Hj Adam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi. PERKEP IPD Dang Wangi telah terlibat secara langsung dengan aktiviti memasak, pembahagian bahagian daging korban dan seterusnya penyerahan daging korban / sumbangan kepada golongan Asnaf / Ibu tinggal serta warga kerja IPD Dang Wangi.
YDH IG Dato Seri' Hj Mohd Khalid bin Hj Ismail, Ketua Polis Negara, turut sudi menyampaikan hadiah daging korban kepada Datuk Hj. Mohamed Sirajudeen bin Mohamed Salahuden, Pengarah SMS Deen Jewellers, Datuk Nadzim Johan, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Al Fadhil Ustaz Sabran Jamil bin Abd. Razak, Ustaz Mohd Zahid bin Mahmood, Pengetua Pusat Tahfiz dan tiga orang anak - anak tahfiz dari Pusat Quran Darul Ittifaqiyah Dato Keramat Kuala Lumpur.
Majlis berlangsung dalam suasana yang penuh harmoni dan kesyukuran, diserikan dengan kehadiran para jemputan serta warga IPD Dang Wangi. Komitmen dan kerjasama semua pihak telah memastikan kelancaran serta kejayaan penganjuran majlis ini.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.