Masjid Berchang

Masjid Berchang Boleh menyumbang melalui akaun:
🕌 Masjid Kampung Berchang
💳 8005454933 (CIMB Bank)

Alhamdulillah, qariah Masjid Berchang tetap hadir memeriahkan Iftar Perdana hari ini walaupun hujan lebat turun hampir d...
07/03/2026

Alhamdulillah, qariah Masjid Berchang tetap hadir memeriahkan Iftar Perdana hari ini walaupun hujan lebat turun hampir dengan waktu Maghrib.

Syukur dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini, daripada petugas persiapan tempat, sukarelawan dapur, penyedia makanan, sehingga kepada mereka yang membantu kelancaran majlis secara keseluruhan.

Tidak dilupakan juga kepada para penyumbang yang sentiasa menyokong usaha memakmurkan masjid. Semoga segala amal kebaikan kita diterima Allah SWT dan kita semua dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar. Insya-Allah. 🤲🏻

Masjid Berchang hari ini meriah dengan kenduri sekampung sempena menyambut Ramadan. Pagi gotong-royong memotong daging, ...
13/02/2026

Masjid Berchang hari ini meriah dengan kenduri sekampung sempena menyambut Ramadan.

Pagi gotong-royong memotong daging, selesai solat Jumaat qariah dan musafir dijamu makan bersama.

Terima kasih kepada semua penduduk kampung yang sama-sama menjayakan. Semoga segala usaha mendapat berkat.

Allahumma ballighna Ramadhan. 🤲

Masjid Berchang dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB MB Pahang Dato’ S...
28/01/2026

Masjid Berchang dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB MB Pahang Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail serta Kerajaan Negeri Pahang atas sumbangan yang diberikan bagi melaksanakan program di Masjid Berchang.

Keprihatinan dan kepimpinan YAB MB yang sentiasa cakna terhadap hal ehwal masjid dan kesejahteraan masyarakat amat kami hargai.

Semoga segala sumbangan ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal jariah yang berpanjangan.


Assalamualaikum W.B.TMasjid Berchang membuka peluang tajaan berbuka puasa dan moreh sepanjang Ramadan tahun ini.💰 Kadar ...
28/01/2026

Assalamualaikum W.B.T

Masjid Berchang membuka peluang tajaan berbuka puasa dan moreh sepanjang Ramadan tahun ini.

💰 Kadar Tajaan Sehari:
• Berbuka puasa: RM400
• Moreh: RM100
➡️ Jumlah: RM500 sehari

🤲 Sumbangan juga boleh dibuat ikut kemampuan
➡️ RM100 / 1 slot

✨ 10 malam terakhir:
• Slot berbuka digandakan kepada 8 slot sehari

🤍 Sumbangan juga dialu-alukan untuk program Ihya’ Ramadan lain secara seikhlas hati.

Borang tajaan & sumbangan boleh didapati di masjid dan melalui nombor di bawah :

012-837 7785 (Bendahari)
018-9040 150 (Setiausaha)

Terima kasih & semoga menjadi amal jariah 🤍

Address

Kampung Berchang
Kuala Lipis
27200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Berchang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Berchang:

Shortcuts

Share