25/08/2026
🌹✨ Sambutan Maulidur Rasul 1448H ✨🌹
Pencarian Muazzin Muda & Huffaz Cilik Surau Asy Syakirin.
Alhamdulillah, suasana penuh barakah dan keceriaan menyelubungi Surau Asy Syakirin apabila hampir 100 orang tetamu & peserta bersama ibu bapa hadir seawal 7.30 pagi bagi menyertai Pencarian Muazzin Muda & Huffaz Cilik sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H.
🍽️ Program dimulakan dengan jamuan sarapan pagi buat para tetamu, peserta dan anak-anak sebelum majlis dibuka dengan selawat beramai-ramai ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Sdr. Iqmal Hakim.
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Surau Asy Syakirin, En. Mohamad Hafiz Ahmad, diikuti perasmian oleh tetamu kehormat Al-Fadhil Ustaz Amirul Hafiz bin Gadimin, Nakib Masjid Saidina Othman.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau menzahirkan penghargaan terhadap pengurusan Surau Asy Syakirin yang berjaya mewujudkan suasana surau yang lebih ceria, harmoni serta sentiasa berusaha memakmurkan rumah Allah dan mengeratkan silaturrahim antara jemaah serta masyarakat.
🎙️ Pertandingan Muazzin Muda telah diadakan dalam 2 kategori:
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
📖 Pertandingan Huffaz Cilik p**a melibatkan 3 kategori:
Sekolah Rendah (Lelaki)
Sekolah Rendah (Perempuan)
Sekolah Menengah(Terbuka)
Alhamdulillah, kehadiran ibu bapa dan para tetamu amat memberangsangkan. Sorakan semangat, sokongan dan doa daripada mereka menjadi pembakar semangat kepada anak-anak yang berani tampil memperdengarkan laungan azan dan bacaan hafazan Al-Quran.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta serta para pemenang, disusuli sesi bergambar sebagai kenangan indah Sambutan Maulidur Rasul tahun ini.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua para tetamu, jemputan, AJK Surau, petugas dan sukarelawan yang telah bertungkus-lumus sepanjang minggu menjayakan program ini. Semoga setiap keringat dan pengorbanan menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT.
(Part 1)