Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas

Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas "Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas ini adalah di bawah Pentadbiran JAWI dan MAIWP"

No Faks Pejabat

30/07/2026

[Kenyataan Media]

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Berkaitan Lembaga Tabung Haji




KEDAULATAN BUMI BERTUAH MALAYSIA ADALAH HAK ANAK PERTIWI.
23/07/2026

KEDAULATAN BUMI BERTUAH MALAYSIA ADALAH HAK ANAK PERTIWI.

Kenyataan Media

TOLAK CAMPURTANGAN ASING DAN TEGUH MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN MALAYSIA DARIPADA CAMPURTANGAN ASING

1. Surat daripada lapan ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) yang mendesak Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, untuk mengambil tindakan berasaskan tuduhan tidak berasas merupakan bibit campur tangan asing yang jelas mencabar kedaulatan tanah air. Sehubungan itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh pendirian tegas YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, dalam mempertahankan dasar luar negara yang berasaskan kedaulatan, prinsip undang-undang antarabangsa, nilai kemanusiaan, serta pendirian konsisten Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin yang dizalimi.

2. Malaysia secara tegas tidak pernah mengiktiraf entiti haram Israel, tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik, dan tidak ada sebarang keperluan untuk berbuat demikian. Negara kita mesti terus berdiri teguh dengan dasar luar yang bebas, berkecuali, dan berprinsip - berkawan dengan semua negara yang berdaulat, namun kekal berani menyuarakan kebenaran apabila berlaku pencabulan terhadap hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

3. Sebagai rakyat Malaysia, kami berikrar untuk berdiri teguh di belakang kepimpinan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin negara dan pejuang hak asasi sejagat. Kami bersatu hati dan bersetia untuk mempertahankan maruah, kebebasan, serta kedaulatan Malaysia daripada sebarang bentuk ancaman atau campur tangan kuasa asing.

SENATOR DR. ZULKIFLI BIN HASAN,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
22 Julai 2026 | 16 Safar 1448 Hijrah

Pihak masjid menyahut sepenuhnya hasrat dan harapan JPM (Hal Ehwal Agama) serta berusaha sedaya upaya untuk sentiasa mem...
23/07/2026

Pihak masjid menyahut sepenuhnya hasrat dan harapan JPM (Hal Ehwal Agama) serta berusaha sedaya upaya untuk sentiasa memastikan urus tadbir masjid sejajar dengan akta dan garis panduan yang diperuntukkan demi mengaplikasikan nilai taqwa dalam pengurusan dan pentadbiran.

Kenyataan Media

JPM (HAL EHWAL AGAMA) MENYOKONG PENUH TITAH DYMM SULTAN NAZRIN: MANTAPKAN TADBIR URUS DAN PEMBANGUNAN INKLUSIF BERTERASKAN MAQASID SYARIAH

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sempena Persidangan Dunia Ke-8 Pemikiran dan Tamadun Islam (WCIT 2026). Seruan Baginda agar negara Islam memperkukuh tadbir urus dan pembangunan inklusif berasaskan prinsip 'Everyone Matters' amat bertepatan dengan aspirasi Islam. Prinsip ini sejajar dengan tuntutan Maqasid Syariah dan karamah insaniah yang menuntut keadilan sosial, memelihara kemaslahatan ummah, serta menjamin kebajikan rakyat.

2. Menghayati titah Baginda bahawa tadbir urus yang baik dan telus adalah prasyarat utama kemakmuran, JPM (Hal Ehwal Agama) bertekad memastikan pengurusan institusi serta belanjawan awam dilaksanakan atas dasar integriti, itqan (kesempurnaan kerja) dan akauntabiliti. Kuasa adalah amanah Allah ﷻ yang wajib dipertanggungjawabkan dengan sikap rendah hati, mendengari keluhan rakyat, dan mengurus harta awam sebagai dokumen moral demi mengutamakan kesejahteraan ummah.

3. Sehubungan itu, JPM (Hal Ehwal Agama) menyeru seluruh agensi agama dan umat Islam untuk mempraktikkan budaya kerja yang berhemah, memperkukuh perpaduan sosial, serta membuka ruang kerjasama dan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Usaha berterusan ini amat penting bagi membina masyarakat mampan dan memartabatkan tamadun Islam yang membawa rahmat, keadilan, dan kemakmuran kepada sekalian alam.

SENATOR DR. ZULKIFLI BIN HASAN,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
22 Julai 2026 | 16 Safar 1448 Hijrah

WASPADA WABAK DENGGI Periksa kawasan kediaman dan kejiranan anda.  Bersama kita mengekang wabak ini daripada terus menul...
20/07/2026

WASPADA WABAK DENGGI

Periksa kawasan kediaman dan kejiranan anda. Bersama kita mengekang wabak ini daripada terus menular.

