PersCode MY

PersCode MY Bestnya Life Malaysia! Mantap!!!

03/09/2025

Setiap kali melihatmu, pasti aku akan jatuh cinta lagi.

31/08/2025

Kita teguh pada Perlembagaan, bersatu demi negara tercinta.

“PAS HINA & KHIANAT terhadap NEGARA!”Ini bukan lagi silap teknikal atau kecuaian kecil yang boleh dibiarkan begitu sahaj...
13/05/2025

“PAS HINA & KHIANAT terhadap NEGARA!”

Ini bukan lagi silap teknikal atau kecuaian kecil yang boleh dibiarkan begitu sahaja! Ini adalah satu serangan langsung terhadap maruah dan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai! Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan sengaja, atau lebih buruk lagi dengan niat yang jelas, telah melakukan penghinaan terhadap bendera Malaysia dengan mencetak bintang 11 bucu – sedangkan bendera negara kita yang sah, yang selama ini menjadi simbol perjuangan dan kedaulatan negara, mempunyai bintang 14 bucu!

Bagaimana mungkin sebuah parti yang kononnya memperjuangkan agama, bangsa, dan negara boleh terlupa atau lebih teruk lagi dengan sengaja memanipulasi bentuk bendera yang begitu signifikan dengan sejarah kemerdekaan negara kita? Sebuah parti yang menuntut untuk menjaga maruah agama dan bangsa seharusnya lebih mengerti, lebih memahami dan menghormati simbol kebangsaan yang telah sekian lama menjadi kebanggaan kita! Tetapi kini, mereka dengan sengaja merendahkan martabat bendera negara ini! Perbuatan ni terang-terangan mencabar kedaulatan negara kita!

Bendera Malaysia bukan sekadar sehelai kain! Ia adalah simbol pengorbanan, perjuangan, dan perpaduan kita sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Sejak 1957, bendera ini telah berkibar di langit, membawa semangat, maruah, dan kebanggaan bangsa Malaysia di mata dunia. Tetapi kini, simbol kebanggaan negara kita itu dipermainkan dengan begitu hina oleh mereka yang sepatutnya melindungi dan menjunjungnya!

Tidak alasan boleh diterima untuk tindakan tidak bertanggungjawab ini. PAS, sebuah parti yang sepatutnya lebih memahami soal agama dan negara, tidak boleh terlepas begitu sahaja dari tanggungjawab untuk menghormati dan menjaga maruah negara. Bendera Malaysia yang melambangkan perpaduan antara pelbagai kaum dan agama, kini diinjak-injak tanpa rasa hormat!

Tindakan ini jelas tidak boleh dibiarkan begitu sahaja! Ini bukan sekadar soal politik atau perbezaan ideologi, ini adalah soal maruah negara, soal kedaulatan yang telah diperjuangkan dengan darah dan air mata oleh nenek moyang kita! Ini adalah satu penghinaan yang terang-terangan terhadap seluruh rakyat Malaysia, satu percubaan untuk merosakkan keharmonian dan perpaduan yang telah dibina selama ini!

Tindakan segera harus diambil untuk memastikan bahawa isu ini tidak berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pembelaan! Kami menuntut supaya PAS DIBUBARKAN dan DIHARAMKAN kerana mereka yang bertanggungjawab atas penghinaan ini tidak layak untuk terus berada dalam politik negara yang kita cintai!

Lebih dari itu, pihak yang bertanggungjawab atas cetakan bendera ini WAJIB dihukum dengan setimpalnya! Kewarganegaraan mereka harus dilucutkan! Ini bukan lagi sekadar gurauan atau kekhilafan, tetapi satu perbuatan yang menggugat kedaulatan negara dan maruah seluruh rakyat Malaysia. Ini adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan!

YDPA dan pihak berkuasa, kami menuntut tindakan tegas! Ini adalah soal maruah negara, soal integriti, dan soal perpaduan bangsa Malaysia! Jangan biarkan perkara ini berlalu begitu sahaja! Bangkitlah demi negara kita yang tercinta! Kita adalah Malaysia, dan Malaysia tidak akan biarkan sesiapa menghina simbol-simbol kebangsaannya!

