Unit Hal Ehwal Islam Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak

Unit Hal Ehwal Islam Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak Masjid al Qurawiyyin
Surau al Ghazali
Surau Ibn. Khaldun
UiTM CAWANGAN SARAWAK

MAJLIS SOLAT HAJAT SEMPENA MINGGU PEPERIKSAAN PELAJAR UiTM CAWANGAN SARAWAKAlhamdulillah, telah berlangsung Majlis Solat...
16/07/2026

MAJLIS SOLAT HAJAT SEMPENA MINGGU PEPERIKSAAN PELAJAR UiTM CAWANGAN SARAWAK

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Solat Hajat Sempena Minggu Peperiksaan para pelajar UiTM Cawangan Sarawak pada 16 Julai 2026 (Khamis) bertempat di Masjid Al-Qurawiyyin, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan.

Majlis yang diadakan selepas solat Maghrib berjemaah ini telah menghimpunkan para pelajar bagi bersama-sama memohon pertolongan dan keberkatan daripada Allah SWT agar dikurniakan ketenangan hati, kemudahan dalam menjawab peperiksaan, serta memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Antara pengisian utama program ialah solat hajat dan bacaan surah Yasin secara berjemaah yang telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Ilyas bin Mohd Saleh, Timbalan Pegawai Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Sarawak.

Semoga majlis yang penuh keberkatan ini menjadi wasilah dalam memperkukuhkan hubungan para pelajar dengan Allah SWT, di samping menyuntik semangat dan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan dengan penuh tawakal, usaha yang bersungguh-sungguh serta akhlak yang terpuji.

Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Sarawak mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh pelajar yang sedang menduduki peperiksaan. Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman, ketenangan fikiran, kesihatan yang baik serta kejayaan yang cemerlang kepada semua.

โ€œDan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.โ€
(Surah Taha: 114)

Anjuran:
Unit Hal Ehwal Islam
UiTM Cawangan Sarawak (UiTMCS)

๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข

Jom sama-sama kita memeriahkan program pengimarahan ini dengan menghadirkan diri ke Program UHEI UITM Cawangan Sarawak.

๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข

16/07/2026
08/07/2026
BENGKEL SOLAT 2026Pada 1 Julai 2026 (Rabu), Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Sarawak (UiTMCS) sedang menjalankan Bengk...
01/07/2026

BENGKEL SOLAT 2026

Pada 1 Julai 2026 (Rabu), Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Sarawak (UiTMCS) sedang menjalankan Bengkel Solat yang berlangsung di Surau Al Ghazali, UiTM Kampus Samarahan 2.

Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman serta penghayatan ibadah solat dalam kalangan peserta, di samping memberi pendedahan kepada tatacara pelaksanaan solat yang menepati tuntutan syariat. Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta mengikuti sesi penyampaian ilmu, penerangan praktikal dan soal jawab yang dikendalikan dalam suasana interaktif dan santai.

Semoga penganjuran program seperti ini dapat melahirkan warga UiTM yang sentiasa memelihara solat sebagai tiang agama serta mengamalkan ibadah dengan ilmu, kefahaman dan istiqamah.

Anjuran:
Unit Hal Ehwal Islam
UiTM Cawangan Sarawak (UiTMCS)

๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข

Jom sama-sama kita memeriahkan program pengimarahan ini dengan menghadirkan diri ke Program UHEI UITM Cawangan Sarawak.

๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข

๐ŸŒ™ SALAM MAAL HIJRAH 1448H ๐ŸŒ™Maal Hijrah 1448H: โ€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkati.โ€Sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1...
17/06/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAAL HIJRAH 1448H ๐ŸŒ™

Maal Hijrah 1448H: โ€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkati.โ€

Sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama menjadikan detik yang penuh bermakna ini sebagai medan muhasabah dan refleksi terhadap perjalanan kehidupan, seterusnya memperbaharui komitmen ke arah pembentukan peribadi yang lebih berintegriti, berilmu dan bertakwa.

Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW merupakan satu titik perubahan yang signifikan dalam sejarah tamadun Islam. Hijrah bukan sekadar perpindahan geografi, bahkan melambangkan transformasi menyeluruh yang merangkumi aspek akidah, pemikiran, kepimpinan, pembangunan masyarakat serta pengukuhan nilai-nilai kemanusiaan yang berteraskan wahyu Ilahi.

Dalam mendepani cabaran dunia yang semakin kompleks, semangat hijrah wajar diterjemahkan melalui usaha berterusan untuk meningkatkan kecemerlangan diri, memperkukuh perpaduan masyarakat serta menyumbang secara konstruktif kepada pembangunan ummah dan negara.

Firman Allah SWT:

โ€œSesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.โ€
(Surah Ar-Raโ€™d, Ayat 11)

Semoga tahun 1448 Hijrah membawa keberkatan, kesejahteraan, kemakmuran dan kejayaan yang berpanjangan kepada seluruh umat Islam. Mudah-mudahan setiap langkah yang diatur berlandaskan nilai-nilai Islam akan menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang progresif, berdaya saing dan sentiasa berada dalam rahmat serta petunjuk Allah SWT.

โœจ Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H
โ€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkati.โ€

๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข

Jom sama-sama kita memeriahkan program pengimarahan ini dengan menghadirkan diri ke Program UHEI UITM Cawangan Sarawak.

๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข๐ŸŸข

30/05/2026
โœจ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐‘๐๐€๐ ๐”๐ข๐“๐Œ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โœจAlhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Program Ibadah Korb...
28/05/2026

โœจ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐‘๐๐€๐ ๐”๐ข๐“๐Œ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โœจ

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Program Ibadah Korban UiTM Cawangan Sarawak 2026 telah berlangsung dengan penuh harmoni, meriah dan sarat dengan semangat ukhuwah Islamiah di Masjid Qurawiyyin, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan.

Program yang menghimpunkan warga universiti daripada pelbagai lapisan ini memperlihatkan semangat kebersamaan yang cukup luar biasa. Seawal pagi, suasana di sekitar masjid dipenuhi dengan gelak tawa, gurauan mesra dan celoteh mencuit hati warga UiTM yang berganding bahu menjayakan ibadah korban dengan penuh komitmen dan keikhlasan.

Acara turut diserikan dengan kehadiran Yang Berusaha Prof. Dr. Firdaus Abdullah, Rektor UiTM Cawangan Sarawak yang bersama-sama turun padang menyantuni warga kampus serta menyemarakkan lagi semangat pengorbanan dan kebersamaan dalam kalangan staf dan komuniti universiti.

Di sebalik kesibukan melapah, membungkus dan mengagihkan daging korban, jelas terpancar nilai kasih sayang, semangat bantu-membantu dan keindahan silaturahim yang menjadi tunjang kekuatan warga UiTM. Ada yang tekun di bahagian penyediaan makanan, ada yang ligat membungkus agihan, malah tidak kurang juga yang menceriakan suasana dengan pelbagai celoteh santai yang mengundang senyuman ramai.

Program ini bukan sekadar sebuah rutin tahunan, bahkan menjadi manifestasi penghayatan erti pengorbanan, keikhlasan dan kesatuan ummah yang terus subur mekar dalam jiwa warga UiTM.

Semoga segala amal kebajikan dan pengorbanan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan buat seluruh warga UiTM Cawangan Sarawak.

โ€œKorban Menyantuni Ummah, Ukhuwah Memperkasa Jiwa.โ€






ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… ุตุงู„ุญ ุฃุนู…ุงู„ ูˆูƒู„ ุนุงู… ูˆุฃู†ุชู… ุจุฎูŠุฑ
27/05/2026

ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… ุตุงู„ุญ ุฃุนู…ุงู„ ูˆูƒู„ ุนุงู… ูˆุฃู†ุชู… ุจุฎูŠุฑ

Address

Kota Samarahan
94300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Hal Ehwal Islam Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share