Mencegah denggi TANGGUNGJAWAB BERSAMA!


PERHATIAN‼️LARANGAN BUANG SAMPAH PUKAL DI TONG SAMPAH AWAM MASJIDMohon bantuan dan kerjasama para jemaah dan pengunjung ...
17/07/2026

PERHATIAN‼️

LARANGAN BUANG SAMPAH PUKAL DI TONG SAMPAH AWAM MASJID

Mohon bantuan dan kerjasama para jemaah dan pengunjung masjid agar menjadi mata-mata untuk masjid kita dengan menegur pelaku sekiranya berlaku di depan mata kita.

Kelesetarian dan kebersihan masjid tanggungjawab bersama.

Kebersihan diutamakan, keselamatan dijaga.

DIREKTORI ANGGOTA JAWATANKUASA KARIAH SESI 2026-2029MASJID JAMEK SAAD BIN ABI WAQQAS JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKU...
13/07/2026

DIREKTORI ANGGOTA JAWATANKUASA KARIAH SESI 2026-2029
MASJID JAMEK SAAD BIN ABI WAQQAS
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Berikut adalah portfolio AJK Kariah yang dilantik bagi sesi 2026-2029 berkuatkuasa 16 Jun 2026 dan berakhir pada 15 Jun 2029. Sebarang cadangan dan permasalahan berkaitan boleh ajukan kepada biro-bior yang telah ditetapkan.

Sekain, wassalam.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi WabarakatuhMuslimin yang dirahmati Allah sekalian,Pihak masjid ingin memaklumkan mengena...
03/07/2026

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Pihak masjid ingin memaklumkan mengenai Program Satu Juta Kiblat Satu Ummah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersempena Bulan Falak Malaysia Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2026.

Seluruh ahli jemaah dijemput untuk menyertai program ini bagi menyemak, mengukur, dan menandakan arah kiblat di lokasi masing-masing, sama ada di rumah, kedai, atau mana-mana lokasi yang dikehendaki. Semakan ini boleh dilaksanakan dengan mudah pada setiap hari di waktu siang dengan merujuk kepada kaedah penentuan yang sahih bagi memastikan kualiti ibadah kita bermula dengan kiblat yang diyakini.

Kempen kesedaran ini sedang berlangsung sekarang dan akan menuju ke fasa detik kemuncak melalui fenomena Istiwa’ A’zam (iaitu kedudukan matahari tepat di atas Kaabah) pada 16 Julai 2026, jam 5:27 petang.

Untuk maklumat lanjut, panduan video, dan muat turun bahan percuma, sila imbas kod QR atau layari laman web JAKIM di www.islam.gov.my seperti yang tertera pada poster di papan kenyataan masjid.

Sekian, terima kasih. Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

✨🕌📸LENSA IFTAR JAMAIE Sempena Hari Asyura 1448H
28/06/2026

✨🕌📸LENSA IFTAR JAMAIE Sempena Hari Asyura 1448H

🌙 HARI ASYURA 1448H 🌙✨🕌 Majlis Berbuka Puasa Hari Täsū'ā' dan 'Āsyūrā'*🕌✨Bersempena awal Muharram 1448 yang mulia, maril...
25/06/2026

🌙 HARI ASYURA 1448H 🌙

✨🕌 Majlis Berbuka Puasa Hari Täsū'ā' dan 'Āsyūrā'*🕌✨

Bersempena awal Muharram 1448 yang mulia, marilah bersama-sama menghadiri Majlis Berbuka Puasa Hari Tasu'a' dan 'Asyura' yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 25 & 26 Jun 2026 (Khamis dan Jumaat)
🕌 9 & 10 Muharram 1448
👳🏼👳🏻‍♂️🧕🏻 Tajaan Berbuka Jemaah Berpuasa
📍 Ruang Legar, Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur

🍽️ Menu Istimewa 9 Muharram
• Nasi Arab

🍽️ Menu Istimewa 10 Muharram
• Nasi Putih Basmathi
• Masak Lemak Udang
• Acar Ayam & Telur
• Sayur Terung Bakar Bersambal
• Ikan Masin
• Ulam-ulaman
• Kuih-muih
• Jus Buah-buahan

Semoga majlis ini menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim serta memperoleh keberkatan dan rahmat Allah SWT. Sama-sama kita doakan keberkatan dan kemurahan rezeki kepada penyumbang dan penginfaq sempena Hari Tasu'a' dan 'Asyura' ini.

“Barang siapa berpuasa pada hari Asyura, Allah akan menghapuskan dosa-dosanya setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)

✨ Selamat Menyambut Hari Asyura 1448H ✨

Address

Batu 4, Jalan Gombak
Kuala Lumpur
53000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas:

Shortcuts

Share