13/10/2023
πππππ πππππ ππππ πππππππππ πππππππππππππ πππ πππππππππππ ππππππ ππππππππ
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menggesa agar Masjid Negeri, Bandar, Jajahan Dan Mukim Seluruh Negeri Kelantan melaksanakan solat Hajat selepas solat fardu Jumaat pada 13 Oktober 2023 (Jumaat) bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.
Kutipan Derma Khas Untuk Palestin juga akan diadakan di Masjid Negeri, Bandar, Jajahan Dan Mukim Seluruh Negeri Kelantan pada hari tersebut bagi membantu untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Palestin serta sebagai lambang solidariti dan ihsan umat Islam susulan penindasan dan kekejaman berterusan yang dilakukan oleh rejim Israel.
Semoga dengan doa dan munajat serta memperbanyakkan amalan bersedekah menjadi asbab pertolongan Allah SWT dari sebarang bentuk bencana dan musibah.