゚viralシfypシ゚viralシalシ

10/05/2025

Lokasi: FamilyMart Nilai

FamilyMart Malaysia jual barang dan makanan yang rosak ❌
“Haiwan” rosakkan barang & makanan FamilyMart Malaysia ✅

゚viralシfypシ゚viralシalシ
FamilyMart Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memohon maaf atas kesilapan dalam memaparkan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis...
24/04/2025

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memohon maaf atas kesilapan dalam memaparkan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM. KPM menyatakan bahawa kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah simbol kebesaran dan kedaulatan negara yang perlu dihormati.

Namun, persoalan timbul: Bagaimana kita boleh membela bangsa kita jika orang kita sendiri yang bekerja di bawah kerajaan tidak dapat menghormati dan menjaga simbol negara?

Jalur Gemilang bukan sekadar bendera, ia adalah simbol maruah dan kedaulatan Malaysia yang patut dipertahankan oleh setiap individu di negara ini. Jika golongan yang memegang jawatan dalam kerajaan sendiri gagal menunjukkan rasa hormat terhadapnya, bagaimana kita boleh berbicara tentang pembelaan bangsa?

Lebih penting lagi, mari kita fikirkan tentang kuota dalam jawatan kerajaan. Jika kita terus membiarkan kuota menghalang peluang berdasarkan merit dan kebolehan, kita sebenarnya sedang menghalang kemajuan negara. Rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, perlu diberi peluang yang adil dan saksama untuk memimpin, mengurus, dan menjaga maruah negara.

Mari kita desak kerajaan untuk menghapuskan kuota dalam jawatan kerajaan supaya setiap rakyat diberi peluang berdasarkan kebolehan dan bukan kerana faktor selain kelayakan. Hanya dengan cara ini, kita dapat memastikan yang mereka yang berada dalam jawatan kerajaan benar-benar menghormati negara, simbolnya, dan rakyatnya.

Ini juga adalah masa untuk kita bersama-sama mendesak tindakan yang sewajarnya daripada Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan. Kesilapan sebegini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, kerana ia melibatkan simbol kebanggaan negara kita yang seharusnya dihormati dan dipertahankan!


02/04/2025

MEKDI BAGI FREE MEALS KEPADA USERS BOIKOT?!

Masih ad lagi yg boikot k? 🤔 😂
Barang baik ni… teruskan boikot k tak ni… mekdi kasi FREE meals kpd akaun yg kuat boikot… jangan lupa semak kat app Mekdi korg ya…

Pengguna yg support mekdi CONFIRM tak dapat FREE la! Kesian yg support, Haha 😂

゚viralシfypシ゚viralシalシ

Original ✅ Modifikasi ❌       ゚viralシfypシ゚viralシalシ
09/03/2025

Original ✅
Modifikasi ❌

゚viralシfypシ゚viralシalシ

05/03/2025

Malaysia = Bahasa Malay ❌
Malaysia = English, Bahasa, Cina, Tamil ✅

Boikot Starbucks ❌
Boikot Penang Chendul ✅

゚viralシfypシ゚viralシalシ

Penang Chendul

Demi rakyat ❌ Demi bangsa ❌ Demi agama ❌ Demi negara ❌ Demi maruah ❌ •Demi diri ✅ Demi keluarga ✅ Demi anak cucu ✅ •    ...
03/03/2025

Demi rakyat ❌
Demi bangsa ❌
Demi agama ❌
Demi negara ❌
Demi maruah ❌

Demi diri ✅
Demi keluarga ✅
Demi anak cucu ✅


Pemuda ditahan kes budak perempuan nyaris dir0g0I dalam masjid!!!Dalam video yang dikongsikan, kelihatan pelaku yang mem...
24/02/2025

Pemuda ditahan kes budak perempuan nyaris dir0g0I dalam masjid!!!

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan pelaku yang memakai baju berwarna kuning dan berkopiah mengintai di sebalik pintu gelongsor (sliding door) pada ruangan solat jemaah perempuan dan menunggu Waktu sesuai sebelum bertindak.

Ketika jemaah sedang sujud, pelaku berkenaan dengan pantas mengangkat mangsa yang solat bersendirian di saf kedua jemaah wanita.

Mangsa dibawa ke ruangan lain di masjid berkenaan sebelum dicabul.

Sumber Berita:
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2025/02/21/pemuda-ditahan-kes-budak-perempuan-nyaris-dirogol-dalam-masjid

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PersCode MY posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share